Jumaat, 28 Januari 2011

Hill Wood rela dimaki, tak rela gadai prinsip

Sempoi gile boleh jalan2 kat luar hisap rokok tapi orang buat tak tahu, atau sebenarnya tak kenal dia ni?


Dari pengurus hinggalah ke top Management, BOD semua, adakah mereka tidak rasa apa yang fan rasa, adakah mereka tidak nampak apa yang berlaku(kekurangan) di atas padang? Nampak memang nampak, tapi mereka nampak lebih lagi, mereka nampak masa depan, itu claim mereka di sebalik mempertahankan mengapa Arsenal tidak perlu melakukan panic buy atau berbelanja membeli pemain. Kata2 tegas mula keluar dari mulut pengerusi Arsenal Peter Hill-Wood yang sebulu dengan cara pengurusan kelab oleh Le Prof.

It is important for me and the board to not lose our nerve when the media and the fans are all screaming. We've had some tough years. Once, in the mid-1980s, I was smuggled out of Highbury, lying in the back of the car.We were having a bad run and there were 500 standing outside the boardroom shouting, 'F**k off

Itu antara ungkitan maki2 yang pernah dilemparkan terhadapnya sejak dulu lagi. Maka kita tahu bahawa beliau seorang yang tak mudah cair, degil, dan tetap setia dengan prinsip. Sama seperti Wenger, dia tak paham kenapa penyokong2 sekarang ini ada yang tidak langsung bersyukur dengan apa yang ada dan tak sabar2 walhal dia dah berada di kelab ini lebih lama,bahkan pernah lebih lama dia menanti suatu masa dulu untuk melihat Arsenal kukuh dari segi pengurusan dalam masa yang sama mencipta nama sehinggalah Arsenal menjadi kelab yang dihormati hari ini. Itulah sebabnya dia meluahkan sedikit apa yang terbuku di hati tuanya.

"I remember a year ago, standing in the front of the ­directors' box, there was a woman shouting, 'Spend some f*****g money'. I said, 'Don't worry, darling. Leave it to us - we'll sort it out', or some similar patronising statement, which probably p****d her off even more.This season we are still in all competitions and second in the league, so we're not that bloody bad!"

Bukan nak mempertahankan siapa2, tapi dari perspektif penyokong, siapa yang tak mahu melihat team berjaya. Dari sudut pengurusan pulak, hanya mereka yang tahu cerita sebenar di sebalik tabir, hutang dan kemampuan kewangan Arsenal. Jadi segalanya2 terletak di bahu pemain yang sedia ada ketika kedatangan pemain baru Januari ini bagai sudah ditutup pintu. Biarkan management buat kerja mereka dan kita dengan tugas kita terus menyokong. Aku tidak menyalahkan 500 fan Higbury 80-an tersebut atau pun perempuan yang memaki itu kerana mereka masing2 ada hak untuk melihat kelab di mana mereka laburkan duit2 tiket mereka, berjaya memulangkan hasil. Aku juga tidak pula menyokong 100% cara management kita berkerja terutama ketika membabitkan transfer polisi. Bukan meminta pemain berjuta2, tapi jika ada satu transfer yang boleh swingkan title liga ke Ashburton Grove bulan may nanti, itu mungkin satu bisnes yang bijak dan berbaloi. Win win situation.

Msalahnya siapa, apa posisi, adakah lebih bagus? Itu risiko yang harus berani diambil. Bisnes jual beli memang macam tu. Tapi kalau alasan sebab tak boleh ada ramai sangat pemain dan menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan skuad sedia ada maka itu dilihat sebagai kegagalan management memotivasikan pemain.Bukannya kita ada tukang tilik pun nak tau kecergasan skuad ini sehingga hujung musim. Jadi jika Wenger beranggapan loan adalah option terbaik, maka gunakanlah peluang yang ada sekarang ini. Jadi tak jadi itu belakang cerita, yang penting kelengkapan perang disediakan. Hill Wood sempat memerli jutawan2 yang hanya pikir untung ketika tiba2 melibatkan diri dalam bola sepak, itu aku setuju, Arsenal tak perlukan sugar daddy.

"I don't believe in the way Chelsea and Manchester City have achieved whatever they have achieved. It is so much more satisfying to build something - to get boys of 15 to 18 and see them develop sufficiently well to win the Premier League or other trophies - rather than sitting there and saying, 'I want to buy the best striker in the world and I don't care what it costs'.

A, it is not something we could possibly do and B, even if we could, I wouldn't want to do it.
If some bloody Russian wants to buy the place and everyone else wants to sell, then, okay, I will go and grow tomatoes in Kent, but if you have a benefactor and he gets run over by a bus, you are gone.We have got to have 50,000 people run over by a bus before we have a problem."

Sempoi, makan dalam..


0 ulasan: