Assalamualaikum dan salam sejahtera.Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf atas ketidak sempatan aku untuk turut serta berdiskusi pre match dan post match bertemu Aston Villa.Lega, kita menang hasil persembahan yang diberitakan agak sengit. Secara jujur aku tidak berkesempatan menyaksikan keseluruhan match tersebut tapi aku bersyukur kerana niat aku untuk menjejak kaki ke Emirates Stadium, Alhamdulillah menjadi kenyataan!! Tiada rasa lain selain bangga dan terharu apabila stadium kebanggaan tersenggam indah betul2 di hadapan mata.macam tak percaya beb!
Walaupun cuaca yang agak melampau bagi aku , yang pada paginya mencecah sehingga -4 c, ku harungi jua perjalanan menaiki underground tube.Pertama kali menjejak kaki ke bumi London pastinya terasa bagai kerdil dan asing tetapi setiap kali terjumpa rakyat Malaysia, rasa bertuah dan bersyukur, terima kasih juga kerana mereka semua freindly dan sangat membantu. Sesampainya di Arsenal station, perasaan berkobar2, rasa syok melampau menyelusup kedalam badan memuncakkan adranalin.Akhirnya impian yang dah lama terpendam tercapai jua.
Baru berdiri kat luar keliling stdium,jari2 tangan beku semua dah tak rasa, syok punya pasal. Berselisih bertegur sapa, bergambar bersama fan2 Arsenal dari pelbagai benua antaranya dari Japan, Somalia, yang turut mengambil kesempatan melawat kelab kesayangan kita semua.Sayang aku terlambat untuk join stadium tour kerana sampai beberapa minit sahaja terlewat. Setelah puas berpusing2 sempat aku singgah ke armoury shop yang menjual segala official merchandice Arsenal. Ketika itulah aku berpeluang menonton sedikit sahaja pertemuan menentang Aston Villa kerana ada perkara lain yang perlu dikejarkan. Namun yang lebih membuat aku tidak sabar adalah aku berpeluang mendapatkan tiket ke Carling Cup bertemu Wigan!! Doakan aku berjaya menjejak kaki ke dalam dan menyaksikan match tersebut live di depan mata! Dengan home form yang membimbangkan, kemenangan pertama di Emirates dalam 3 perlawanan pasti dinanti nantikan walaupun sekadar Carling cup, tapi ia peluang cerah untuk kita membina momentum mendapatkan keyakinan untuk mengharungi season turun naik ini!
Buat masa ini maaf kerana belum berkesempatan mengupload gambar2 kenangan kerana limited internet access.Inipun terpaksa ke cyber cafe untuk mencari peta2 laluan dan hala tuju dis amping mendapatkan berita2 semasa dari tanah air. Buat masa ini aku mengharapkan saudara Hadee aka Kesuma Dewa mengupdate apa2 berita pasal Arsenal, pada aku ataupun jika berpeluang,update blog ini sekali.Sempat aku bertelefon padanya. Rasa bertuah kerana berkesempatan hadir ke sini memahat memori manis, cuma diharapkan ia bertambah ceria dengan kemenangan Selasa ini. Namun, apapun2 di mana jua anda berada, tidak kira anda siapa, tapi jika anda adalah peminat sejati Arsenal, tiada apa yang boleh menafikan jiwa anda sebagai gooners.Anytime, anywhere..we love Arsenal.Salam dari London.
Agi idup agi mengGunners!!
Ahad, 28 November 2010
Salam dari London
5:36 PTG
Gunners & Roses
3 ulasan:
wah best2.. aku pun berazam nak g juga..
betul ke? pegi sane?? jelesnyaaaaa!!!
tcket flite pg balik habis murah pun 3k dgn air asia, belum makan tmpt tggal transport shopping blablabla..jeles! jeles! jeles!:P
seronoknya..
kim salam kat wenger..
Catat Ulasan