Khamis, 1 Oktober 2009

Pelesit Kota



Ape kaitan dengan lagu Search, takde kaitan pun, sebenarnya aku nak tegaskan perkataan pelesit tu jek biasanya orang akan cakap 'Laju macam pelesit'.Haa dalam konteks Arsenal ,siapa lagi kalau bukan pemain England terdegil abad ini Theo Walcott aka TW14.Kelajuannya memang ditakuti lawan membuat mereka menggelupur tapi kadangkala sampai membuatkan dirinya sendiri tercabut bahu ter popup keluar..perghh nyilu, bayangkan laju tak lajunya.Paling die suka sprint masa lawan team kegemarannya Liverpool.Dah 2 kali dah.Gua rasa Walcott ni kalau Wenger tak pandai jage2, bukan lari jek die mampu,alih2 boleh melompat pulak, melompat kelab.Jangan ko Wenger..aset ni..Memang diakui ade yang kurang sabar dengan sumbangan Walcott kerana budak ni dalam peringkat usia proses kematangan, tapi pada aku Walcott setakat ni memberi yang terbaik dan senjata rahsia Arsenal ketika keadaan memerlukan.

Sama ada 'dibekukan' sebagai denda atau memang injured selama ini, Wenger telah pun memberi jaminan dia bakal kembali Ahad ni dalam pertemuan menentang Blackburn Hitam Terbakar.Rosicky,Eduardo,Vela melalui senarai2 yang selalu AWOL, tinggal Nasri...Yang hanya menghitung hari.Kalau Samir kembali..Wa cakap lu,sukar untuk Arsenal kalah mengikut logik akal!!


0 ulasan: