Nampak saja senang tapi ia takkan nampak dengan mata kasar gelora semangat melawan yang ditunjukkan para pemain malam tadi. Inilah yang berhasil jika Fabregas Nasri RVP bergandingan pada tahap yang terbaik. Kita kekal cergas dan kekal fokus, tahun baru nampak cerah bagi Arsenal dengan permulaan yang memberangsangkan. Tanda soal besar sebelum perlawanan berkenaan kematangan pemain2 mengekalkan konsistensi setelah skuad yang sama ketika menurundukkan Chelsea dipertaruhkan kembali. Ada suara2 mempersoalkan jadinya team B Arsenal agak ke belakang dengan team A Arsenal? Kalau betul begitu adakah Arshavin Chamakh Rosicky dikategorikan kelas B? Aku ingin perbetulkan, tiadanya team A dan team B dalam skuad utama Arsenal kerana semuanya digalas bersama, kalah menang seri adalah tanggungjjawab bersama. Cuma tanggungjawab tersebut digilirkan dan ketika yang berada di atas padang bermatian, yang diluar tetap dalam satu unit memberi sokongan.
St Andrews adalah tempat yang sukar untuk dimenangi. Kejayaan pada malam ini amat penting dan berharga ketika pasukan2 pencabar lain turut mendapat habuan mereka. 7 mata dari 9 bukanlah satu result yang teruk melihatkan pada jadual yang begitu padat. Tapi seperti ang dinyatakan di atas tadi, gandingan 3 watak penting kalau betul2 fit dan cergas mampu memporak perandakan mana2 sahaja pasukan. Arsenal berjaya mengambil kesempatan menyudahkan peluang, itupun masih terdapat clear cut chances yang dipersia-siakan. Pertahanan Birmingham agak memeranjatkan, kerana terdapat banyak lobang2 kosong yang mudah ditembusi, RVP sepatutnya lebih dari sebijik, Wilshere mungkin boleh mendapat gol begitu juga peluang dan ruang yang dimilikmi Arshavin, Nasri dan Fabregas. Ketika Walcott semacam AWOL menghilang di separuh masa pertama terutamanya, rakan2 lain berterusan bekerja keras memastikan penguasaan bola di pihak kita. Kehadiran semula Song di hadapan back 4 menjadikan Koscielny dan Jozan lebih dilindungi dan meyakinkan.
Pasukan inilah yang menjaringkan 3 gol ke atas Chelsea, Pasukan inilah yang menundukkan Brummies yang liat di tempat mereka sendiri, maka pasukan ini harus diberi kepercayaan untuk kekal menggalas cabaran melayan kunjungan Manchester City ke Emirates dalam masa 4 hari lagi. Jika menjadi , kita mungkin mampu mendapat balance terbaik yang selama ini dicari2. Kemenganan malam tadi bukan dilihat dari segi faktor mudah, tapi lebih kepada desire dan figting spirit yang ditunjukkan walaupun beberapa kali kita lihat pemain berjersey mereha disepak terajang dipijak oleh para si biru,kita tak mudah melatah. Malah kita menunjukkan kita bersedia untuk bertarung fizikal, itulah yang sepatutnya ada selama ini, aku berharap agar nafsu dan semangat ini bakal kekal menjadi adat istiadat di atas padang bagi hari2 yang mendatang. Hari Rabu ini ada satu lagi big game, bak kata RVP "GAME ON!"
Ahad, 2 Januari 2011
Post Match : Bukan mudah untuk dilihat menang mudah
4:46 PTG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan