Khamis, 19 Mac 2009

Undi jek la siapa2 pun....


Bayern Munich 13 (12%)
Liverpool 7 (6%)
Villareal 19 (17%)
Man U 17 (15%)
Porto 24 (22%)
Chelsea 3 (2%)
Barcelona 25 (23%)

Begitulah undian daripada 108 responden Arsenalaysia bagi calon2 pasukan yang hendak ditentang dalam suku akhir Champions League.Undaian sebenar akan diadakan esok jam 7 pm jadi jangan lupe saksikan secara langsung di ESPN 812.Untuk undian kali ni, mane2 pasukan termasuk Arsenal boleh diundi bertemu mane2 pasukan lain tak kesah punye.Jadi kebarangkalian Arsenal untuk diketemukan dengan team dari BPL adalah begitu tinggi dengan 43%.

OK, berbalik kepada poll Arsenalaysia,rata2 memilih Barcelona sebagai lawan di suku akhir.Tak mengejutkan kerana dalam Eropah, kedua2 pasukan nie memang main cun , stylo dan paling terbaik di dunia dengan attacking minded. tak macam kebanyakan team2 lain yang bermain bosan dan gemar berhati2.Selain itu Barcelona yang dikenali sebagai rumah warga tua bekas2 Arsenal pastinya menghimpunkan kembali satu reunion di mana ramai player Barca adalah bekas player Arsenal paling dinantikan ialah kemunculan kembali lagenda Arsenal TH14.Menambahkan emosi dan nostalgia, perlawanan ini adalah misi balas dendam final 2006 tapi yang berbeda adalah Henry di seberang sana manakala Cesc mengetuai cabaran Arsenal melawan kampungnya.

Mengikuti rapat adalah, Porto dengan 22%.Team yang satu group dengan Arsenal season ni, pernah dibelasah di Emirates season nie sebelum Arsenal kecundang dalam match kedua di Portugal dengan barisan 2nd team.Tapi rata2 memilih Porto adalah kerana jalan yang paling selamat.Namun bile dah peringkat kalah mati, perlu diingat ape2 boleh berlaku, team yang cokia atas kertas adalah sebenarnya team yang tak akan disangka2 memberi kejutan.Kemudian orang ramai memilih Villareal, sekali lagi jalan selamat selain daripada mengharapkan satu perlawanan semi UCL nanti yang berprestij tinggi.Bayangkanlah jika di suku akhir, Porto bertemu Villareal , macam mane laa pula seminya.huh.Tapi Pires dan Villareal pastinya bermimpi untuk mendapatkan Arsenal ,bagi Pires ade yang hendak dibuktika kepada Wenger, bagi 'Villa yang sebenar' misi balas dendam belum terjawab lagi.Season pertama di UCL trus layak semi final, satu yang begitu membanggakan dan hampir mencipta kejutan jika tidak kerana The best save ever from Pak Lehman.Toure memadamkan impian fairy tale ending mereka untuk menempah 1st final buat Arsenal.

Kemudian diikuti dengan Man U.Takde sejarah Arsenal bertemu Man U dalam kejohanan Eropah.adakah tahun nie bakal mencipta rekod.Aku rase belum lagi ,kerana nasib lebih mahukan mereka berdua nie bermusuh tradisi dalam negara jek.Bayern Munich, team yang pernah kecewakan Arsenal tak silap aku tahun 2005 last sekali Arsenal tumbang di tangan bayern di 2nd round.Masih terngiang2 lagi.

Kemudian Liverpool..Mmmmm... takyah cakap la, suratkabar kat Malaysia pun tengah bercampur baur, ade yang puji melambung2 ade yang cakap diorang ni dah sombong(penulis tu sokong team yag kalah ari tu kut..kah kah kah)Tapi semenjak 2 menjak nie agak nampak laa keriakan di wajah mereka.Bawak mai sini tengok, Arsenal jek team yang tak pernah kalah2 dengan Liverpool season nih.Kamon, memang ditunggu2 replay season lepas nih.Dengan Walcott dah mule berlatih nak sprint lagi, memang aku nanti2 kan match nie balik.Harap tak payah tunggu lame, season nie dah boleh pay back!Barca simpan bawak final.

Last sekali dengan 3 undi daripada 108 orang, punye lah ciput.. orang tak harap pun jumpe Chelsea, bukan sebab takut, tapi sebab dah tau match tu pasti jadi hambar bile Arsenal jek yang menyerang sedangkan Chelsea seperti biasa bermain dengan corak negatif dan penuh bosan meleleh2.Tapi selain semi final FA nih, kalau jumpe Chelsea pun takde hal jugak.Team yang memusnahkan harapan kite menang treble tahun 2003/2004.Dengan team liga yang invincible season tuh, Arsenal siket lagi nak layak masuk semi tapi kalah 1-2 kat Highbury.Kecewa tak terkata aku.Bayangkan lah kalau masuk semi tahun tuh, lawannya Monaco, kemudian final..lawannya Porto.adui..free2 jek dapat menang cup.Kalau dapat upah sejarah, name Mourinho takkan naik sampai sekarang nih beb.Sayang sekali team tu lah yang ade segalanya untuk menang treble season tu.Tapi kecundang gak kat semi FA kat kuih paw kasut scholl.

alah..yang lepas tu biarlah lepas, siapa sajek yang berani duduk berdiri kat depan menghalang perjalanan landasan kejuaraan ini akan Arsenal balun habis habisan.Takda takut punya...KASI TEMBAK!!


0 ulasan: