Rabu, 17 November 2010

Jack dihantar pulang,Bobby jumpa kelab baru

Jack Wilshere dihantar balik akibat kecederaan. Hurmm agaknya sempat tak beraksi untuk NLD Sabtu ini.Walaubagaimanapun Gibbs disahkan oleh Capello akan start dan Theo berada dalam pasukan England yang akan bertemu Perancis awal pagi nanti.Sementara itu masalah penjaga gol di Arsenal yang tengah dalam dilema memilih no1 kini menerima borang pencalonan baru apabila Henri Lansbury dengan slumber menjadi penjaga gol ketiga England  U21 yang berkesudahan Gemany U21 menang 2-0.Menariknya Lansbury yang menggantikan keeper gantian yang dilayangkan kad merah hanya tewas melalui sepakan penalti!

Skuad England akan melayan kunjungan Perancis di Wembley yang dibarisi oleh trio Arsenal, Sagna, Clichy dan nasri. Sementara itu cakap2 bahawa RVP tak mungkin dibenarkan bermain internationaleleh kembali U turn apabila Wenger melepaskannya untuk perlawanan bertemu Turkey. Kes yang sama dengan seorang lagi pemain yang frust di bangku simpanan Bendi, juga dilepaskan bersama2 Denmark menentang skuad Rosicky. Media yang memperbesar2kan cerita Bendi mencari jalan keluar jika tidak lagi mendapat tempat telah menyalakan lagi gosip apabila lagenda Jerman, Franz Beckenbauer mengusulkan pemain itu sesuai bermain di Bundesliga. Adalah normal jika pemain kecewa tak dapat main jadi dalam kes Bendi ni aku rasa tak ada apa sangat, ia hanyalah desas desus semata2. Bendi masih lagi ada dalam plan, dan jika Arsenal hendak mencabar sehingga ke hari terakhir dia memerlukan skuad yang penuh bersedia dan kualiti yang mampu menyumbang walaupun dari bangku simpanan.


Lain2 pertemuan internationaleleh adalah Eboue akan menentang on form Fabianski.Cesc Fabregas turut serta dalam kem Juara Dunia menentang Portugal. Arshavin akan menentang Belgium.Itulah yang aku risaukan tentang pemain Russia ni setiap kali pulang dari jelajah antarabangsa pastinya fatigue melampau. Dengan match besar menunggu sabtu ini, harap2 tak ada malapetaka menimpa.Chamakh tak perlu merantau jauh hanya pergi ke Belfast menentang Ireland Utara, sementara Jozan disenaraikan dalam skuad Swiss menentang Ukraine. Selamat bersahabat kepada semua pemain yang aku tak tahu apa point tengah2 minggu boleh buat friendly match apapun macam aku harapkan tadi tak ada kecederaan terutama pada muka2 yang popular dan sinonim dengan katil wad.





Aston Villa manyak untun apabila mendapat tandatangan Bobby secara percuma. Wenger pernah memberitahu walaupun dia tak mahu sign Pires tapi dia mengatakan keuntungan dan rasa bertuah bagi mana2 kelab BPL  yang berjaya mendapatkan khidmat legend berusia 37 tahun itu.Masih ada minyak dalam tangki. Ironinya ,mungkin Pires akan membuat kemunculan sulung di Villa Park minggu depan ketika bertemu kelab lamanya, Arsenal! Selamat maju jaya Bobby.




0 ulasan: