Tiba2 aku rasa bangga dan teuja dengan RVP.Die punya sikap sejak kebelakangan ni dah makin matang dan pro.Walaupun kontraknya pernah tertangguh lama sebelum sign kontrak mega baru ni, tapi dia berdiam diri biarkan saje media bermain dengan fantasia huru hara mereka.RVP ke ManUTD..ape? Van United? Bapak segala tajuk akhbar yang paling buruk pernah aku dengar.Walaupun pada mula2 firasat aku, RVP dah tak boleh tunggu lagi dan mungkin akan meninggalkan Arsenal melompat ke kapal lain untuk merasai nikmat kejayaan pantas-dan aku takkan salahkan dia- namun jauh di sudut hatinya perasaan cinta pada Arsenal tersemat dalam dirinya.Tahniah membuktikan aku silap.Dia begitu sayang akan kelab ini dan begitu ambil berat.
Setelah berbincang dengan Ivan dan Tun, dia mempercayai kedua2 kepala ini dan sanggup memperjudikan waktu prime kariernye semata2 hanya untuk menjulang trofi bersama Arsenal.Setelah 5 tahun berjuang dan hanya piala FA sebagai koleksi, adalah tak lengkap baginya untuk mengundurkan diri tanpa sebarang kejayaan yang sepatutnya.Banyak lagi yang mampu disumbangkan RVP dan banyak lagi yang akan Arsenal persembahkan.Statistiknya dari saban tahun ke tahun aemakin meningkat.Dan setelah mengetahui projek Wenger dan Gazidis RVP tidak lagi was2 untuk menyerahkan sepenuh jiwanya pada Arsenal."In Arsene I trust" sambil menggerakkan pena menandatangani kontrak.
RVP kalau stay sehinga kontraknya tamat aku rasa mampu menjadi lagenda sama seperti idolanya Bergkamp.Dan aku rasa tak salah kalau aku usulkan kat sini RVP yang sepatutnya layak menjadi kapten Arsenal-no offense to Fabregas- tapi ciri2 kapten materialnya terserlah atas padang.Walaupun suatu masa dulu pernah digelar budak jahat sewaktu di Feyenoord begitu juga kes palsu dakwaan rogol,segalanya kini diletakkan dalam buku sejarah episod hitam hidupnya.Tak perlu diulangkaji katanya.Kerana subjek sejarah tak diajar dalam Bahasa Inggeris jadi orang tak paham.kah kah kah.Ok2 kembali pada RVP tadi, ya RVP memang jelas kesungguhannya dan korang akan dapat tengok die punya passionate atas padang sentiasa 101%.
Dia bukanlah player yang senang2 boleh dipijak kepala lawan.Pantang ditegur pasti melawan!Walaupun sikap panas barannya kadang2 gila tapi kini di bawah Wenger aku nampak dia dah semakin pandai mengawal emosi berbanding awal2 tiba dulu.Ingat red card lawan Everton(tak silap aku) awal2 kariernya? Paling penting die bersungguh2 sedang rakan lain semua tengah down die tetap berlari dengan fighting spiritnya.Reaksi penalti ketika melawan manutd ketika semi final UCL membuktikan sedikit dari apa yang aku huraikan.
Dia juga tak kering memberi semangat dan kata perangsang pada rakan sepasukan dalam kekalutan.Ketika Gibbs tergelincir, siapa yang pertama hadir memeluk bahu memberi sokongan moral? Dia adalah pemain yang perlu diberi perhatian tak kira team lawan atau rakan sepasukan.Ketika Arsenal di ambang2 kekalahan, saat2 kecemasan, die adalah orang yang dipandang dan diharapkan rakan2.Magic ciptaanya entah datang dari mana.Pada hari yang betul2 ong,player lain semua nampak average di mana dia berjaya mencuri semua tumpuan.Ingat gol di stamford briedge,gol bertemu Liverpool,last minute Everton,Charlton o5/06, West Brom(sudut sukar) bile tah dan banyak lagi boleh disenaraikan.Tengok pulak sambutan sambutan gol2nye..semua buat adrenalin kita terangkat!!Dia nampak ambil berat, dan dia memang betul2 bernafsu berbanding segelintir player yang cepat mengalah dan berputus asa.Peminat boleh menilai sama ada usaha yang dilakukan betul2 100% atau sebaliknya dan masing2 mempunyai hak mngkritik,memuji dan menyuarakan pendapat tersendiri.
Umor pulak memang sedang2 elok waktu puncaklah.Pengalaman dah penuh,tak kira antarabangsa atau domestik.Setelah 5 tahun,RVP adalah senior selepas Kolo Toure dan Almunia.Team ini dibina berpaksikan dirinya.Ini adalah batchnya!!Sebab itulah dia rasa ada tanggungjawab dan perjuangan yang perlu diselesaikan.Hubungan dengan fan terjaga.Tak banyak bunyi melalut2 cakap merapu kat media.Paling penting tak banyak cakap pasal kelab lain!
Takdek lagi muka budak2 yang boleh dibuli oleh lawan jika semua player Arsenal mempunyai semangat sama seperti RVP.Itulah yang Arsenal kurang sekarang ni, leadership,fizikal,dan psikologi.Semua ciri tersebut mampu menambahkan rasa hormat daripada team lawan.Takdelah kelab2 pertengahan atau bawahan hadir ke Emirates dengan perasaan mampu mendapat mata.Kalau dulu semua hadir bajet kalah, tapi kini, mereka siap boleh letak sasaran seri paling minimum.Kegentaran tu dah hilang!
Jadi pendek kata RVP punya pakej memang lengkap dan layak untuk digelar Mr. Arsenal yang baru sekaligus ada ciri2 kepimpinan menjadi seorang kapten cemerlang ,sesuatu yang Arsenal ketandusan seteleh pemergian Viera.Tapi sayangnya ape yang menjadi penghalang adalah buku rekod kesihatannya.RVP tak pernah lari dari mendaftar di bilik sakit setiap musim tapi musim terbaru yang lepas adalah paling membanggakan kerana dia berjaya mencecah jumlah terbanyak sepanjang kariernye semusim.44 game dan 20 gol menjadikannya penjaring terbanyak dan tidak syak lagi bakal dinobatkan Player Of The Season Arsenal.Com minggu depan.
Harapan peribadiku agar RVP dapat mengharungi musim depan dengan bebas tanpa sebarang kecederaan dan menghasilkan jauh lebih baik dari apa yang disumbangkan musim ini sekaligus mendakap piala berkongsi kejayaan bersama Arsenal.Aku percaya keputusannya untuk kekal adalah pilihan yang palig tepat dan bijak dan segala usahanya selama ini bakal mendatangkan hari gemilang!
Jumaat, 10 Julai 2009
RVP kapten The Flying Dutchman
8:42 PG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan