Rabu, 1 Julai 2009

Pemain kolar putih.

Musim depan lengkap dengan 'pekerja' kolar putih, dan kolar biru.
Putih suci murni..itulah warna jersey ketiga baru Arsenal untuk musim 09/10. Dengan design smart dan simple yang sama seperti jersey away cuma warna sahaja yang berbeza.Harapnya tiada darjat persembahan berbeza bagi mereka biarpun memakai kolar berwarna apa sekalipun, darah merah Gooners tetap mengalir..



Jika benar Felipe Melo telah sign kontrak lanjutan bersama Fiorentina,keadaan ini memaksa wartawan2 sukan beralih ke target seterusnya, kini targetnya lebih kepada Hard Man yang memang aku percaya ramai di kalangan peminat Arsenal seluruh dunia kepingin hendal melihat aksi Fighter kat tengah padang.Aku cakap wartawan yang target sebab sebelum2 ni pun belum dapat disahihkan adakah betul Arsenal benar2 berminat terhadap Melo.Melo cuba memancing dengan drama mesra bersama Gilberto tapi tiada respon dari Arsenal, akhirnya dia mengambil keputusan untuk sign kontrak baru.. Begitu juga terhadap target2 yang dicanang2 oleh pihak lain terutama media, adakah benar Arsenal bersungguh2 mendapatkan pemain2 tersebut.Adakalanya kita harap benar, adakalanya kita harap tidak.


0 ulasan: