Ahad, 28 Februari 2010

Post Match : Menang Perang untuk Rambo!!



Awas : visual di bawah mengandungi insiden tackle sepantas kilat yang berlaku semalam.Tiada replay.Memberi gambaran kasar pemain2 yang jelas devastated . Anda bertanggungjawa atas klik sendiri.


Aku tak tahu macam mana nak mulakan.Mungkin aku patut mulakan dengan GET WELL SOON RAMSEY.Jika untuk mengutip mata penuh dan menang kejuaraan pengorbanan seperti Rambo diperlukan, maka ia menunjukan betapa tingginya semangat juang para pemain dan kekuatan mentaliti mereka untuk bangkit menukarkan nasib tragedi yang pernah menimpa Eduardo di St Andrews.Hari itu mengubah segalanya daripada title challenger kepada pasukan yang terus ditimpa musibah dan mungkin Arsenal terpaksa menunggu 2 tahun untuk hari itu berulang kembali tapi pengakhirannya kontra-memihak kepada Arsenal.Aku terkejut, gamam, ngeri menutup muka, meletakkan kedua2 tangan atas kepala sambil memerhatikan Mael yang sangat2 terperanjat,Campbell yang bagai hilang akal, tapi bagi Fabregas Clichy Bendi mereka pernah melihat situasi itu seteruk itu cuba menenangkan rakan2, walaupun ngeri bagi mereka, pahit terpaksa ditelan tapi perjuangan perlu diteruskan.Jika tidak sia2 darah dan tulang belulang Rambo.Fokus kamera terus terhadap Eduardo dan apakah yang bermain di fikirannya, hanya dia sahaja yang tau.Ketika dimasukkan , bayangkan kalau dia dapat menyudahkan peluang yang terhidang ketika Arsenal betul2 desperate memerlukan satu gol itu, pasti ceritanya lebih menarik Apa2 pun Arsenal telah menang ,3 mata dan bukan atas siapa2 individu, kredit kepada semua pemain malam ini.This is Arsenal.


Arsene Wenger dalam post match nya mengucapkan tahniah kepada para pemain tapi berasa sangat sedih atas tragedi yang menimpa Ramsey.Dia tidak menyalahkan Showcross tapi dia tidak dapat menerimanya.Kata2 lawan, 'nak main menentang Arsenal, kena main fizikal'  adalah suatu yang sering didengari.Dan mengapa Arsene Wenger tidak gemar akan taktikal itu adalah kerana apa yang berlaku hari ini.Jelas terbukti.Bukan sekali tapi Diaby, Eduardo dan kini Ramsey! Selepas ini siapa pulak? Ia boleh berlaku kepada mana2 pemain di atas padang, Arsenal atau pihak lawan dan tiada manusia normal yang suka melihat insiden seperti itu.Harap Ramsey adalah yang terakhir.


Arsenal memulakan perlawanan dengan agak gugup dan ragu2 akan keupayaan menentang pasukan fizikal seperti Stoke.Stoke yang tidak pernah kalah 2010 juga hanya tewas 3 kali musim ini di Britania.Jadi sebelum match,bayangkan apa yang Arsenal akan lalui.Cakap2 Pre match mengenai bola yang dilap Delap memang menjadi kenyataan, sekali lagi menghantui Arsenal. Perasaan tak sedap hati dan curiga setiap kali lontaran ke dalam selepas itu kian menjadi2 tapi Arsenal menunjukkan kali ini mereka benar2 ada karektar dan betul menunjukkan keinginan untuk membidas segala kritikan.Bukan sekali tapi 2 kali Arsenal boleh mengucapkan terima kasih kepada Manchester City.Selain result mereka malam ini, mereka jugak telah memaksa Stoke berhempas pulas bermain 2 jam dalam FA Cup Replay pertengahan minggu lalau.Ini membuatkan pemain2 Stoke nampak benar kepancitan dan ditelan padang.Segalanya milik Arsenal selepas itu cuma kurangnya ancaman.Sehinggalaha Arsenal jugak mendapat throw in, dan Arsenal menunjukkan tak payah baling jauh macam main bola baling, cross biasa pun Bendi boleh menanduk dengan cukup kemas lawa dan placing baik punya menewaskan pertahanan2 yang tak kurang tinggi lampai.Itulah perlunya fizikal Bendi biarpun kelihatan agak off sedikit tapi dia muncul tatkala dieprlukan.1-1 di separuh masa pertama, Arsenal berpeluang cerah untuk mencurik sesuatu ebrdasarkan stamina semasa yang ditunjukkan Stoke.


2nd Half ceritanya berkisar tentang skuad yang sudah tidak mampu lagi bersaing hanya pikir untuk membendung Arsenal daripada bermain bola.Itulah dia taktikal fizikal Stoke City tapi terbaiknya, Arsenal tak termakan dan terus control game dengan cukup kemas berusaha memecahkan tembok dan ruang2 sempit sehinggalah tragedi malang tersebut berlaku.50-50? mungkin tapi secara jjujurnya, biarpun kita kelebihan bermain dengan 11 orang tapi aku takut sangat2 mentaliti pemain2 pada ketika itu sangat2 terganggu.Buktinya 6-10 minit selepas itu pemain2 masih gugup dek penangan igauan buruk yang masih bermain di fikiran setiap mereka.Arsenal perlukan darah baru, untuk mengubah nasib. Rosicky dimasukkan menggantikan si malang Rambo yang baru nak up, Walcott dimasukkan bagi menamah kelajuan mengambil kesempatan dari kepenatan pihak lawan.Eduardo , cukup berani untuk masuk dalam suasana semacam itu. Sebaik sahaja dia gagal menyudahkan umpanan tak silap aku Bendi, aku rasa 'arghh, he we go again'.. terbayang2 wajah Gallas duduk keseorangan menangis teresak2 di depan kaca tv cuma kali ini tiada ad board yang boleh disepak.



Segala2nya berubah dalam seklip mata di minit ke 90 .Arsenal dihadiahkan sepakan penali akibat chip Bendi yang terkena tangan  penjaring gol Stoke, Pugh.Fabregas dengan tenang menyudahkannya, niat di hati tak berani nak tengok tapi memang rugi tak tengok penalti tu.Pendek kata, rumusan untuk match tadi 'Shocked but Syok then'!   Mael menambah untuk mengesahkan Arsenal kini hanya 3 mata di belakang pendahulu liga dan segalanya hanya terletak di tangan Arsenal sendiri.Campbell meraikan jaringan dengan penuh bernafsu dan perasaan.Dan aku suka, terharu melihat huddle pemain diketuai Fabregas sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan.Tahniah buat semua pemain, win the league for Rambo!!


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

blog ni dah sama mcm mana media lain aku tgk..aku rasa kau da bsr pjg..boleh pk sendiri..

Gunners & Roses berkata...

Salam, niat di hati hanyalah untuk memberi gambaran awal dan berlandaskan emosi awal selepas perlawanan, sama seperti mana kes Eduardo yang berlaku dahulu. Maaf jika tidak dapat untuk memuaskan semua pihak.

abid berkata...

almunia xsempat bkumpul...hahaha

BiZKiN berkata...

ape masalah ko nih anonymous? x ske xyh la usha blog nih =_=