Rabu, 29 Julai 2009

Arsenal vs Hannover 96,


Walaupun perlawanan persahabatan tapi standard match pra musim semakin lama semakin meningkat.Jangan ingat Hannover 96 yang no 11 Bundesliga ni suka hati jek nak Hand Over kemenangan free2 malam ni.Serangan depa akan diketuai bekas pemain yang pernah main kat BPL bersama2 Birmingham tak silap, Mikael Forssell.

Arsenal pulak pasti akan menurunkan barisan yang lebih kuat dan semakin mencari kesebelasan utama yang sesuai.Malam ini mungkin Fabregas akan turut disenaraikan buat kali pertama dalam pra musim.Ini bagi persiapan perang gol Piala Emirates nanti.Entah fan mana cadangkan supaya kejohanan tu kire jumlah gol jek, tapi unik gak..sempoi.Kalau kalah bergaya dengan longgokan gol pun masih mampu menjulang emirates Cup.Mase ni la kut Wenger nak tengok seni attacking yang ade sekarang, patut ke logik ke tak tambah striker lagi.Mulelah Almunia Song Sagna semua buat kerja gila naik atas nak taboh gol.Tapi itu Sabtu ni.Kejap lagi pun penting jugak.

Jadi malam ni jangan lupe pukul 1.Toure pasti menyokong dari kaca tv jek bakal bekas kelabnya beraksi.


0 ulasan: