Khamis, 12 Mac 2009

Post Match: Arsenal pilih jalan sukar!

Roma 1 Arsenal 0(Arsenal menang penalti 7-6)


Hoih... huhhh... pheww.... tak tau nak cakap macam mane match tadi, 120 minit tak setle2, Arsenal turun dengan starting line up yang aku predict tadi tepat dan jitu tapi haram tak mengancam lemau semacam.Wenger lebih gemar berhati2 dan lagi suka gamble dekat last2 minit, yang pada aku no point walaupun ade point.ape aku melalut, aku pun dah tak tau.Ye la ko nak defend sampai mati konon diorang pancit lepas tu attack secara counter, then bile dah open,kalau kene pulak lagi sebijik, mau ade mase nak cari gol dgn persembahan mamcam tu?

Sekali lagi 'tenkiu' kepada defend kite yang memberi hadiah gol saguhati seawal minit ke 9 lagi.Toure dan Gallas masing2 termangu last2 juan yang hamstring pun bleh score.Tapi ade bagusnya bile Roma dah gol awal, diorang takde la naik hantu, beriya2 menyerang at least kurang pressure.Tapi yang naik hantu mestilah fan arsenal yang tengok team mereka tak mencapai tahap permainan sebenar dengan passing crossing tah pape, takde create chance langsung.Pade aku semua under performed.

120 minit tak settle, penalti lah.Memang kejam bola sepak.Aku tau bile berada di pihak yang kalah macam mane perasaan kecundang dengan cara macam nie.Memang menyakitkan.Tapi itulah bola sepak.Nak tak nak kene telan gak la.Bila peringkat macam nie , ape2 pun boleh berlaku.Eduardo the finisher, fox in the box, the predator, alat pemusnah dan katekan ape2 lagi, die sendiri pun gagal memasukkan bola ke dalam jaring dalam cara paling basic.Jadi, penalti it's a 50-50 chances.Aku berbangga dengan minda anak2 muda Arsenal yang berani dan slumber amek penalti di sebalik penuh tekanan dari home fan.Walaupun Eduardo kurang bernasib baik gagal melaksanakan permulaannya, tapi diakhiri dengan cemerlang oleh rakan2 lain RVP, Theo, Nasri,Denilson,Toure, Sagna, Diaby ,yang tak menghampakan Eduardo dalam proses mencari semangat yang hilang.Arsenal perlu sedar kali ni mereka diberi tiket pelepasan dari hukuman.Harap ini bukan yang terakhir tapi kalau boleh, menang dengan cara bergaya adalah diari Sang Juara.Tenkiu too max tonetto aka 'Cornetto'.

P/S : Patutlah Hleb suka Italy, disebabkan aiskrim nya...


0 ulasan: