Isnin, 27 Julai 2009

Arsenal vs Zomba

Arsenal akan bertemu Szombathelyi Haladas jam 1 pagi waktu Malaysia tak silap aku sebentar lagi.Eduardo akan diturunkan buat kali pertama dalam pre season menyangkal dakwaan dirinya masih cedera.Fabregas dan Walcott mungkin masih direhatkan untuk match ini.Dijangka Ramsey Diaby Song akan mendapat peluang sekali lagi.Thomas Rosicky kembali setelah direhatkan match lepas.Eduardo kelihatan sedang mandi bunga agar ketajamannya terserlah kembali.



Bendi menganggap rumors ke AC Milan hanya cerita dongeng 1001 malam. Bagi Bendi season depan adalah season yang penting bagi Arsenal secara tak langsung dirinya.Setelah pemergian orang itu, musim ini dilihat penentu hidup Bendi di Arsenal sama ada mampu merampas tempat penyerang utama dan juga memberi sesuatu yang lebih dari season lepas.Bendi dari segi teknikal ada bakat, tapi perl di asah lagi dan nampak masih perlu bertapa.Inilah yang menyebabkan RVP tidak kisah jika Arsene berhajat menambah bilangan striker.Walaupun die kata takde pun tak ape, tapi jika ade penambahan lagi bagus katanya..Ini mungkin sesuatu yang berkait dengan Huntelaar.Harap2.



Clichy pulak menafikan yang die mengeluarkan kenyataan direct mengenai Adebayor hanya pergi ke Mancis kerrana gila duit.Clichy amat kesal dengan laporan, ini bukan kali pertama dah akhbar2 memanipulasi ayat2 player Arsenal, ramai dah jadi mangsa.Arsenal patut keluar akhbar sendiri.Arshavin jugak tak kisah dengan pemergian Adebayor kerana itu kehendak hatinya, Arshavin 100% di belakang Wenger.Tapi apabila ditanya chances untuk menangi kejuaraan, dia lebih rela mendiamkan mulut dari bersuara dengan menganggap segala perbualan hanya sia2 jika akhirnya habuk pun takdak.

Cuma ketika gambar latihan kelibat Kolo Toure tak kelihatan seingat aku.Adakah ini satu petanda lagi yang pemain Ivory Coast ini benar2 bakal melupuskan terus satu2nya pejuang erani mati tanpa kalah 03/04.Atau adakah ini satu cara Wenger nak meminimumkan perasaan kehilangan ketika player Afrika berlangsung Januari nanti.Adebayor, dan kini mungkin Toure dan Eboue.Ketiga2nya pemain Afrika.Jika benar Arasenal hanya mungkin akan merindui kelibat Song.Mungkin Arsene WEnger tidak mahu lagi kesan ketara yang menganggu perjalanan pasukannya tengah2 musim nanti.Ingat Toure pernah diserang malaria ketika kempen piala Afrika yang lepas dan semenjak itu, Toure bukan lagi Toure yang dulu.

Tapi jika benar, aku tidak dapat untuk mengelak rasa kehilangan seorang pemain yang bersungguh2 memerah kudrat, mengorbankan sepenuh tenaga dan cukup profesional.Larian derasnya, tracking back, tackle2 mantapnya, rembatan kencangnya walaupun 1 gol dalam 100 kali direct free kick..seingat aku bertemu Bolton.We'll miss u Kolo.Itupun jika die pindah.Jika ape pun, Wenger mungkin terpaksa membuat keputusan terbaik untuk kelab dan untuk Toure.Yang penting Toure pergi bukan kerana duit semata2-hubungan luar padang dengan Gallas,kehadiran Vermaelan, mungkin bukan pilihan utama, perlukan cabaran baru.Tapi boleh tak kalau Wenger jual laa jauh2 ske, buat ape nak menguatkan team yang bakal mencabar kita.Jika Toure dan Eboue dijual ini menunjukkan Arsenal Kehilangan 3 orang player berpengalaman sesuatu yang cukup kontra dengan ayat asalnya yang mahu mengekalkan keseluruhan team dan tiada penjualan.Ape yang kia meronta2 meminta2 di awal season dulu adalah pengalaman..pengalaman.. tapi kini Wenger melepaskan mereka dengan pengalaman2nya tanpa ade sebarang tanda tanda mencari pengganti.

Lupekan dulu, fokus pada match awal pagi nanti.Ini mungkin lagi sebagai perlawanan pemanas badan dan Emirates Cup nanti kita akan dapat gambaran lebih jelas tentang skuad Arsenal untuk musim baru.


0 ulasan: