Isnin, 31 Januari 2011

Post Match : Fabregas selamatkan Arsenal


Boleh tahan jugak Si Huddersfield ni, pelik betul setiap kali team champinoship, League one, kelab2 liga bawahan underdog datang ke Ashburton Grove musim ini semangat diorang ni lain macam, kita pulak tak berada pada standard sepatutnya. Tak habis2 nak jadi hero Hindustan suka susah2 dulu, bersenang2 kemudian, nak kena langgar bas,masuk jel, kene tembak berapa kali, jatuh gaung lepas tu hidup balik baru boleh selamatkan aci.cool. Itu pun dengan bantuan skipper kita yang lagi sekali selamatkan maruah dari bangku simpanan. Yang tak coolnya hari ini umpama malang, kecederaan dan penggantungan datang serentak. Kita bakal kehilangan khidmat Nasri akibat hamstring yang disahkan Wenger mungkin dalam 3 minggu, ya 3, ini bermakna selamat tinggal Barca 16hb ni. Squaillaci pulak dikhabarkan gantung 3 game. Ini aku tak berapa sure, sebab kalau ikut kes last man Mael lawan West Ham musim lepas, hanya satu game, tapi dalam sesi post match interview, Wenger memberi maklumat 3 game. Itu pun dia cakap 'nasib baik 3 game sebab 3 game tu umpama seminggu jek' -alasan yang gila. nampaknya kita terpaksa mengerah kudrat Kos-Jozan tanpa mengharapkan ada signing di transfer deadline.



Arsenal menurunkan pemain2 yang baru sahaja pulih dari kecederaan sekaligus, Diaby, ALmunia dan Laci yang sudah lama tak beraksi, satu gamble yang diambil oleh Wenger, jarang dibuatnya. Biasanya kalau pemain2 yang baru plih ni selalunya diserapkan melalui bangku simpanan tinggal lagi 10 20 minit tapi mungkin sebab faktor fatigue dan jadual yang padat dia merasakan perlunya untuk mempertaruhkan mereka. Sebenarnya kalau ikutkan Nasri jugak ingin direhatkannya tapi oleh kerana Rosicky belum betul2 baik demam, Wenger tiada jalan lain maka risikonya sudah tertanggung kita kehilangan pemain terbaik di saat2 terpenting! Midfield yang dibarisi gandingan Diaby dan Denyboy maka paham2 lah. Aku tak boleh nak elaborate lagi macam mana. Diaby boleh terima lagi lah baru nak sepak bola semula, Denilson pulak tak konsisten, selalu miss pass, miss tackle tapi lepas Laci kena buang padang selagi dia tak buat perkara bodoh masa tolong cover back 4 kira ok la. Chamakh tak mendapat bantuan, anonymous di hadapan. Bendi susah nak cut in dari sebelah wide kanan, aku rasa dia lebih sempoi kalau masuk ke tengah dari sebelah kiri macam itu hari dia buat lawan Ipswich kerana kita tahu kaki kanan dia lebih mengancam. Di sebelah kiri Arshavin nampak cuba sedaya upaya untuk main dan kadang kala dalam satu dua situasi teragak2 takut2 untuk mengeksploitasi lawan, takut gagal- seperti mana yang pernah disuarakannya. Apa pun aku bagi kredit kerana satu tackle dari die datang entah datang dari celah mana, telah menyelamatkan gawang Almunia dari dibolosi lagi. Good detemernation dari Arshavin. Baru laa Gibss rasa ada support.

Tapi pendek kata kita memang cukup2 tak sharp, tak banyak clear cut chances yang dibina, hanya beberapa di minit2 awal tetapi kita tak ammbil peluang menyudahkannya, sudahlah macam tu itupu pun permain2 kita masih boleh tersenyum lagi, hadoi. Gol bendi pun hasil daripada deflection. Tapi sepatunya bila dah bukak akaun, ingat ada lagi pelaburan ini tidak, kering Huddersfield pulak yang datang menghimpit2. Kredit kepada mereka kerana memberi saingan yang begitu positif, kredit juga kerana sekali lagi menewaskan benteng arsenal dengan set piece. Penyakit lama yang entah bila nak sembuh.



Cesc Fabregas terpaksa dihubungi melalui talian 911 bantuan kecemasan. Dia hadir mengubah rentak memperkemaskan lagi jentera tengah daripada passing yang tak tentu hala kepada lebih tersusun. Rosicky yang bagus kawalan bolanya saja tak cukup, itu sebab kita perlu ada sentuhan dan idea dari El Capitan yang lebih direct. Kebuntuan dan kerisauan Arsenal berkemungkinan bakal terpaksa menghadapi satu lagi replay akhirnya hilang apabila hantaran Fabregas mengelam kabutkan barisan pertahanan Huddersfield yang cukup liat malam ini.McCombe terpaksa menjatuhkan Bendi maka pengadil Mark Clatenburg tiada pilihan lain selain memberikan penalti. Tapi pilihannya untuk tidak melayangkan kad merah membukitkan bahawa ref tidak konsisten. Apa beza Laci dengan McComber yang jelas menghalang gol scoring opportunity. Bantahan serius dari Fabregas yang jelas kecewa tapi mindanya sentiasa tenang dan fokus sebelum menewaskan Ian Bennet untuk Arsenal 'terselamat' melangkah ke pusingan seterusnya.



Kita tahu persembahan kita tak cukup baik. Kita tahu kita kehilangan Nasri dan Squaillaci. Tapi apa yang lebih penting di sini adalah kita tahu bahawa kita akan menentang Leyton Orient dalam pusingan kelima. Apa pun kemenangan ini meletakkan impian kita untuk berusaha hadir ke Wembley 4 kali musim ini ( final carling, semi final FA, Final FA, Final UCL) masih terbuka.

Agi idup agi MengGunners!


1 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

memang bagus penalti masuk kan