Ahad, 5 Julai 2009

STAN BUY ME...



Pernahkah anda dengar lagu Stand By Me? Tapi kali ini diubah siketla liriknye, sanggupkah anda menyanyi2 di hadapan Stan Kroenke mengharapkan agar tycoon Amerika itu melabur memberi suntikan dana agar Arsenal dapat membeli player2 ternama bertaraf bintang sedia ada?Aku tak sanggup,biarlah Arsenal kekal dengan gaya pengurusan seperti kini.Bukan tak ade, Usmanov cuba memberi wang ehsan saguhati bernilai 100M -tapi pasti ade udang di sebalik batu dengan niat di hati ingin membeli lebih kepentingan agar dapat menjadi pemegang saham terbesar Arsenal- Namun Gazidis,BOD dan para pemegang Arsenal yang lebih percaya akan Stan Kroenke kerana berlatarbelakangkan kesukanan, menangguh hajat Usmanov kerana perbincangan teliti perlu dilakukan sebelum menerimanya.Kalau tanye Wenger, bagilah duit banyak mana pun, polisinya tetap polisi dan akan diberi keutamaan.



Tapi kalau Gazidis pulak, mungkin lain caranya."Amek je lah duit tu , kite pakai lagipun Pak Uzbek tu pandai2 laa kite setle nanti" Jika Gazidis, mengambil jalan tersebut, die sudah pastinya tau akan risiko yang bakal dihadapi oleh Arsenal masa akan datang.Hutang duit mampu dibayar, tapi hutang budi? "Siapa kata hutang budi?ini pun kira hutang duit gak ni"jawab Gazidis.Bijak dalam melancarkan strategi pemasaran dan liku liku perniagaan.Sejauh mana benar tentang hutang Arsenal 400M disebabkan perpindahan ke Emirates masih lagi menjadi tanda tanya.Tapi buat masa kini Arsenal adalah antara hanya beberapa kelab sahaja yang masih dimiliki oleh syarikat sendiri, Asenal Holding dan dibahagikan antara pemegang2 saham, manakala kelab2 lain di BPL telah dimiliki secara orang perseorangan dan budaya ituk kini menjadi semakin tidak sihat kalau dibiarkan berterusan.Biarlah aku rasa, Arsenal diuruskan dengan kekal sebegini, sumber modal pun dari sumber revenue sendiri.Play safe, play beautiful.

Di Malaysia pulak sudah kecoh orang kedua terkaya di negara kita, Ananda Krishnan tauke Maxis dalam proses membeli Newcastle United, kelab yang baru relegate mewarisi Leeds United.Berada di senarai pertama pembida, Ananda mungkin akan melaburkan sampai RM547 juta menyaksikan dirinya menjadi warganera Malaysia pertama membeli sebuah kelab bola sepak Inggeris.Jangan masuk2 die mintak Alan Shearer beli pelik2 sudah,iye la..mesti berpijak di bumi yang nyata, Newcastle main Championship!



Dengan duit2 gila mainan Real Madrid baru-baru ini.Market menjadi semakin huru hara dan kadang2 harga yang diletakkan oleh seesetengah kelab jugak tak masuk akal.Jadi bayangkan bagaimana Arsenal hendak bersaing dalam merebut Benzema dan Ribery yang hangat diwar2kan.Adakah kerana gosip 100M, nama Arsenal diletakkan sebagai boneka pembida bagi kelab penjual menaikkan harga pemain masing2.Atau memang ade pergerakan dari dalam kem Arsenal sendiri yang bergerak licik.Kes terbaru, pengakuan dari Fiorentina HANYA Arsenal sahaja yang membuat bidaan terhadap Melo.Tapi Melo tibe2 sign kontrak(tak tau la sama ada hendak stay betul2 ataupun sengaja bagi menaikkan harga)Fiorentina cuba mengambil kesempatan di sebalik harga di transfer windows yang makin menjadi2.Nak beli Melo, boleh.. tapi dengan syarat apa kata campurkan Eboue.jadi kalau dulu arsenal hanya perlu bayar 10M + Sanderos, tapi kerana Melo baru sahaja menandatangani kontrak lanjutan Arsenal mungkin terpaksa bayar 18M+ Eboue.(harga Melo kini 25M)

Bukan setakat itu sahaja pengaruh Real Madrid.Setelah memborang player2 bintang kecuali seorang tu taik bintang, hingga ManUtd terpaksa claim yang Oweng masih lagi bintang pudar yang boleh digilapkan, kini mereka cuba tampil dengan idea baru Euro Super League bagi menggantikan UCL yang dikatakan formatnya telah lapuk ditelan zaman.Aloo Perez, sebab Real Madrid tak lepas 2nd round UCL dah lima tahun baru nak tukar format semata2? Sesuke hati jek, Siapa agaknya dia rasa diri dia ni siapa, mampu membeli segalanya? Platini dan Blatter mungkin boleh dibeli, beli lah sekali dengan UEFA pun tak kisah, tapi jangan ingat semua benda adalah duit semata2.

Florention Perez berjalan2 di pasar malam tengah usha2 nak beli siapa agaknya lagi..Oh mungkin tukang cuci boot takde lagi.Ape kate amek saje Robie Keane yang jadi jadi camera man part time sebelah tu.Kesian, lepas rejoin Spuds, ekonominya terumbang ambing.kah kah kah kah..


0 ulasan: