Ahad, 24 Mei 2009

Kejayaan Wolfsburg jadi inspirasi


Sepak Mula terakhir liga 11.00pm..
ARSENAL VS STOKE LIVE ONLINE STREAMING 1 <<<<-----Klik sini
ARSENAL VS STOKE LIVE ONLINE STREAMING 2 <<<<-----Klik sini


Kejayaan Wolfsburg memenangi gelaran Bundesliga buat kali pertama patutnya menjadi inspirasi kepada semua kelab bola sepak di dunia.Wolfburg berjaya memecahkan monopoli Bayern Munich,Sttugart, dan Bremen ketika ini membuktikan bahawa semua pasukan jika dengan organisasi,disiplin, taktikal, teknikal yang tersusun mampu memperoleh kejayaan.Tak semestinya dengan habuan wang berjuta2 dan player mahal2 mampu menjamin kejayaan.Pemain seperti Josue dan Grafite dah pun dilihat mencapai kemuncak karieer jika dilihat pada umur, jadi jangan dipandang rendah, berikan segalanya di atas padang selagi kudrat masih ada.At least, kite ade bukti bahawa duit bukan segalanya.Arsenal perlu ambil inspirasi dari kejayaan Wolfsburg ini.Apa yang penting season depan mereka tidak boleh berpecah kerana jika hendak membina era baru, inilah permulaannya..tapi jika name2 seperti Edin Džeko dijual ke kelab2 besar, maka hala tuju kelab yang sedang membangun ini akan dipersoalkan dan tak akan kekal lame.Tahniah diucapkan dan selamat datang ke UCL.Arsenal pulak yang belum kompom lagi, terpaksa melalui kelayakan.

Untuk final game malam ini, Arsene Wenger menggesa semua pemain menunjukkan kulaiti yang ada pada diri sendiri dan penting untuk menutup buku season ni dengan kemenangan.Apa2 pun keputusan malam ini, Arsenal tetap akan berada di kedudukan ke4- sutu kedudukan yang mengecewakan tapi satu ketika menjadi buruan akibat ancaman Aston Villa.

Wenger menyatakan perkara paling mengecewakan adalah tidak memenangi Liga dan Champions League.Tapi apabila dilihat balik, kita sebenarnya bermain dalam liga paling kompetitif di dunia katanya.Jika dibandingkan dengan United, mereka menang liga dan mara ke final UCL, Chelsea hanya mampu mara ke final FA dan Liverpool biarpun beresmbunyi di sebalik sejarah silam pasukan terhebat di England masih lagi belum mampu memenangi liga sejak 20 tahun lalu.dan ini adalah musim ke 3 tanpa sebarang piala bagi mereka-betulkan aku kalau aku tersilap- tapi segala hentaman terus disasarkan kepada Arsenal dan Arsene Wenger, kerana apa, mungkin kerana dengki tapi mungkin juga mereka memang menjangkakan team Arsenal ni kuat dan mampu menang sebenarnya!Jadi bila tak mencapai sasaran, Arsenal yang akan menjadi sasaran media..

Wenger seperti biasa akan memasukkan faktor umur dalam hujahnya,"berdasarkan pada purata umur, player2 ni bermain dengan cukup baik sejak November.Kita ade beberapa kelamahan dan kurang nasib baik apabila terpaksa kalah 5 daripada 14 perlawanan awal liga."

Stoke yang dah terselamat daripada zon bahaya boleh berbangga dengan pencapaian mereka season ni, kekal dalam EPL musim depan.Beberapa keputusan mengejut juga telah mereka lakukan , mengutip satu mata di anfield dan juga menewaskan Arsenal di tempat sendiri.Terima kasih kepada teknik bermain bola baling yang diketuai Delap.Lontaran kedalam Delap yang bagai melontar peluru menjadi nadi utama mereka survive dalam EPL sesaon ni.Harap defensive Arsenal yang carca marba mampu mengelakkan perkara tidak diingini berlaku lagi.3 kali tewas di Emirates musim ni, satu rekod baru bagi stadium.Musim pertama, tewas sekali di tangan West Ham, musim lepas rekod cemerlang tanpa kalah.

Lukansz fabianski disahkan boleh beraksi, menangguhkan harapan Vito Manone untuk mencuri tumpuan.Samir Nasri sahaja berita kecederaan terbaru manakala Adebayor dikatakan injured betul ke tak tak tau la.

---------------Fabianski-------------
Sagna-------Toure----Jozan------Gibbs
Walcott----Song-----Fabregas-----Arshavin
-----------Bendi-----RVP--------------

Vela
Manone
Ramsey
Diaby
Denilson
Silvestre
Eboue

Malam ni tak ade live mungkin.Jadi siap sedia lah dengan online streaming.. jam 11 malam ini.3 mata terakhir, itu sahaja yang peminat pinta...


3 ulasan:

rashiD berkata...

wolfsburg champ bawah felix magath..
dulu die bawak vfb stuttgart naik,
then bawak munich jadi champ.
awal 2007 kene sack
tgh tahun bawak wolfsburg, sampai jadik champ 08-09..

bali hambali berkata...

nk link streaming plz
thx~

Gunners & Roses berkata...

spot on rashid.. aku tolong sokong barca final nanti..heheh.. ok bali, gua try letak link nanti