Tun Arsene Wenger menjanjikan 'a different Arsenal' .Inilah kali pertama die tak tipu! Memang berbeza, sangat2 berbeza, kesemua player, tak mencapai standard ISO langsung malam tadi.Akibat terlalu pemurah kite menyedekahkan gol dan kemenangan moral dari 1st minit serta tiket ke Rome.Arsenal dah pergi sane, lawatannya mungkin tak seronok sampai player2 pun macam dah tak nak main dan memilih untuk enggan ke sana kembali.
Takpe lah, sepatutnya result 3-1 tu kite yang patut dapat, tapi dihadiahkan bulat2.Entah kat mana silapnya, Double D dah takde, Wenger dah turunkan 'dream team' die.Tapi jangan tipu la jauh di sudut hati kegusaran akan kekecewaan pasti ade bile kite turun tanpa best defender Gallas dan Clichy, most influential player, Arshavin, pemain paling tajam musang dalam kotak , Eduardo ,kreatif dan wonder strike Rosicky, dan RVP yang tak 100% fit serta Adebayor yang tinggal jasad jek kat Arsenal, kepala dan hati tah ke mana.Aku dah cakap die tak layak start.Ini boleh dikatakan alasan tapi yang pasti ia satu kenyataan!
Ini adalah result yang terpaksa ditelan biarpun perit.Tapi sesudah Gibbs menghadiahkan dan kelekaan Almunia , mental pemain2 muda ini cukup lemah dan asyik dok terpikir pasal kiraan gol jek, sesuatu kerungsingan yang nampak benar dari riak wajah mereka.
Player dah beberapa kali kecewakan kite sebenarnya, jika semi FA Wenger diperkambinghitamkan, kini tiada yang lain selain pemain sendiri.Namun at least jika Barca layak(semestinya) kite tak menjadi penghalang kepada lagenda Arsenal TH14 untuk menjulang piala Eropah bukan? Jadi biarkan die mencapai cita2 solonya dan mana tahu pintu hatinya terbuka kembali sebagai player/coach/manager memberi bimbingan kepada belia2 muda yang cerah masa depan.Tapi yang dah pergi tu biarlah berlalu, sekarang ni mari kite pikir dan tumpu pada batch yang sedia ada, dari mana kite nak suntik keyakinan ni, team ni wajib menang sesuatu & secepat mungkin..itu sahaja caranya.
Kita ade potensi( bunyi macam Wenger ), ini bukanlah yang maximum, ini persembahan paling minimum.Janji player2 penting dan ade nafsu serta jiwa Gooner kekal sebagai satu unit + beberapa muka baru terutama defensive position.Dari sini kita boleh memulakan pelan baru 2010, siapa tahu..seperti banyak poster2 negeri..Arsenal Maju 2010.heheh.Jasa terbaik Tun Arsene Wenger musim ini adalah, pembelian Arshavin yang menguatkan nafsu serangan, tak dapat bayangkan jika kertas kerja perpindahan tersangkut hari tu..
Jika nak melakar kejayaan untuk 2010, ia mesti bermula dari sekarang.Balik, amik angin, muhasabah diri, clear kan minda rehat dan kembali dengan semangat baru..Suatu hari nanti mereka akan buktikan.Penyokong tak akan berkurangan, itu janji dari yang setia.Dalam sejarah peradaban manusia,tiada tamadun yang kekal,kerana manusia yang tak bertamadun pasti rebah angkara diri sendiri.Begitu juga dalam era bola sepak.Kita hidup dalam dunia Roller coaster.Just tunggu kemunculannya..Adios.
P/S : Flamini kelihatan kecewa dan sugul.Apa pula nasib Hleb..
Rabu, 6 Mei 2009
Bukan persembahan yang terbaik, tapi PEMURAH..
4:46 PG
Gunners & Roses
7 ulasan:
bese ah pemain muda ketar lutut kat game besar
sekali lagi season kita diakhiri ngan injury problems
tak boleh tahan lah tgk setiap season arsenal bagi alasan yang sama bro.... pemain muda gementar dan kecederaan player.... kalau macam tu alamatnya sampai bila2 pun macam tu lah jugak... aku harap wenger boleh beli pertahanan dan defensive midfield bertaraf 5 bintang.... kalau tak macam ni lah sampai bila2.
xde la setiap season
baru 2 season je pon
ilek aa
season sblom tu kite mmg x kuat btol kn
pemain muda mmg lutut ketar btol x
ko xleh nk expect diorg btol2 power bile soh maen
rasa aku le... kalau salah betulkan ye... masuk ni season ke 5 Arsenal tak dapat apa2 Cup.
x sure ah
so nk wat camne?
nk jadik fan MU plak ke?
apa nak jadi Fan MU ... oohhh tidak mungkin..pasukan yg paling gua benci tu........
wenger kena tukar polisi lah... beli lah player yg berpegalaman.. taraf Lima Bintang le.... baru boleh bersaing,... beli utk posisi defend & DM je...
beli def 10 orang plz
Catat Ulasan