Isnin, 11 Mei 2009

Perlunya Reformasi!

Huhhh...(mengeluh panjang) Bola sepak memang sangat kejam.Lagi kejam apabila main dah bersemangat, rancak dah rancak tapi lawan try 3 bijik dah boleh score 2 kali.Sakit memang perit, tapi itulah yang terjadi malam tadi.Akibat hujung minggu yang padat aku bersengkang mata semata2 nak tengok bagaimana tindak balas mereka setelah terkene kejutan tengah minggu lalu.Kejutannya, aku tak terkejut langsung dan dah macam tertlis skrip malang ni.Biarpunn 20 minit pertama nampak kesungguhan tapi segalanya tak bermakna.FIFA sepatutnya mengeluarkan anugerah di malam Gala nanti, most beautiful play of football, kalau itu yang hendak dikejar Wenger, kompom die akan membolot gelaran tu bertahun2.

Memalukan, memang amat memalukan.Secara jujur Chelsea tak nampak seperti boleh muncul dalam game dan mustahil boleh bawak pulang 4 gol tapi kredit kepada mereka menggunakan kesemua peluang terhidang dengan sebaiknya dan sejahatnya.Diving? own goal, Fabianski wat ape? Offside?-hanya antara kudis yang menambah luka realitinya taktikal dan pemain sendiri yang harus dipersoalkan. Kekalahan terbesar di Emirates dan terbesar kepada chelsea setelah 49 tahun tak silap aku.Hey, ini mengingatkan aku kepada event minggu lepas, bukankah Barcelona meratah Real Madrid di Benebau 6-2, at least kite tak keseorangan dan kire setaraf la, haha..perkara2 atau hari2 macam ni boleh datang kat siapa2 jek bila2 masa..Bila bukan hari ko, memang bukan hari ko laa tu.

Starting line up sahaja dah terhidu malapetaka.Arshavin masih lagi MC akibat jangkitan virus, mungkin merebak dari Vela la ni.Almunia jugak dipercayai ankle sekali lagi buat hal meninggalkan Fabianski yang baru nak melupakan memori hitam lawan Chelsea semi FA lalu terpaksa sekali lagi dihantui memori hitam legam.

4-5-1 lagi??!!! 4-5-1 lawan Chelsea FA cup 4-5-1 lawan liverpool, 4-5-1 lawan United .... Bagitau aku tang mana berhasilnya taktik ini.Dan paling teruk letak RVP yang takde fizikal untuk lead the line. Wenger dah hilang plot, taktik2nya sebelum ini sudah terang lagi bersuluh kite di outplayed United dan Liverpool tapi masih hidup dalam ilusi menggunakan taktik yang gagal berulang kali.Walcott pulak hanya sekadar laju, laju dah macam lipas kudung, main macam lipas sampah mengingatkan aku pada Milan Baros yang lari bagai nak rak tak ingat dunia langgar ad board tapi habok pun takda. Walcott dilihat selalu kantoi tak track back bantu Sagna.Harap die tau ape tujuan dia sign kontrak baru dan boleh setkan minda.Masa depan kami memandang anda.

Ramai lagi yang boleh dikritik sebenarnya, lupakanlah persembahan buruk kesemua department pertahanan, memang kene overhaul summer ni, lupekanlaa jugak Diaby yang berbuih mulut nak cakap dah, Song Denilson yang Wenger tatang dan puji tu tak cukup bagus untuk duduk kat bench pun dari dulu lagi.Lupakanla adebayor yang diboo segelintir peminat ketika masuk semalam, dan juga Bendi-kredit kerana ade gak nampak nak main walaupun mabuk todi.RVP pulak tampak semacam hampir ke pintu keluar. Simpati pada nasri yang kelihatan penatnya tak berbaloi.

Kali ini yang gua betul2 panas dan angin ialah pada kapten Cesc Fabregas! Nampaknya kreadibilitinya sebagai kapten sedang dipersoalkan.Ini kerana bile satu team main begitu teruk denga die2 sekali hanyut, sebagai kapten sepatutnya dielah menjadi tempat untuk dipandang dan dicontohi.Semuau big match, bile Arsenal tertekan, Fabregas juga kelihatan lesu dan tunduk, dimana metarial seorang kapten? Memanglah muda, besar beban tapi musim ni terlalu merudum prestasi berbanding musim lepas, mungkin dihantui kecederaan3 bulan tu kut. Kalau die tak kawal ego dan lagak primadonanya hanya sebagai pemenang kejohanan Euro die perlu muhasabah diri kembali berpijak di bumi nyata lakukan demi kelab dan peminat.Zaman Paddy dan Tony dulu kita jarang tengok mentaliti dan semangat pasukan yang mudah rapuh.Arsenal sebenarnya perlukan seorang pemimpin yang memang ada naluri dan jiwa pemimpin sebenar dan sejak peninggalan Paddy, kite kekurangan calon.Karisma sahaja tak cukup tapi perlu ade sekali jiwa kepimpinan, kematangan dalam segala situasi dan boleh mengawal tingkah laku dan psikologi rakan sepasukan.TH14, Billy G dan Fabregas kini hanya mungkin sebagai tanda ikatan Wenger agar tidak berpindah tapi harap Fabregas dapat buktikan kritikan aku salah dan muncul dengan lebih mantop serta menjadi kapten disegani season depan.

Siapakah sebenarnya petualang untuk zaman kejatuhan dan kemerosaotan Arsenal 3 4 musim kebelakangan ini.Hurmm..susah nak cakap tapi rata2 menuding jari menyalahkan Wenger.Simpati aku pada nasib si tua seorang ni.Jangan salah paham, aku hargai dan respect Wenger dengan apa yang dilakukan pada kelab selama ni.Tapi kalau nak cerita pasal kedegilan , polisi, angan2 dan keinginan peribadi semata2, ego memang takkan habis boleh cerita.Sudah banyak olahan, dan kebanyakannya bende yang sama berulang2 kali.Adebayor cakap kita semakin ke belakang, Wenger pulak kate kita semakin ke depan ade peningkatan. Nah..kan satu pendapat yang terlalu kontra tu.Wenger terkenal dengan mainan kata2 dan tak payah dipercayai lagi, sukar untuk aku mempercayai keyakinannya dan kini aku ambil segala cakap2nya seperti sembang2 kosong.

Anda boleh nampak sendiri walaupun memuji gila Denilson tapi last2 die sendiri letak player tu kat bench akhir2 ni tak yakin dengan kemampuannya yang sebenarnya belum cukup bagus dan layak beraksi di tahap tertinggi di Arsenal.Itu hanya sala satu contoh, banyak lagi sebenarnya kata2nya yang tak serupa bikin.Setiap kali mendengar Wenger cakap pasal transfer adalah seperi mendengar nyanyian lagu sumbang yang menyakitkan telinga."Kita tak boleh beli player berpengalaman kerana akan membunuh karier Diaby, Denilson dan Song" statement bangang lagi bahalol.Anda beli untuk mereka belajar, belajar dari yang pakar yang berpengalaman, saingan menjadi lebih kompetitif sesama teammates,bench ade option yang setaraf., semua player bersemangat kesukanan yang tinggi dan pro.Bukannya mati katak pun Denilson Diaby kalau tak dapat main..Kalau bukan dengan ARsenal, banyak lagi team2 lain tempat mereka jadi starter(kalau boleh).

Tak salah pakai pemain muda, malah sangat bagus, tapi cara Wenger yang terlalu obses tu yang salah.Terlampau nak sangat buktikan yang die tak silap dan takkan pernah silap hanya orag lain jek yg silap baginya dengan harapan die mampu buat silap mata tapi 4 tahun penantian hasilnya tetap takat itu sahaja tiada sebarang peningkatan. Orang yang tak de lesen kejurulatihan, orang yang bukan kaki bola, orang yang tak tau ape2 pun dah boleh pertikaikan ape player tu sedang buat dalam jersey merah putih..Manager luar pun tau apa masalah Arsenal sebenarnya ,

"..but it will also give Arsenal a lot to think about. It might be a considerable blow and show them what they have to do."
, Gus Hiddink pun nampak ini sebagai satu wake up call buat Arsenal terutama Arsene Wenger.Jadi bangkit Wenger.Phoenix bangkit!

Aku tak pernah mintak untuk Wenger dipecat, tapi kalau BOD rase Wenger dah semakin sesat dari hala tuju dan tiba masanya era kepimpinan baru dengan darah perjuangan yang lebih segar, perkara ini mungkin perlu dipikirkan demi kebaikan kelab.Ini bukan soal memaksa Wenger pergi tapi suatu hari nanti nak taknak Wenger tetap akan pergi tapi apa persediaan ARsenal semasa itu?.Aku takut jika Wenger meninggalkan arsenal dalam mase 2 tahun lagi dengan projek yang tak lengkap dan terbengkalai, jadi ramai yang akan mengikut jejaknya dan tiada lagi daya tarikan di Arsenal yang tinggal hanyalah pemain2 average membuatkan player2 bintang kurang berminat.Ini bermakna siapa sahaja yang mengambil alih tugas ini selepas Wenger mempunyai beban danggungjawab yang amat besar untuk ememulakannya dari zero.Buat masa ini biarlah Wenger menghabiskan 'projeknya' terlebih dahulu dan aku yakin Wenger mampu sediakan tapak yang kukuh untuk Arsenal terus kekal sebagai suatu kuasa besar elit di Eropah dengan syarat buang degilnya terlebih dahulu.

Pentingnya untuk mengakhiri season ni dengan prestasi yang tinggi.Walaupun tak penting match di OK minggu depan, tapi inilah masanya untuk membalas kepercayaan peminat dan menebus kekecewaan minggu yang suram.Memang menyakitkan tengok orang2 meninggalkan stadium awal ketika player2 semua perlukan sokongan, kalau taknak tengok, tiket tu boleh lah bagi kat gua, blanja flight sekali, aku tido kat situ pun boleh lah.Memang tak layak untuk diri mereka bergelar penyokong..kawan bile senang ramai bila susah merempat sorang2, sama la macam penyokong macam ni.Mereka patut malu pada diri sendiri.

Biarpun masih awal untuk dibicarakan summer ni aku mahu Wenger planning betul2.Aku nak die beli dan sediakan tulang belakang yang kukuh dan jitu.Beli player yang ganas dan boleh gertak, biar respect dan takut tu tibe2 datang menyelebungi lawan.2 CB yang boleh menyebabkan striker lawan histeria,Tak kire la biar watak yang dibenci sekalipun bermulut busuk seperi Meterazzi,muka bengis hodoh macam Oliver kahn, kental macam Lucio, tua macam Maldini, psiko macam Gattusso ,besar macam Viera, keras macam Cana, baran macam Cantona, celaka macam Vinnie Jones kerana watak2 macam tu la yang kite kehilangan sekarang ni.No more cry babies.Kalau play pretty pun tak boleh menang, tibelah masanya main pretty ugly.Arsenal perlukan kekuatan FIZIKAL!!

Seorang striker seorang DM dan 2 CB dan pastikan kesemuanya dari golongan berpengalaman dah boleh setle.Usmanov dah bagi lampu hijau, tinggal Wenger jek lagi.Tiada lagi alasan player terlalu ramai kerana awek2 nurse di klinik Arsenal terlampau cun2 dan mantap2 bergetah belaka menyebabkan ramai player yang buat home stay di sana.Arsene Wenger kene ingat tu..Skuad ini perlukan angin perubahan dan reformasi!


2 ulasan:

bali hambali berkata...

bergetah?hukhuk

Azwan Bidin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.