Rabu, 4 Februari 2009

AKHIRNYA!!! Arsenal dapat Arshavin.Penyeksaan berakhir?





“I am so happy to be joining Arsenal. They are one of the leading football clubs in the world, with a group of fantastic young players and a great manager. I am looking forward to making the Arsenal supporters happy and helping this great Club win trophies.”


"Akhirnya.. kini pasti" (bak lagu Sheila Majid). Penantian yang menyeksakan akhirnya telah berakhir jua dengan kemenangan di pihak Arsenal.Berbaloi sungguh penantian ku.Syabas juga kepada fan arsenal yang memeriahkan arsenalaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan transfer terkini.

Walaupun hingga ke minit2 terakhir, di sebalik ego dan optimis wenger, terselit satu kegusaran dan watak desperado sebenar dalam dirinya.Tapi berjaya die menyembunyikannye dengan tenang.Arghhh itu tak penting sekarang, yang penting, Arsenal telah berjaya mendapatkan tandatangan seorang player yang agak matang usia , seorang player yang kreatif dan skillful serta mampu menaikkan moral pasukan dan peminat.Tidak lupe juga menggerunkan lawan.Akhirnya Wenger memecahkan tradisi dan mendapatkan 'mee segera'.Di sebalik ayatnye 'kite tak beli bintang, kite bentuk bintang', akhirnya kadang2 die terpaksa terbang ke bulan menggapai bintang.

Arshavin dikatakan bakal menyarung jersey yang ditinggalkan oleh Campbell iaitu no 23 walaupun secara peribadi die begitu meminati no 10.Mungkin akan berlaku sedikit pertukaran summer nanti di mana Gallas boleh memiliki no 13 yang disukanya di chelsea mengisi kekosongan goblin jadi kalau boleh tukar suka sama suka mungkin tak jadi hal.heheh.

Bagaimanapun signing pertama dari Ivan Gazidis ini tetap tak didedahkan jumlah sebenarnya seperti signing arsenal yang lain.Namun,difahamkan perjanjian ini mencapai 16.9M.Dengan anggaran 70K seminggu selama 3 setengah tahun.

Dengan berakhirnya transfer january ini, di pihak Arsenal zero out, one in.Walaupun pada asalnye bukan posisi ini yang menjadi keutamaan dan bukan yang dicari, tapi kecederaan Fabregas dan kelembapan pemain2 back up lain untuk bangkit mengisi kekosongan meng-kronik-kan keadaan. Satu lebih baik dari tiada.Aku tak dapat bayangkan bagaimana remuknya hati fan2 arsenal terutama di arsenal yang sentiasa mengikuti perkembangan pasukan kesayangan mereka jika deal ini tidak menjadi.Syukurlah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun pelbagai rintangan sehingga pernah sampai ke tahap breakdown seketika.Harap bermulalah episod baru bagi Arsenal.Dengan kepulangan pemain2 otai dan ditambah dengan kreativiti Arshavin, pastinya lembaran baru dan mase depan yang masih cerah buat the Gunners.Terima kasih Wenger, thanx Gazidis!

Keep The Faith!


0 ulasan: