2 kelab besar cuba mengelak sebarang malapetaka dilabel pasukan bermasalah dari awal2 musim,2 debutan kena kad merah, 2 gol dan masing2 drop 2 points berharga Keseluruhannya, walaupun belum cukup bagus tapi aku bolehlah berkata puas hati dengan persembahan semalam.Apa yang nak diharapkan sangat ketika match2 pra musim yang tidak begitu kompetitif, kehillangan beberapa tonggak, posisi barah yang kita sedia maklum belum dicari ganti, internationaleleh di tengah2 minggu, dan momentum belum terbina di awal musim.Anda boleh katakan itu semua alasan, sepatutnya tiada alasan ketika musim telah pun disepak mula, Wenger harus menyiapkan pasukan ini sebaik2nya tapi pada aku 1 mata dari Anfield adalah satu permulaan yang boleh dikategorikan sebagai sedang-sedang elok. 2 signing baru juga memainkan peranan masing2 walaupun Chamakh nampak isolated di atas kadang2 dan Koscielny mendapat 'habuan' fizikal Inggeris yang digembar gemburkan. Same old..same old... cerita lama berulang kembali kata mereka dengan Arsenal mendominasi perlawnan tapi tiada hasil penyudah.Tapi end productnya juga masih same old story kerana amat melegakan, tradisi jaringan lewat buat Arsenal masih diteruskan sehingga ke musim ini. Reina mendapat karma hasil perbuatan 'biadap'nya terhadapa emosi kelab Arsenal FC.
Bekas bakal pemain Arsenal telah dilayangkangkan kad merah dalam satu situasi yang agak malang. Tackle tersebut adalah bodoh tapi kad merah adalah suatu yang agak keras namun untuk bagi kad kuning pulak agak lembut. Jadi pengadil tiada pilihan lain selain terpaksa menghantar signal, jangan mengada2 nak main sauk kaki lawan, terutama Arsenal yang memegang rekod sebagai mangsa. Wenger claim dalam press conf berkata nasib baik ada shin pad kalau tak habis rosak barang baru dibeli. Jangan lupa, debutan Arsenal juga dikenakan kad merah, suatu yang tidak perlu dan boleh didebatkan. Tapi ini mungkin 'a blessing in disguise', Kos tidak cedera/patah tetapi dibuang padang- tidak menyorokkan petanda kenapa Wenger harus pergi secepat mungkin ke dalam market dan cari defensive unit yang baru. Selagi ada tempoh 2 minggu, Wenger harus cepat bertindak kerana musim ini adalah suatu musim yang panjang.Apa2 pun boleh berlaku.
Magic Arshavin seperti kebiasaannya di Anfield tidak pula muncul semalam.Aku secara peribadi kecewa dengan persembahan Arshavin semalam yang seperti tak berapa nak kisah tapi di laman web peribadinya ada dinyatakan kalau tak kerana sejarahnya di Anfield, dia mungkin hanya duduk di bangku simpanan dek kerana masalah formnya ketika ini yang diakui tuan empunya badan. Baguslah kalau sedar diri, harap Arshavin dapat mengembalikan sentuhan magisnya. Pertaruhan menurunkan Jack Wilshere adalah satu gamble yang berani dan aku memuji Wenger. Paling kurang dia boleh belajar menyerap tekanan match2 besar dan pelajaran itu lebih tersemat sampai mati kerana kealpaannya switch off sekejap terhukum dek gol Ngog. Kapten Jack anonymous sepanjang separuh masa pertama dan tak banyak yang dapat dilakukan ketika Nasri lebih kreatif dan berada di sana sini membiarkan Eboue dan Diaby menjadi perisai melakukan 'the dirty work'. Nasri man of the match pada aku bagi Arsenal kerana berjaya menggoda Maschearno beberapa kali keluar dari posisi. Wilshere, masih belum bersedia, tapi pembelajran yang diperoleh ketika bersama Bolton sangat2 membantu.Pada satu ketika aku terpegun akan terjahannya ke atas Joe Cole kalau tak silap.Dah aku katakan, Jack's better than Joe.huhu. 2 minggu yang memeningkan bagi Wenger sama ada nak loan out atau mengekalkan Wilshere dalam silibusnya di Arsenal. Aku merasakan dia akan diberi peluang lagi sebelum sekali lagi dihantar keluar bulan Januari nanti untuk menimba ilmu santau lain pulak.
Siapa yang jaga gol dia nombor 1. Tapi itu tidak menghalang fan Arsenal untuk menjadikan Almunia suspek no 1. Aku rasa dia punya game malam tadi ok.Gol tersebut Tak boleh banyak nak dipersalahkan 100% biarpun angle tak dijaga dengan baik,kerana bola Ngog tu memang laju bak peluru. Tapi aku tetap tak suka di mana fakta memperlihatkan Almunia gagal dalam mengarahkan rakan2 pertahanan ketika set pieces..Tak commanding langsung.Ada bebreapa situasi di mana dia melayang tak tentu pasal, bola tah kemana,siap terkangkang kangkang. Ngog pun patut boleh score 2 bijik. Lebih memburukkan , ia display dari seorang kapten? Buat masa ini kita perlu menyokong dengan apa yang ada.Dalam keempat2 dia yang paling banyak makan garam, jadi Wenger terpaksa memilihnya cuma dia boleh claim dia bagus namun tak cukup bagus untuk Arsenal.Itu sahaja masalahnya.Kambing hitam tetap kambing hitam juga, buatla macam mana pun tapi sekali dah jadi kambing, orang akan tunggu 'aksi' seterusnya untuk disembelih.Kadangkala, simpati tapi aku lebih prihatin akan nasib Arsenal. Wenger perlu memberi perhatian kepada posisi ini dengan lebih serius.
Rosicky masuk dan mengubah perlawanan.Sayang tak score satu dua baik punya dengan RVP. Walcott menjadi impact player biarpun minda bola sepaknya masih sedikit terencat.Ada part2 di mana keputusan yang diambilnya tersasar Apa pun kelajuannya benar2 menyukarkan pertahanan lawan.Macam ni la yang kita perlukan dari bangku simpanan.Tatkala kekeringan idia, mentol menyala dari bangku simpanan memberi sinar harapan. Itu macam la.Bayangkan kalau Fabtastic pun turut serta dalam senarai impact player malam tadi, mungkin kita lebih dinamik. RVP semalam masih tak match fit tapi lebih paham apa yang sepatutnya dilakukan di atas padang selepas menggantikan Diaby yang kelihatan tenat akibat kekurangan pra musim.Skuad Arsenal yang 100% cergas pasti dapat memberikan saingan yang positif.
Mael mengetuai fantastic four di belakang.Mereka penuh berdisiplin kecuali tertangkap alpa ketika gol Liverpool. Satu lagi peraka kurang molek dilihat adlaah mempertahankan bola mati. Mati akal ke apa jurulatih2 sampai sekarang tak jumpa taktikal penawar yang dah berkurun lama diperlukan.Sagna kelihatan bagus di belakang tapi crossing masih membingungkan manakala Clichy tampak meyakinkan ketika membantu barisan hadapan namun struggle bab defending.Kita perlu lebih tersusun, disiplin, kemas dan mantap untuk mengelakkan 40 bijik gol lagi -suatu nombor yang diambil dari musim lepas.
Ini mungkin bukan keputusan perlawanan yang diimpikan , bukan skrip yang diharapkan. Mungkin dengan sedikit 'suntingan' skrip seperti ini yang lebih abstrak tapi mendalam mampu membuatkan jalan cerita lebih thrill. Tapi benar, jalan cerita musim ini sangat panjang..sangat panjang.Sebgai pengarah, Wenger harus sediakan casting yang sanggup memikul watak yang membebankan tapi berbaloi, heroic!
Agi idup agi mengguners!!
4 ulasan:
nice review. camni la bes bace. tak ikut emosi.agree with everything.
p/s: paragraph last tu macam baca novel pulak.:P
Ya, aku suke GNR komen daripada Hadee komen lepas match yg ikut emosi dan nafsu amarah...Hadee kate nape masukkan wilshere. Bagi aku, aku agree dgn GNR yg bg pendedahan utk die dalam game mcm ni. Kite komplen sbb kasi wilshere kat bolton tp kenapa kite xleh kasi ruang kat die dlm arsenal?So, wenger mmg bijak menggunakan wilshere awal game. Kalau die masuk subs mmg aku pun xpuas hati,...
So far, gud game..Cuma masalah penumpul di bahagian finishing tak jumpe penawar. Aku pelik gak nape xde player arsenal nk try reina tu even chamakh pun xde try tp at least ade gak membantu gol. Koscielny lak main smart dan sangat bagus utk debutnya.
Kesimpulannya, Hidup GNR!! Blah ar lu Hadee...haha
Hoho.tq2..tapi masing2 ada pendapat tersendiri.. jadi kita kena hormati jugak. May be Kesuma Dewa agak radikal dan rebel sket namun jauh di sudut hatinya dia begitu sayangkan Arsenal, dalam hati ada taman..kah3
pada aku wilshere main as CM, bkn AM lwn liv. nasri main kat situ so x dpt la tunjuk sgt bakat die. dia main ok simple je cuma gol ngog tu mgkn die blh concentrate sket. anyway flop pd aku arshavin, alasan x fit x blh pakai pada aku, since cecs & rvp xda, mmg kita harapkan sumthing dari dia. defence ok, silap masa gol tu je. cuma attack hrp2 cuba lebih lg, more penetration, smlm asik pass je,wlpn extra 1 man, still mood pre-seasaon agaknye. anyway fair result altho we really shud win the game, next blackpool.
Catat Ulasan