Isnin, 9 Mac 2009

Post Match: Arsenal bergaya ke suku akhir!!


Arsenal dengan slumber badaknye menang bergaya ke atas Burnley menempah tiket ke suku akhir dan kalau menang?? Dapat habuan besar iaitu hidangan Chelsea di separuh akhir!! Mengapa aku kate bergaya? setakat 3 bijik, bukan jumlah yang jadi persoalan tapi kualiti gol-gol tersebut dengan 2 daripadanya adalah superB world class masing2 melalui Carlos Vela, Eduardo..yaa diulangi EDUARDO da captain dan juga sebijik lagi boleh dikategorikan sebagai gol 'Ripley's you belive it or not' daripada Eboue.

Memang tepat jangkaan aku, aku memang takde clue siapa bakal diturunkan malam tadi kecualilah yang aku betul2 tembak dan kena adalah Gibbs menggantikan Clichy dan Carlos Vela ganti bendi.Sesuatu yang mengejutkan ialah Arsene Wenger sanggup merehatkan anak peraknya iaitu Denilson dan juga seorang lagi star,Samir Nasri.No offense to Denilson,tapi bile die takde,Arsenal lagi tampak bermaya di bahagian tengah dengan Song boleh handle semuanya sebagai DM dan Diaby dengan larian2 mengarutnya tapi ade point jugak kadang2.Ye, mungkin orang akan berkata kerana lawannya Bunrley.Tapi Denilson bukanlah takboleh ditukar ganti malah Song dan Diaby sepatutnya dapat peluang yang sama rata.Song malam tadi memang sempoi yang teramat dengan 2 assist, agaknya die bertukar jasad dengan Diaby yang nampak lebih defensive sebelum digantikan Ramsey.Eboue di mane? Eboue di mana-mana!! Eboue nampak begitu enjoy game malam tadi, mungkin perlawanan terbaik die sepanjang musim dan selayaknya mendapat gol tersebut sebagai hasil usaha kerja keras dan tak mudah putus asa.Tariannya bersama Song yang meng'assist' cukup membuktikan kegirangannya.

Ape pun Gol Carlos Vela dan Eduardo memang sukar dilupakan.Kredit kepada Arshavin yang juga bermain 90 minit dan semakin mencapai fitness ,Arshavin terlibat dalam ke 22 gol dengan hasil lorongannya ke vela menjelmakan gol pertama,manakala keengganannya untuk membiarkan bola keluar dan dapat corner sebaliknya terus bermain memulakan pelan untuk gol kedua.Ketenangan pemain muda Mexico itu menjaringkan gol ketika sudut dah makin sukar disambut dengan mexican wave dari segenap Emirates. Serta yang lebih membanggakan adalah Gol yang tak tercapai akalmu oleh Eduardo.Match keduanya dalam setahun, terus dilantik sebagai kapten-nampaknya memang tiada chance lagi buat Gallas- gol ketiga dalam 2 match.Wow!Tengok statistik dah gerun! Lambungan chip dari Song yang mantop malam tadi divolley dengan perghhhh....Pakai buku lali belah luar jek beb!!Hahahahahahaahahaha.. tak jemu aku menonton berulang kali.Tapi apabila die miss chance hantaran Sagna, semua orang tak sangka dan terkejut!adoi...itulah bola,bola itu sfera,sfera umpama bumi,itulah dunia..Nobody's perfect..

Dan selepas itu, segalanya positif.Theo Walcott dimasukkan , mengancam dengan larian, RVP disumbatkan, sayang tak dapat score hantaran lintang Walcott.Cukup sekadar panas badan untuk ke Stadium Olimpico.

Kem pasukan Arsenal tengah high sekarang nih.Tiada lagi yang dapat mengembirakan Wenger kecuali keyakinan yang diperoleh malam ini.Dengan Walcott dan Eduardo yang kembali menambah option.pemain2 utama dah dapat rehat secukupnya, pastinya pertaruangan dengan gladiator nanti bakal ditunggu2.Kite dalam posisi baik untuk layak ke pusingan seterusnya, dalam ke dua-dua piala, FA cup dan Champions League.Landasan dah betul, dah tepat, momentum perlu diteruskan.Bak kate Wenger, kite pergi game by game, usah dipikirkan yang dah berlalu dan yang belum.Usah dipikirkan Chelsea jika belum ketemu Hull City.Tapi sekarang bukan masanye nak memikirkan hal rumahtangga siti jika yang sedang menunggu tentera Rome!Robohkan Empayar Rome, baru fikir menakluk Eropah!!


0 ulasan: