Semasa 'bertapa' di hutan menyebabkan aku terlepas aksi bertemu west ham, Kesuma Dewa mengupdate berita terkini buatku.Seri 0-0 dan aku dapat byangkan permainan arsenal macam mane.Pastinya menguasai bola tapi tak lepas 3 suku padang, passing passing dan terus passing, takde long shot, tak kreatif. peluang gagal dimanfaatkan dan mati akal.Ditambah buruk pula dengan Eboue dan Diaby yang dikatakan bakal terlepas aksi agak lame.Masih lagi kedengaran boo di emirates ketika eboue diusung keluar.Hmm.. nampaknye pminat arsenal telah bermula berperasaan negatif tahap kritikal sedikit demi sedikit, satu senario yang jarang dilihat dalam tempoh 10 tahun.Arsenal gagal merapatkan jurang di sebalik team2 lain drop point.
Tiada lagi ulasan tentang match Fulham.Lebih kepada transfer yang deadlinenye jatuh jam 1.00 am nanti waktu malaysia.Semalam dilaporkan Arshavin telah hadir ke London menaiki walaupun tiada lagi agreement antara kedua2 belah pihak.Dan telah disahkan kehadirannya , adalah semata2 hendak bersiap sedia untuk medical check up.NAmpak benar kesungguhan pemain ini.
Tapi kesungguhan di pihak Arsenal? hampeh.Baru sebentar tadi dilaporkan rundingan Arsenal dan Zenit masih belum mampu mencapai kata sepakat! Malah lebih buruk lagi mungkin deal ini akan breakdown kecualilah keajaiban berlaku di saat2 akhir di mana Arsenal sanggup mengaku kalah sedikit, menaikkan gaji atau menaikkan tawaran sesuatu yang musykil dilakukan oleh Sang Profesor Ekonomi.Buat mase ini ape yang aku boleh simpulkan ARSENAL TELAH GAGAL mendapatkan sebarang player untuk January signing, sesuatu masalah yang besara yang dah ade depan mata tapi Wenger tetap membutakan mata dan memekakkan telinga.Degil Ego dan terus hidup dalam fantasinye sendiri.Arshavin dikatakan telah begitu kecewa dan hendak mengangkut bagnye pulang tapi keadaan airport yang sesak tidak mengizinkan.
Kesimpulan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan cover up Wenger yang mengatakan Arsenal tak perlukan mee segera atau lebih kepada Hero segera, kerana die percaya hero2nya Eboue Denilson Song Diaby dan Silvestre mampu membawa pulang UCL , title Liga, dan FA cup.Nasib baik die tak cakap carling cup, kalau tak memang nampak benar kemabukan die.Jadi bersiap sedialah dengan mimpi ngeri, dengan pemain2 'utama'nye injured. Kini perluang untuk Ramsey Vela dan Wilshere dan selepas itu bench2 simpanan akan dipenuhi dengan Bicop dan budak2 yang tak pernah beraksi di liga reserve pun.Waktu itu ,Wenger akan membebel dengan alasan, 'skuad ini sungguh kecil, macam mane nak compete dengan team2 yang ramai dan boleh buat rotation' .Waktu tu aku nak ketawa berguling2 macam Pendekar Mustar sambil " alahai...ini bukan cubaan ini betul2", (ekspresi geram yang amat sangat) marah pun tak gune..
P/S : Tak pernah aku ditipu hidup2 oleh orang yang sama berulang kali, tak dapat permohonan maaf pulak tu.huhu, aduhai nasib aduhai..
Isnin, 2 Februari 2009
Wenger tak perlukan mee segera
7:39 PTG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan