Jumaat, 9 Julai 2010

Demam Kemuncak + Kos + seorang lagi..

Pejam celik kita sudah sampai ke penghujung world cup dengan catatan trivia menarik, selain dari pemenang baru, Kapten dan Vice Kapten Arsenal akan bertemu di pentas akhir merebut piala paling berprestij dalam kejohanan antarabangsa.Dengan RVP tampak seakan pasti akan mengetuai serangan Belanda, tempat Fabregas masih samar2 .Ini kerana dilabel hanya sebagai impact player, Fabregas yang disebut2 bakal start match semi final tempoh hari ketika Torres dibangkusimpanankan, juga terpaksa menemani Torres apabila Pedro yang menjadi pilihan.Bertambah malang, Fabregas langsung tak digunakan.Walaupun disahkan fit tapi mungkin akibat 'kecederaan' , Spain tidak berani mengambil risiko.Jadi apapun keputusan awal pagi Isnin nanti, kem Arsenal sudah pasti tumpang gembira akan kehadiran seorang World Cup Winners dalam pasukan seketika mereka reunion kembali untuk pra musim.(abaikan gosip Cesc) . Namun begitu, kehadiran Madiba atau bekas presiden Afriksa Selatan, Mandela ke upacara kemuncak masih menjadi tanda tanya.



Tetapi yang bukan menjadi tanda tanya lagi adalah Arsenal telah mengesahkan pembelian 'unknown' defender dari kelab Ligue 1, Lorient dengan anggaran 8.5M. Dia mungkin asing bagi kita tapi aku menaruh kepercayaan pada Grimandi , rakan2 scout dan Wenger atas pembelian ini kerana merka pasti dah usha gila2 punya jika tidak masakan sanggup tergila2 untuk melaburkan duit sebanyak itu untuk entiti yang masih belum dikenali umum, pasti ada sesuatu yang Wenger nampak padanya. Seperti kes Mael, umurnyapun lebih kurang sama, Laurent Koscielny 6 (LK6) mungkin akan menjadi TV5 menutup prejudis2 dan tanggapan negatif dia hanyalah bakal Cygan mahupun seorang lagi Igors Stepanovs.Tanggungjawabnya besar, lebih baik dia memastikan dia dapat menyesuaikan diri dengan secepat yang mungkin dan tahu apa kualiti dan standard yang diperlukan sebaik menyarung jersi Arsenal ini kerana peminat pada ketika ini kurang senang dengan situasi Arsenal meng'handle' transfer -masuk 1, keluar 4( Gallas, Campbell, Sanderos, Silvestre). Johan,Nordviet dan Bartley perlu mempergunakan peluang ini sebaik mungkin.

Namun begitu dengan kenyataan terbaru dari Wenger, ada sedikit sinar harapan dan kelegaan pada para peminat yang begitu mengambil berat akan kelab ini. Wenger masih menyimpan mata2 dalam pasaran untuk mengenal pasti seorang lagi pemain bagi defensive role. Sama ada CB, FB, DM atau pun goalkeeper  itu hanya Wenger yang boleh memberi kejutan. Pada aku mungkin dia memaksudkan CB tapi aku tak terkejut jika player yang dicari mempunyai versatility dalam pelbagai posisi perthanan. Tapi agak hambar sedikit , apabila baru rasa nak syok2 dapat keeper baru, ketika berit2a kononnya komen Wenger terhadap kegugupan Almunia, alih2 Arsenal.com mengeluarkan amaran akan kepalsuan berita tersebut. Pelik, kenapa beriya2 Arsenal menafikan berita yang satu ini sedangkan rumors2 lain yang dilihat tidak logik tidak pula diambil pusing.Mungkin kerana ada projek khas 'menjaga hati Almunia' sepertimana yang kita ketahui Almunia musim lepas tidak berada dalam emosi yang stabil akibat masalah keluarga tapi tidaklah segila mad Jens. Ada orang kata Mark Schwarzer, ada orang kata Eduardo keluar, Eduardo seorang lagi masuk. . Yang pasti, masih ada satu slot lagi untuk diisi, dan sama2 kita nantikan misteri ini..aku mengharapkan satu kejutan 'wow' dari Wenger.


2 ulasan:

Havuz berkata...

it is a good footballer.

Peruk berkata...

thanks . Kemuncak ı know him at last team he is well.