Jumaat, 1 Januari 2010

Tahun baru tahun Arsenal?



Selamat tahun baru 2010.2009 meninggalkan kita dengan penuh warna dan bagi Arsenal pula banyak turun naik tapi di penghujungnya kita masih lagi berada dalam zon yang boleh dibanggakan.Dengan sedikit tonik dari Wenger dan pemain 2010 mungkin bakal dijadikan tahun Arsenal siapa tahu, dengan 3 piala masih menjadi rebutan, FA cup ahad ini adalah pembuka tirai 2010 Arsenal.



Terlebih dahulu maaf atas kelewatan pos match disebabkan sebaik wisel penamat aku tidak berkesempatan mengejar masa tapi paling penting kita semua tahu kemenangan selesa 4-1 sudah dalam tangan.Eduardo sekali lagi menemui sentuhan jaringan dalam keadaan konfiden penyudahnya yang diragukan tapi sekali lagi seperti bertemu wolve, memerlukan 'bantuan' dari pihak lawan cuma kali ini dia boleh claim itu golnya.Gol ketiga unuk musim ini.Ayuh Dudu, usaha keras lagi. Nasri menjaringkan gol pertama liganya musim ini, hasil umpanan cute dari pengganti Fabregas, Ramsey dan kerja yang baik dari Dudu. Gol Ramsey? memang terbaik dan dia menunjukkan betapa mengapa dia boleh dipercayai ketika mengisi slot yang ditinggalkan kapten.Tapi bagaimaa dengan sambutannya yang kelihatan malu2 kucing, seperti nak menjerit tapi malu2 tak konfiden nak melepaskan, kamon ramsey passionate siket,anda layak mengekspresikannya.Jadilah seperti RVP atau Fabregas yang membuatkan adrenalin kita sama2 memuncak ketika menyaksikan sambutan gol mereka.Dan orang ang paling layak sekali mendapat gol adalah pastinya antara pemain konsisten musim ini Alex Song, meninggalkan saingan liga Arsenal dengna nokhtah yang tinggi sebelum ke Angola.Walaubagaimanapun Song masih boleh berakasi ketika bertemu West Ham.Pertemuan tersebut jugak menyaksikan debutan, Craig Eastmond, satu lagi prospek Arsenal.

Cesc Fabregas dan Walcott dijangka boleh diturunkan kembali ketika bertemu Everton.Satu berita yang agak melegakan biarpun mereka terlepas game bertemu West Ham dan Bolton.Kemenangan ke atas Bolton akan membuatkan Arsenal hanya dibezakan 1 mata dengan pendahulu liga, sesuatu senario yang tak pernah dibayangkan oleh para pengkritik keras.Ketiadaan Fabregas diisi dengan cukup baik oleh Abou dan membolehkannya menandatangani long term kontrak.Jadi gaji dah naik, takkan persembahan turun naik? harap Diaby konsisten.Turut menjejak langkah yang sama adalah pemain Singa Muda (belia England la kalau malaysia Harimau Muda) Henri Lansbury yang kini dipinjamkan dengan cemerlang di Watford.Lansbury yang dipetik sebagai bakal bintang England, selain melanjutkan tempoh pinjaman kini berjaya mengikat pertalian dengan lebih lama di Arsenal.Pastinya Wenger pening2 lalat kerana terlalu ramai bakat tapi siapa yang akan dapat akhirnya?

Akhir sekali, hari ini 1 Januari .Ini bermakna secara rasmi transfer windows telah pun dibuka. Pelbagai rumors dan spekulasi tapi Wenger tetap masih diam2 ubi.Penafian demi penafian dibuat pada setiap nama yang diajukan. Terbaru Wenger bercakap dia takkan pecahkan tabung ayam untuk transfer kali ini kerana menghormati budget 2010 yang dibentangkan di Parlimen itu hari.

"The rules in professional football are to win and balance the budget,.That's the basic rule, and I always did fight for that. All the rest is half-cheating.

"I don't speak about what's happened here, but that's what I'm for. For every club it has to be the same: for everybody. I always pleaded for financial fair play.”




 Dan dari sumber yang boleh dipercayai nampaknya Denilson akan ada rakan sepermainan apabila Arsenal dikatakan dah sign Wellington Silva pemain bawah umur dari Brazil cuma dia akan sampai ke Arsenal setahun lagi keranan menanti hari matang.Arsenal dah bayar 65% dan dia pulak dikatakan dah berposing dengan jersey Arsenal kat Facebooknya. sumber




0 ulasan: