Kolo Toure dan Emmanuel Eboue masing2 terlibat dalam aksi kelayakan Piala Dunia antara Ivory Coast menentang Malawi.Namun bukan itu yang menjadi tumpuan sebaliknya soal keselamatan para penonton akibat tragedi yang menimpa di Stadium Felix Houphouet-Boigny di Adbijan menyaksikan 19 / 22 orang terbunuh manakala 130 cedera parah akibat runtuhan dinding.Dikhabarkan tragedi yang berlaku sebelum match sepak mula,adalah kerana stadium yang hanya dapat memuatkan kire 35 ribu penonton, dipenuhi dengan orang ramai yang bersesak2 kerana gagal mendapatkan tiket masuk.Suasana kelam kabut berlaku apabila orang ramai mule berhimpit2 menyebabkan dinding stadium tak dapat menampung beban yang begitu berat dan runtuh.Pijak memijak, badan saling menghempap antara satu sama lain adalah senario dasyat yang dapat disaksikan.Orang ramai yang tercedera mendapatkan rawatan di atas padang dan diusung bagi mendapat rawatan lanjut.Antaranya ialah mangsa di dalam gambar sebelah yang dipercayai seorang penyokong Arsenal (lihat baju).
Bagaimanapun match tersebut tetap diteruskan dan Ivory Coast menang besar membelasah malawi 4-0.Bagaimana perlawanan dapat diteruskan dalam situasi yang dah semacam itu agak pelik tapi mungkin bagi mengelakkan suasana lebih tegang berlaku.Jika mereka membatalkan/menangguh match tersebut pasti puluhan ribu berasa tidak puas hati dan mula merusuh jadi pemain2 Ivory Coast dengan tabah menghadiahkan pengorbanan penyokong mereka dengan kemenangan.
Tapi takkan macam tu sekali, ini bola sepak, mengapa sampai perlukan pengoranan nyawa.Iye laa, dah ajal.Tapi perkara tersebut mampu dielakkan, tak kesahlah melalui undang2, kawalan keselamatan mahupun kesedaran sivik dalam diri sendiri.Ini bukan tragedi yang pertama dan mungkin bukan yang terakhir.Tragedi Heysel dan Hillsborough pernah mewarnai tahun 80 an dengan kedua2nya melibatkan perlawanan Liverpool(antara tanda2 zaman gelap kejatuhan era mereka).
Memori daun pisang..
Sebaik melihat berita in pagi tadi aku terus teringat suasana ketika satu match Sukan Sea di stadium MPPJ tahun 2001 melibatkan Malaysia bertemu Indonesia.Keadaan umpama pesta dengan lautan manusia.Keadaan begitu serabut,penuh sesak dan jiwa kacau.Yang membengkekkan adalah malam itu penuh dengan penyokong2 Indon yang sudah terlebih dahulu membanjiri Stadium dan berkampung di dalam.Aku yang di luar stadium dengan ribuan penyokong Malaysia yang lain masih gagal mendapatkan tiket.Ade tu pulak ade tiket, tapi dah tak boleh masuk, alasan mereka stadium dah penuh! Macam mane stadium penuh walhal tiket masih ade kat tangan kebanyakan daripada mereka? Pintu utama, pintu2 masuk semua telah ditutup rapi.
FRU seperti biasa telah bersiap sedia di dalam mahupun di luar stadium.Ade yag sanggup memanjat tembok dinding stadium semata2 nak masuk free dan bagi sokongan.Ade pulak yang tak sempat memanjat dah dikene cota dek FRU yang menunggu berdiri di atas dinding ala2 The Rock di penjuru gelanggang gusti.Dengan tidak berpikir panjang aku mendapat satu idea bodoh kerana aku ingat aku mampu memperbodohkan FRU yang bijak.Aku ketika itu bersama pak cik aku lantas pergi ke pintu masuk truk FRU ke stadium, dan meminta simpati mereka untuk masuk dengan alasan belum menunaikan solat maghrib.Suraunya kat dalam, kat luar takde kate kami lagi.Namun tetap tak lepas.Siap cakap lepas solat kami keluar balik, bukan tak lepas jek, siap kene maki hamun.Haram jadah, memang aku ingat lagi kate2 yang dilemparkan.
Tapi dengan berbekalkan semangat rukun negara kesetian kepada negara(tetap nak tengok bagi sokongan kat malaysia), tapi tak pulak mengamalkan prinsip kedaulatan undang2 waktu tuh.huhu.Kitorang tunggu , mane tau dibukaknye gate2.Setelah didesak ,diasak2 oleh orang ramai yang mempunyai tiket, Pihak berkuasa tiada pilihan melainkan terpaksa jugak membukak pintu utama, itupun bukak nak tak nak, tak ikhlas langsung.Jadi ape lagi, yang ade tiket tu menyerbu la masuk ramai2 tolak menolak, nasib tak sampai pijak memijak, ade jugak laa yang lepas gitu jek, tiket takde pun.Ape lagi, kami berundur dari pintu utama berlari ke arah pintu2 kecik mengejar kelibat2 penyokong yang berjaya menyerbu masuk, lalu kujerit,"brader2..pass tiket!" Seorang mamat berlilitkan bendera malaysia di dahi terus patah balik tanpa sepatah 2 kata memikir panjang menyerahkan aku 2 keping. yeah dapat... Kembali ke pintu utama
Aku merangkak masuk, dah macam masuk piramid.. Memang kurang ajar diorang ni bukak separuh jek pintunye.Tapi adakah aku masuk secara haram walaupun aku ade tiket, kategori apekah kesalahan ini? hahah..iye aku mengaku memang aku pun dulu kurang kesedaran sivik ni.
Suasana di dalam stadium pergh..tak dapat nak digambarkan dengan kata2.Memang sardin.tak payah lah berangan nak duduk.Berdiri jek la.Akibat tiket yang tak berbayar, ini pun dah kire bersyukur.aku terjengket2 di tengah2 ribuan manusia.Dan melengkapkan kesesngsaraan malam tu kami betul2 berdiri di depan speaker.Bingit dan panas memang habuan.Nampak macam bile2 jek boleh runtuh stadium yang kecik tu.Berdoa dan mengucap panjang supaya takde pape yang buruk berlaku.Tapi pada aku meriah, cukup meriah! Ditambah pula Malaysia menang malam tu menyaksikan negara menempah tiket ke separuh akhir.Jadi aku pun taknak kecewa lagi, awal2 dah tempah tiket ke Semi bertemu Vietnam.Biasalah, kalau dah lawan Indon tu memang tak boleh lari dari gadoh2, dah tentu Malaysia menang, merah padam laa diorang.Sukan Sea 2001 adalah satu2nya kejohanan di mana aku pergi ke setiap perlawanan yang membabitkan skuad negara.Pengalaman yang cukup menarik dan sukar dilupakan..Err..cikgu, karangan saya dapat berapa markah ni?...
Isnin, 30 Mac 2009
Tragedi Berdarah Ivory Coast
10:15 PTG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan