Jumaat, 26 Februari 2010

Eduardo kembali, trio terpaksa menanti.

 Terlebih dahulu Salam Maulidul Rasul kepada para Muslim dan isilah kela[angan dengan amalan2 yang baik serta berfaedah.



Arsene Wenger dalam temubualnya memberi bayangan kemungkinan skuad yang sama menentang Sunderland akan digunapakai ketika bertandang ke Stadium keramat Stoke, Britania stadium.Cuma ada tambahan mungkin hanya Eduardo manakala trio yang lain Arshavin Gallas dan Diaby hanya dapat kembali ketika menentang Birmingham nanti.. Wenger juga menyanggah kemungkinan Gibbs akan dipanggil untuk skuad World Cup England dan berkata cakap2 itu hanya kedai kopi memandangkan Gibbs yang disahkan terlepas aksi sepanjang musim ini hanya akan boleh kembali menyepak bola summer nanti-suatu jangka masa yang singkat untuk kejohanan sebesar itu.Tapi siapa tahu memandangkan masalah moral,kecederaan , dan merajuk, posisi bek kiri ditinggalkan oleh Col dan Bridge menjadi tanda tanya sedang Baines dan Warnock sedang mengintai2 tempat.Dalam masa yang sama , Wenger menegaskan Clichy masih menjadi left back utama Arsenal dan percaya pemain yang tengah dikritik hebat dan bawah tekanan itu kini cukup matang untuk mengatasinya.Clichy dalam 2 perlawanan sebelum ini bertemu Sunderland dan Liverpool semakin mendapat rentak permainannya dan mungkin sedikit masa lagi kembali ke form terbaik setelah beberapa bulan bergelumang dengan masalah kecederaan.

Wenger juga meredakan sedikitkeriangan peminat2 Arsenal dengan tidak mahu memberi harapan palsu apabila berterus terang dia sendiri tak yakin RVP akan kembali seawal bulan April , p aling cepat baginya akhir bulan April. Ini kerana statement 'RVP kembali awal bulan April' hanyalah dikeluarkan oleh FA Belanda-sumber yang sama berkata RVP ok pada mulanya  ketika kecederaan dalam friendly bersama Italy, sebelum Dr Arsenal sendiri dapat tahu keadaan sebenarnya lebih serius dari dijangka

Sempena denagn ulangtahun ke 25 program Arsenal Dalam Masayrakat, setelah Walcott dan Eboue, kini Bacary Sagna pula meluangkan masa untuk bersama budak2 sekolah dan salah satu aktivit pastinya Crossbar Challenge.



Akhir sekali, Tom Cruise sign kontrak lanjutan bersama Arsenal.Pemain berusia 18 tahun yang cukup sempoi ketika di Athens bermain 90 minit menentang Olympiacos kini bakal mengikut jejak langkah Gibbs ,perlahan2 membina nama ,sabar dan tunggu peluang untuk diserapkan ke pasukan utama-suatu yang tak mustahil di Arsenal.


0 ulasan: