I am the master of my fate.
I am the captain of my soul.
Sudah pasti.Tentunya nasib cabaran Arsenal terhadap kejuaraan liga musim ini bergantung pada Arsenal sendiri pada ketika ini.Jika Wenger percaya pemain2nya mampu untuk bangkit dari lamunan, mengapa tidak pemain2 sendiri membuktikan bahawa itu bukan hanya satu imiginasi yang lahir dari seorang pak tua yang menyerahkan hampir keseuluruhan hidupnya terhadap bola sepak.Dia kata, setakat menang Carling Cup, dia takkan berpuas hati walaupun secara teori fiziknya piala itu berjisim,dapat dipegang dikucup,dirasa tapi cabaran untuk muncul sebagai top 3 lebih berat.Setakat ini kita masih konsisten, layak dalam 10 tahun berturut2 ke peringkat kedua kejuarann UCL.Aku pasti banyak lagi pasukan yang telan air liur jek untuk mencapai apa yang kita archieved sekarang.Bukannya mudah dengan bajet dan atmosfera stadium baru, Wenger pada dasarnya telah melakukan tugas yang cukup baik.Cuma mungkin jika dah terbiasa dengan kejuaraan, tentulah ade jeritan2 yaang dahagakan pesta keriangan dan bukan salah fan untuk melahirkan pendapat, itulah yang dijangka bagi sesebuah kelab elite.Wenger cakap jangan judge dia bulan ni dan tunggu hingga bulan May.Aku juga akan menunggu apa reaksi pemain2 dari kekecewaan Ahad lepas untuk mengintai peluang yang ada bulan May.Mus May pun tak berani nak gamble.Musim depan adalah musim terakhir kontrak terkini Wenger jadi jika dia masih belum mampu memenuhi hasrat penyokong2nya, aku dapat rasakan perubahan besar akan melanda kem Arsenal summer nanti terutama dari segi pelan Wenger.Si Camak mungkin sudah berada dalam tangnannya.walaupun dalam masa yang sama kita terlepas seorang lagi bintang muda dalam Zezinho.
Bertemu Chelsea di Stamford Bridge is falling down dalam jadual yang semacam ini memerlukan sesuatu yang istimewa.Nasri kata kita tak boleh kalah, memang, siapa yang nak kalah.Tapi Wenger pulak tibe2 keluarkan ayat semacam bunyinyek, "Kalau dulu 11 mata tertinggal boleh kejar, 9 mata takkan tak boleh kut". Jangan macam2, 1 mata pun ok jugak untuk dibawak balik.Chelsea , Man U Liverpool Villa Man city akan kompom drop point selepas ini dengan Arsenal punya jadual adalah antara yang agak 'ringan tapi berjaga2' selepas ini. Macam Wenger jugak, aku tak ingin memasuki urusan peribadi kapten..errr BEKAS kapten England walaupun media cakap dia seorang yang pro dan tak akan terganggu di atas padang tetapi aku percaya bahawa para penyokong kita dah siap sedia untuk 'attack' dengan lagu2 yang bakal didendangkan.nakal.
Taktikal, aku sudah postkan taktikal dalam posting sebelum ini dan secara peribadi aku harap dapat tengok line up macam tu tapi tau2 sajalah kepala Wenger.Cuma sejak kebelakangan ini, egonya sudah mula surut dan bukti terbaru, dia dengan nada bertanggungjawab mengaku kekalahan Ahad lepas adalah berpunca dari kesilapannya.Katanya lebih kepada kesilapan taktikal daripada kesilapan selection player kerana terlalu gung ho.Membuka ruang yang terlalu selesa bagi pihak lawan yang mana sepatutnya situasi itu kita sepatutnya berhati2.Mungkin dia sudah mengenalpasti beberapa perkara yang diperlukan terutama dari segi corak bertahan kerana kita mudah terperangkap dengan set pieces dan jugak counter attack,suatau yang kita master-akhirnya menjadi duri diri sendiri.Bila Arsenal vs Chelsea, nama Drogba tak boleh tidak diperkatakan kerana selama ini dia adalah hantu kepada pertahanan kita.Tapi dengan pemergian 'mangsa tetap'nya ke Everton, Sanderos dan kemasukan Campbell mungkin sesuatu tuah akan berubah.Verminator dan Gallas , pairing tersebut tak mungkin dipisahkan tapi Campbell mungkin boleh memberi kata dua kepada protege2 nya.Situasi kelam Clichy yang off form jugak adalah suatu yang merisaukan, aku harap siapa sahaja yang start esok di sebelah tengah kiri mampu memberi perlindungan.Ivanovic tidak akan membiarkan Clichy berehat seharian.
Kita betul2 singkat di bahagian serangan.Dudu Vela gagal melepasi kecergasan.Walcott masih lagi cuba mengintai2 peluang untuk memecah masuk kesebelasan utama.Aku harap world cup tahun ni memberi motivasi kerana kelihatan dia jatuh bertangga2 di belakang Milner, Lennon, SWP mahupun Beckham sekalipun.jadi dengan tidak boleh nak harapkan tiket fun fair free ke Afrika seperti mana 2006 dulu. Mungkin kerja keras 200% dapat membuktikan ape pasal dia dapat pakai jersey nombor 14 tu.Tapi starman 2006 dulu, Rosicky, apa yang tinggal baginya hanyalah Arsenal.Fokus 100% kepada Arsenal dan kita amat memerlukan sentuhan asalnya kembali.Diaby adal penting dalam match ini dan ketika ini fitness test result masih belum dikeluarkan.Aku harap ada kejutan seumpama Mael dulu di mana Wenger cuba buat acah cak2 dengan Fergie dan dalam banyak2 player, dia pulak tu yang score malam tu.Macam biasa 3 nama ni wajib ada Song, Fabregas dan Arshavin.
Jangan tukar contrast tv anda jika esok ternampak boot merah jambu kerana ya, ia memang pink.Aku harap dia boleh pakai kembali, kerana boot Bendi tu pasti membuatkan player lawan menyirap bandung dan tertekan jika kalah dalam perebutan bola.Macam jugak rambut Almunia, aku tak kesahlah kalau boot tu pink ke warna apa sekalipun janji Bendi, kau boleh diharap kat atas tu.Takde orang lain dah, memang ko jelah harapan sekarang ni untuk lead the front line.
Aku kalau boleh nak line up yang aku post hari tu tapi prediction line up Wenger mungkin :
------------------Almunia-----------------
Sagna-------Gallas----Mael------Clichy
-----------------Song--------------------
---------Fabregas----Diaby-----------
-----Rosicky-----Bendi-----Arshavin----
Perlawanan yang sangat2 boleh twist nasib.jika menang kita hanya 3 mata dari mereka, dan jika kalah boleh jadi ketinggalan 9 mata-senario yang sukar. Seri bermakna 6 mata dari kedua2 pasukan tersebut yang kita tahu,paling minima boleh diharapkan.Menang adalah bonus tapi hati kecil aku berkata kita akan seri 2-2. Apa jua keputusan darah merah tetap akan kekal merah..takkan sesekali aku nak jadi kaler tu, ingat Avatar ke??
Astro 812 ESPN 12:00am.Chelsea 0 Arsenal 1.
1 ulasan:
arsenal akan berikan 1 keajaiban mlm ni..
Catat Ulasan