Isnin, 10 Mei 2010

Post Match : Tiket Automatik

Tirai BPL musim 09/10 telah selamat dilabuhkan.Arsenal  mengakhiri kempen musim ini dengan pengesahan tempat ke 3 selepas membenam second string finalist Europa League Fulham 4 tanpa balas. Sementara itu seperti dijangka pasukan tercorot telah bangkit membelasah jiran yang memualkan kononnya mengimpikan untuk memintas Arsenal-takkan berlaku seumur hidup, tahniah kepada Burnley. Akhirnya kemenangan pertama di hari terakhir musim setelah dicedok Barcelona tapi sekurangnya mereka membuat kerja seperi yang diharapkan. Namun banyak lagi yang perlu dibaiki untuk musim hadapan.

Arsenal menyenaraikan Arshavin dan Clichy dalam kesebelasan utama, Gibbs yang mengalami kecederaan akhirnya kembali ke bangku simpanan sementara Eduardo dan Armand Traore tidak tersenarai. Gol pertama hadir melalui kesilapan budak sekolah oleh Mark Schwarzer.1st touch nya yang bersepah memberi ruang kepada Arshavin untuk mencilok dan mengelecek penjaa gol yang juga kapten Fulham , ketika itu RVP melambai2 meminta bola dilorogkan tapi Arshavin memilih untuk mencuba sendiri.Nasib baik masuk kalau tidak  mau berang kapten Arsenal. Gol kedua hadir apabila Walcott menerima hantaran Sagna melepasi perangkap offisde dan menghantar kepada RVP dari sebelah kanan.Sepakan pertama pemain Belanda itu terkena palang gol hampir menjadi blunder tetapi rebound disudahkan dengan cukup cool dari RVP yang kemudian memberi kredit kepada Walcott mungkin mengajar Arshavin bagaimana bermain bagai sebuah pasukan.Walcott menjaringkan gol tapi offside.Walcott sekali lagi diberi peluang hasil kuisan sempoi dari Eboue namun sepakan menggelabahnya, ke laut. Walcott selepas iu terlibat lagi sekali dalam pembikinan gol ketiga, low cross nya dikuis ke belakang oleh Eboue yang mendapat sentuhan minima tetapi Chris Baird hanya mampu menyaksikan clearance nya menuju ke gawang Schwarzer.Terimakasih.

Separuh masa kedua RVP mempunyai beberapa peluang untuk menambah jaringan peribadi dan Arsenal tapi nasib tidak menyebelahi.Jozan membuat penampilan sulung musim ini dari bangku simpanan setelah lama terperam dek kecederaan.Walau tak dapat banyak yang ditunjukkan sekurang2nya ia menaikkan self belief dan sempat belajar bersama2 Campbell yng entah sambung atau tidak kontraknya.Henri Lansbury merasai nikmat premier league selepas pulang dari pinjaman Watford. Sewaktu tempat ke 3 telah pun di'cop mohor'kan, Carlos Vela menambah ceria penyokong Arsenal dengan typical finishing nya,Memang cukup style, tapi tak cukup untuk Arsenal sepanjang musim ini, kita mengharapkan lebih dari Vela sebenarnya. Harap dia dapat World Cup yang baik sebelum pulang ke camp Arsenal untuk musim depan.Oh ya, jagan lupa Fabianski clean sheet, tapi menerima kad kuning.

Seperti tradisi, para pemain mengelilingi stadium untuk memberi penghargaan kepada penyokong yang selama ini tidak pernah jemu bersama mereka , menang atau kalah.Lap of appreciation dan mungkin ada antara mereka yang melambai buat kali terakhir. Berakhirnya musim ini Dengan kelayakan minima telah dicapai oleh Arsene Wenger dan pasukannya-suatu yang membuatkan BOD membuncitkan perut mereka dengan kantong yang penuh.Walaupun dilanda pelbagai musibah dan kekecewaan terutama akhir2 ini, musim 09/10 masih boleh dilihat sebagai satu formula untuk mencipta kejayaan di masa akan datang.Kerana Thomas Alva Edison berkata setiap kegagalan yang diperoleh adalah kejayaan mendedahkan jalan2 yang menyesatkan.itupun jika Wenger sudi sedar dan buka mata.Ahh pedulik hapa Thomas Edison ketika kita perlu memikirkan apa yang sepatutnya harus dilakukan Thomas Rosicky! Hahah, Arsenal akan bangkit, dan bangkit itu adalah Arsenal. Suatu anjakan paradigma harus berlaku. Aku rela tunggu bertahun lagi tak kira apa jua terjadi kerana 'We Are Arsenal' ! Malam mingu yang mesra bakal tertangguh, selamat datang, Afrika..


0 ulasan: