Biarpun ikrarnya untuk berjuang hingga titisan darah terakhir, tapi mampukah ia menggantikan air mata para penyokong yang membanjiri Utara London akibat tragedi 'misteri la sangat' Sabtu lalu. Jadi yang menjadi persoalan mampukah askar2 manja Wenger ini melupakan trauma Emirates dan tukar fokus dari BPL ke UCL. Awal pagi nanti kita bertandang ke Portugal bertemu Braga, pasukan yang kita belasah ketika home form kita sedang mencanak. Yang positifnya adalah away form kita tetapi ia tak menjanjikan apa2 jika persembahan flat seumpama yang ditunjukkan di Ukraine dipertontonkan kembali. Kita perlu menang kerana 3 mata dari Braga amat berharga bagi kita mengesahkan kelayakan ke kelompok 16 terakhir.
Banyak sebenarnya yang hendak aku coretkan tetapi masa menjadi musuh utama sekarang ini. Apapun fikiran dan jiwaku sentiasa memikirkan nasib Arsenal, secara jujur tragedi Sabtu lalu masih menjadi igauan buruk yang menghantui perasaan aku tapi aku mengharapkan respond dari para pemain supaya bangkit kembali, bangkit dengan bermaruah. Tiada alasan lagi walaupun kita tahu ujian Braga bukan mudah.
“A game away from home in the Champions League is a different game and Braga is a good side that impressed me in the first 20 minutes in the first game [in London],”Arsenal akan turun tanpa Arshavin , RVP yang direhatkan. Clichy tak disenaraikan akibat sakit belakang. Fabregas? Walaupun Wenger concern dengan penyakit hamstring yang dialami El capitano tapi aku rasa masalah mentaliti dan hilang fokus akibat fatigue , on off form dan struggle turut menjadi antara sebab Wenger belum buat keputusan sama ada hendak menurunkannya atau tidak. Aku rasa kita akan lihat Wilshre dan Nasri bergandingan dicover oleh Song. Bendi mungkin akan start begitu juga Walcott dan Rosicky.
-------------Fabianski-------------
Eboue-------Laci--Jozan-----Gibbs
---------------Song-----------------
--------Wilshere----Nasri----------
---Walcott----------------Rosicky
--------------Bendi-----------------
Jangan buat kesilapan2 basic yang entah apa2 lagi. Tahan bola freekick pakai tangan dalam kotak penalti la, miss-time tackle ketika saat2 genting la, bagi freekick bodoh, hilang fokus, man marking longgar, defending set pieces yang hancur. Itu antara faktor2 yang wajib ada jika ia menandakan hari malang Arsenal. Jika anda kurang pasti cuba anda nilaikan sendiri di mana hari2 kita tersungkur salah satu daripada perkara2 tersebut muncul menghukum ketika Wenger kata ia misteri. Misteri hanyalah alasan. Layak seawal yang mungkin, setidak2nya mengurangkan tekanan di kepala otak para pemain. Layan streaming pagi nanti.
P/S:Sementara itu.Sayang sebab Henri Lansbury dipinjamkan ke Norwich selama 29 hari. Sayang sebab aksinya dalam Carling Cup tak dapat diteruskan Selasa depan walaupun dah bermain dengan baik di Spuds sambil menjaringkan gol. Apapun tempoh sebulan bukannya lama sangat, kita mengharapkan Lansbury mendapat pendedahan sewajarnya, siapa tahu mungkin di celah2 gawang gol? huhu.
0 ulasan:
Catat Ulasan