Malam yang mendebarkan buat semua penyokong Arsenal.Ade yang tak senang duduk, tak susah berdiri, makan roti kosong sekeping pun tak lalu di restoran2 mamak, isap rokok bagai esok hari pertama puasa,menggigit2 kuku, menutup muka dengan kusyen sofa, menjerit2, memaki hamun dan tak kurang juga ade yang tak sanggup melihat bile tibe part penentuan penalti.Semuanya bagai mental akibat tekanan melihat aksi Arsenal semalam.Kalah bermakna satu tamparan hebat buat semua yang terlibat dengan kelab secara amnya.Tapi kerana mental jugalah Arsenal masih lagi bertahan sehingga kini, Arsene Wenger memuji anak2 buahnya yang mempunyai karekter(kali ni die betul2 ade point) dan kekutan mental untuk bertahan 120 minit kemudian mengambil sepakan penalti penentuan di hadapan puluhan ribuan penyokong lawan.Penyokong yang turut serta ke 'Colosseum maut' hanyalah seramai 3500 orang.Itupun sudah ade kes yang mana mereka diganggu ultrafan Roma, hooligan2 mereka masuk ke dalam bas penyokong Arsenal dan sempat menikam peha kalau tak silap aku, seorang penyokong Arsenal sebelum match.Difahamkan penyokong tu tetap menyaksikan match tersebut di Stadium dan kedatangan dan penantiannya tak sia2 apabila pemain2 menghadiahkan kemenangan moral, biarlah sorakan kalah sekalipun.
Wenger mengakui tiada latihan penalti dibuat sehari sebelum match menunjukkan die begitu yakin akan memperohleh 'sebijik gol itu' yang dikatakan dah cukup untuk mara, tapi andaiannya meleset, dan Arsenal terpaksa gamble apabila dipaksa bertungkus lumus 120 minit yang penuh berhati2, nak serang malu nak bertahan rugi.Itulah kesimpulan mudah yang boleh digambarkan pada corak permainan Arsenal.Tak ade pelan B,tak tau ape sebenarnye nak dibuat.Nasib baik la Roma pun bukan dengan persembahan terbaik, Baptista , 2 kali boleh bungkus match tu sorang2 tapi die membuktikan sendiri mengapa Arsene tak sign die secara permanent. David Pizzaro sorang dah boleh menenggelamkan 5 org midfield yang cube dimainkan Wenger.Nasri yang sepatutnya duduk diam2 main AM sering kali off position dan lebih gemar di flank membuatkan RVP tak bersupport dan antara persembahan paling sedih bagi standard RVP.Denilson,Eboue, Diaby hmm takyah cakapla sendiri mau ingat.Jika hendak terus mara Wenger perlu selesaikan segera taktikalnya kerana jelas sekali taktik yang menjadi di Emirates dulu tak boleh diguna pakai dah buat kali kedua, lawan dah boleh baca dah boleh agak.
Tapi ape2 pun syabas kerana bagi kebanyakan pemain yang berani mengambil tendangan penalti buat Arsenal adalah yang muda2.Kebanyakannya adalah pengalaman pertama kali di top level.Pemain seperti Walcott, Denilson, Diaby, Nasri,Sagna mane pernah merasainya sebelum ini.Berlatih pun tak pernah kate Walcott.Cume yang ada hanyalah ingatan kate2 dari rakan2 orang2 lame dan bagi Walcott sendiri, James Beattie satu ketika dulu di Southampton menjadi mentor penaltinya.Inilah yang dikatakan dan dibanggakan Wenger ,kekuatan mental.Sedar tak sedar, secara psikologinya match ni pastinya akan mengangkat kembali moral dan harapan skuad.Pemain2 senior siket mase lagi kembali.Aku tengok gambar yang diorang berbaris ramai2 melompat keriangan pun dah nampak macam team ni memang mude sangat, Gallas pun nampak mude tibe2 walaupun paling tua.Patutlah die terpaksa memendam perasaan sorang2...Kalaulah lehman yang dipeluk semalam pastinya macam satu keluarga bahagia di mana anak2 datang beramai2 menyerbu dan memluk bapa tercinta.heheh
Undian bagi suku akhir akan berlangsung 20 Mac ini dan Arsenal berpeluang bertemu salah satu antara 7 lagi pencabar lain.Aku benar2 berharap agar kite dapat Liverpool kerana ada hutang yang belum dilangsaikan lagi, samelah di peringkat ini season lepas.Tapi dengan undian seperti ini ape2 pun boleh berlaku walaupun Arsenal nampak agak sukar apabila bertemu team senegara.Tapi dah sampai sini,bawaklah siapa2 pun,layan jek..zass..Ramai antara kite memilih Barcelona, aku rela simpannya di final kalau umur masing2 panjang..itu cerita lain.Kite berpijak di bumi nyata dulu..
Khamis, 12 Mac 2009
Kekuatan Mental,kite sakit mental
9:03 PTG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan