Khamis, 21 Mei 2009

Sehelai baldu biru~


Tidak Syak lagi!! Sesason depan away kit akan berwarna biru, menggantikan warna tradisi kuning..nampaknya jersey sempena semangat 89 tidaklah begitu membawa kebanggan seperti yang diharapkan..Adakah dengan kembalinya warna biru ini Arsenal akan terbang ke awan biru? Sebelum2 ni banyak warna dah jersey away antaranya kuning, biru, putih dan hijau. Jersey baru ni nampak agak simple mungkin Nike dah ketandusan idea, tapi matang, selagi design nya tak fancy merapu gelabah2 ianya ok bagi aku.

Berita mengenai kecergasan dan kecederaan Eduardo.Arsenal.com telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Eduardo telah menjalani satu ankle operation semalam.Diharap pembedahan tersebut memberi kesan yang positif.Eduardo dijangka hanya akan kembali fit dan menyertai skuad Arsenal semasa kempen pra-musim nanti.Ini bermakna dia bakal terlepas aksi kelayakan piala dunia bersama Crotia.Jangan berlanjutan seperti Rosicky sudahlah, peminat kepingin benar menyaksikan kedua2 mereka beraksi bebas daripada kecederaan semula.

Mengenai bintang no 23 Arsenal pulak, kita tau betapa kejinya media cuba melaga2kan kem Arsenal dan perkara ni takkan berakhir.Terdapat cerita2 yang melaporkan Arshavin dicemburui status bintang dan buah hati peminat oleh beberapa bintang lain di Arsenal seperti Fabregas dan RVP yang kurang senang dengan publisiti meluas Arshavin. Itu semua sampah!! Arshavin dalam websitenye memberitahu bagaimana die boleh sesuaikan diri dengan kehidupan di England setapak demi setapak.Dia juga berkata betapa cerianya kem Arsenal yang bagaikan satu keluarga.Arshavin juga berkata kawaan baiknya luar padang ialah Fabregas, Bendi dan Toure.. Harap Bendi tak ajar die mabuk2 tanggal seluar.huhu..


Haa.. ini pulak Gunner's Greatest 50 Goals yang aku cilok dari Arsenal.com.Cepat tengok sementra masih free! Ini baru part 1 :


0 ulasan: