Ade 2 berita buruk, pertama, Bendi kantoi mabuk todi, kedua Adebayor isytiharkan stay kat Arsenal.
Pasal berita pertama, Bendi si lurus bendul ni memang tak dapat tahan daripada nafsu serakah, menang berparti, kalah berparti, kononnya melepaskan tekanan.Takde care lain ke nak lepaskan tekanan Bendi bajet hensem oi.Wat malu ja, memanglah pemain profesional atas padang, kat luar hidup masing2 tapi ko tu budak2 lagi.Ye la zaman budak2 la nak enjoy ko cakap kan, peminat lain sampai nangis2 bunuh diri ko boleh pulak riang riang ubi.adebahalul betul.Sebaik sahaja kantoi di media seperti Gallas yang kantoi rokok, terus la keluar statement di Arsenal.com Bendi mintak maaf, walaupun terlalu kecewa, ini bukan alasan untuk die boleh buat mende yang menjatuhkan maruah die dan kelab sesuka hati.Die mintak dibagi peluang , kerana malam masih bayi katanya.Die akan cuba mengawal gerak gerinya dari paparazi agar tak kantoi lagi , kerana aku tahu die tetap akan berparty lagi..
Adebayor " Kelab ni yang lahirkan aku,aku tak boleh pergi." Apasal guna perkataan 'tak boleh' kenapa bukan tak mahu..tak boleh ni macam dilarang, terpaksa,.. kalau tak mahu ni memang nawaitu dari hati..Suke hati ko lah Adebayor, ko ade ke takde ke same jek.Memang alasan ko injured 3 kali season ni tapi Eduardo injured setahun pun still nampak kesungguhan die.Ko mentang2 la Bendi tak capai standard ko dan takde sejarah lagi hebat dari ko, so ko rase takde ancaman dalam tempat kesebelasan utama. Ubah la siket mentaliti, karang Wenger beli Henry ke Eto'o ke Villa ke mencirit or die ko guling2 nak main.Antara 2 striker kalo RVP yang blah ko memang mati la season depan wa cakap lu selagi ko tak sedar diri dan tunjuk desire untuk pasukan..Gua dah sakit ati dari lu masuk 2006 lagi tapi sebab season lepas nampak laa macam lu caring jugak tapi bile dah start demand2 melampau ala2 primadona tapi main tak pun macam maradona, lu memang buat wa menyirap limau betul.
Dalam pada tu player terbaik bulan April disapu habis oleh Arshavin.Walaupun terlepas dari azab seksa UCL, tapi Arshavin sebulat suara dipilih majoriti Gooner atas persembahan 1st classnya sepanjang bulan April terutama drama 8 gol di padang semut ant-field.Punca utama yang membezakan Arsenal 1st half season dan 2nd half season tentulah kehadiran pemain Russia ini yang lebih kreatif, direct dan persembahan bersungguh2.Pengalaman dan winning mentaliti pemain berusia 27 tahun ini dikongsi bersama rakan2 pasukan yang membuatkan mereka lebih yakin akan hala tuju kelab.Tambah lagi 2 3 orang established player kompom conquer Europe.Aku dah baca banyak luahan hati dan ulasan orang ramai entang season ni tapi rata2 memandang kepada kekalahan kedua2 leg kepada United untuk membuat rumusan sebaliknya tak tengok gambaran keseluruhan.Adalah tidak adil sebenarnya.Nantilah dah abis musim baru kita buat season review.
Tapi aku peduli apa ada piala ke takde piala ke Arsenal tetap aku support.Sebelum ni pun dah ade jek brapa lame Arsenal tak menang pape, relax jek.Bukan piala yang menentukannya tapi prinsip football, gaya mereka operate kelab, faktor pengurus, jalan cerita penuh dramatis dan nama Arsenal itu sendiri yang menjadi tarikan sebenarnya.Aku yakin dalam tempoh aku hidup ni aku dapat tengok Arsenal kucup piala kejuaraan besar lagi.. Menunggu bukan tak best, debaran tu yang buat kita rasa paling best dan , bila dah capai, memang puas..x capai, main lagi dan terus main. Mana nak dapat feeling camni oit?! hahah..Sebagai penulis blog pun , nak tulis pun baru ade mood dan yang paling penting variasi mood tu membuatkan genre , tempo atau corak penulisan yang berwarna warni.Hitam putih, gelap terang yang mewakilkan emosi.Dari dalam terowong yang gelap, mara ke depan, pastinya akan nampak cahaya dihujungnya..Jika sesat tak tau jalan keluar, patah balik, mula dari mula.Tak ade penamat sebenarnya kerana selepas itu, bagaimana kehidupan kat luar pula, adakah hari sentiasa cerah tak mendung, inilah gunanya sediakan payung. haa inilah contoh tulisan yang meraban!Abaikan perenggan ini.
Hujung minggu ini bertemu Chelsea.Kedua2 team baru jek menyelami perasaan kekecewaan tersungkur di semi UCL.Semalam Chelsea tersungkur di tangan Barca.Fair play, memang pengadil membuat kesilapan, bagi fan Arsenal dirompak ni lumrah tapi itulah dunia bola sepak.Kalaupun begitu sekali, tindakan Drogba tu tak perlu tapi adrenalin manusia.. Terima saje kekalahan.Tapi tak dapat nak nafikan yang Barca layak mara kerana semangat melawan walaupun 10 orang dan kesungguhan untuk bermain bola dalam kedua2 leg lebih terserlah.Jadi pertemuan kedua2 heart broken team di Emirates nanti bakal menunjukkan siapa yang dah fully recoverd dengan mentaliti yang kuat dan Arsenal pasti ade dendam atau sesuatu yang hendak dibuktikan oleh Arshavin terutamanya.Calo..
Khamis, 7 Mei 2009
Bendi mabuk todi
10:17 PTG
Gunners & Roses
2 ulasan:
yeah!!..aku skong penulisan cam nih...ibarat kais2 pasir..berlian juga ditemui...hahhaha...cayalah...sependapat ngan ko bro...arsenal selamanya..
nk share sket bro..
silverware is everythin in football..gaji byk manepun klu 1cup xdpt declared as 'incomplete player'..mane player dlm dunia nie xnk menang even 1 cup pun? mane club xnk menang 1cup after big spend? once dah menang n addctd to win back again..club status stand based on d glory of history..
suggested solution for arsenal : sack wenger
Catat Ulasan