Khamis, 11 November 2010

Post Match : Kembali ke landasan

Bermula dengan Chamakh berakhir dengan Chamakh. Setelah nampak tandus beberapa match sebelum ini, Marwan membalas kepercayaan Wenger dengan menjaringkan 2 bijik gol. satu di awal minit sebagai insurans yang membiarkan Arsenal bergantung benang pada sebijik itu selama hampir 90 minit di mana Wolve kadang2 hampir menyamakan kedudukan. 1 lagi sebagai dividen di minit2 akhri memberi kredit kepada Arsenal yang mampu bertahan tanpa perkara2 bodoh berlaku.Agak nervous tapi Fabianski berupaya melakukan bebrapa saves yang menyelamatkan keadaan dan mendapat tahniah dari rakan2 di tiupan wisel penamat. Jadi jurang dengan pendahulu tidak berubah, tapi kita masih menekan united di tempat kedua dan Chelsea.Away trip ke Everton Ahad ini pasti sukar jadi Arsene Wenger perlu mencari idea2 baru yang malar hijau dan lebih fresh dalam tempoh beberapa hari ini.
 


0 ulasan: