Sesudah melalui minggu yang suram, kite masih dapat dengar sembang2 pemulih semangat kononnya dari Wenger padahal die tau antara yang diucapkannya bukannya semua benar belaka.Mendengar Wenger tetap degil membuat para peminat mula hilang kepercayaan dan respect.ah..sudahlah, usah ambil pusing statement2 nya, tengok jek ape berlaku summer ni.Wenger adalah makhluk yang penuh dengan kejutan.
Terkejut dan rasa bersalah, itulah yang dirasai oleh para pemain Arsenal setelah melalui saat2 memeritkan tewas kepada 2 seteru utama dalam tempoh mase seminggu.Sebagai kapten, Fabregas merasai dan faham akan kekecewaan yang dihadapi oleh fan2 Arsenal seluruh dunia.Alangkah lebih baik jika dia tunjukkan perwatakan sebagai kapten di atas padang.Fabregas yang hanyut dalam match2 penting musim ini walaupun dilihat kecewa tapi aku rasa akan masih kekal di Emirates sepanjang Wenger wujud di sana.Mengidamkan untuk menjulang 2 piala 4 minggu yang lepas, tiada apa lagi yang boleh diharapkan selain menamatkan musim dengan penuh pride walaupun dengann tangan kosong.Pentingnya Arsenal menamatkan musim ini dengan jayanya akan merupakan petanda bagaimana desire Arsenal akan bersaing untuk kejuraan musim depan. Teka siapa yang cakap begitu dan mahukan United menangguh party EPL mereka? tentunya Mr Potato Head.
Bacary Sagna yang turun naik persembahannya musim ni jugak menyatakan Arsenal masih ade ruang untuk diperbaiki.RVP pemain terbaik bulanan pertengahan musim yang masih belum sign kontrak bersuara betapa pentingnya Arsenal mengekalkan player2 dan tak ada gunanya setiap musim arsenal melepaskan 3 4 player macam musim lepas di mana player utama Hleb, Flamini Gilberto dilepaskan tanpa sebarang ganti yang setanding.RVP mahukan skuad ini terus kekal bersama dan beberapa penambahan muka baru pasti menaikkan nafsu.Bagus RVP, ape kata ko start dulu dengan sign kontrak baru!
Seorang lagi oldtimer di Arsenal King Kolo dah mula berpikir2 tentang masa depan bersama kelab kesayangannya.Walaupun pernah berhasrat untuk keluar dan hampir menandatangani perjanjian dengan Pak Arab Mancis, Kolo meletakkan masa depannya mungkin bersama Arsenal setelah die kembali ke dalam pasukan.Err.. mungkin sebab kite dah takde pertahanan lain Kolo, sebab itulah khidmat awak diguna pakai.Ko memang bagus, tak payah disangkal lagi ko punya kesetiaan dan sayang pada Arsenal.Tapi prestasi, sorry to say Kolo, ko dah dilihat semakin menurun lihat sahajalah statistik dalam table, atau mungkin ko tak dapat keserasian dengan pasangan ko yang bermacam2 dari Gallas ke Jozan ke Alien..takpe2..Wenger akan mencari pasangan yang serasi aku percaya.Dan pasti antara 4 dari mereka akan ada yang terpaksa dikorbankan.Aku harap Kolo dapat stay walaupun tak menjadi pilihan, kerana panglipurlaranya sebagai pewaris tradisi dan pengalaman sebagai survivor batch juara amat2lah diperlukan.
Biasalahtu,adat.. dekat nak habis2 musim ni timbulla.. gosip2 terhangat dari ladang.. Dan pastinya peminat2 Arsenal mengharapkan Wenger mencari pemain2 yang terbaik dari padang! Dah bermacam rumors aku dengar dan antaranya memang tak masuk akal tapi siapa tahu, Andrei Arshavin tu pun aku ingat main2 dan sampai sekarang aku macam bermimpi, betulkah ini hadiah dari Wenger.hahaha.. nantilah kite berdiskusi dan mengumpat dengan lebih mendalam pasal rumors ni bile tibe masanye.Sekarang aku listkan je la yan mane pernah didengar..
Meninggal..kan Arsenal:
Adebayor - Milan
Clichy - Real
Diaby -Inter
Bischoff - tamat kontrak
Gallas
player2 muda dhantar loan.
Menjadi buruan:
Matthew Upson - bekas pemain arsenal, jarang arsenal amek balik
Brede Hangeland - 2 tahun yg sempoi kat EPL, tak sign kontrak baru lagi
Xabi Alonso - Summer lepas dah kompom tapi last minute break deal
Miguel Veloso - overated kut, 10M.name dah gah tapi tak pindah2 lagi
Roque Santa Cruz - Sesuai ganti Ade kalo blah.tapi injury prone
Pavel Pogrebnyak - lagi hebat dari PakGaliCangkul
Cristian Chivu - injury prone
Giorgio Chiellini - SuperB kalau dapat die tapi harga mesti cekik darah.
Yaya Toure - Mengidam nak main dengan abang
Dengarnya Pat Rice, penolong pengurus Arsenal dah nak bersara habis musim ni.Kalau betul diucapkan selamat maju jaya dan terima kasih banyak2 kat atuk berumur 60 tahun ni.Selama 13 tahun die jadi tempat untuk Wenger mengadu nasib, gandingan mereka selama 13 tahun mencipta Arsenal yang dikenali di mata dunia dengan corak permainan tersendiri.Lama sangat Wenger pegang, tak sempat merasai kerusi pengurus.Lembu punya susu sapi dapat nama, kut2 Pat Rice yng mencanang2 nama2 player muda agar diambil, ttapi yang dikritik, Wenger sorang jek.huhu.Tapi kalau betul bekas RB ni yang dah buat 528 kemunculan dengan Arsenal sewaktu kariernye dulu betul2 nak berhenti, siapa mau ganti?Adakah Boro Primorac ketua jrulatih sekarang? aku rasa bagi je kat Vick Akers.KAlau team gadis die boleh ubah main macam jantan si juara, camne pulak die handle team lelaki.haha. Tapi dah terbukti die lagi sukses dari Wenger kalau ikut bilangan piala.huhu...
Rabu, 13 Mei 2009
RVP macam nak sign, Kolo nak stay
8:55 PG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan