Khamis, 1 Januari 2009

Salam Hijrah 1430 , tahun baru 2009

Selamat menyambut maal hijrah 1430 dan tahun baru 2009 daripada Arsenalaysia! Tahun 2008 merupakan tahun yang agak dukacita bagi arsenal kerana sejak bermula dengan cemerlang di akhir 2007, masuk sahaja tahun 2008 di separuh musim kedua, segala2nya bagai nak lari dari arsenal, nasib agak malang, kecederaan, keputusan ref, result2 dan aksi dramatik.Summer juga tidak banyak membantu dan penyakitnya kembali menular ke season baru sehinggalah saat ini. Tahun 2009 pastinya menuntut khabar yang lebih gembira daripada Wenger dan anak2 buahnye.Diharap agar Arsenal akan terus maju sebagai salah sebuah kuasa besar bola sepak eropah dan terus mendominasi pentas saingan EPL. Harap2 May tahun ni kite mampu membawa pulang ape2 kejuaraan.

1 januari, bermakan sudah terbukalah secara rasmi transfer market untuk perpindahan pemain2 dan media kini sibuk mengaitkan dan menyerang arsenal.Ade yang dikaitkan secara berassas ada yang dihalau tak berasas.Namun kata kunci tetap pade pengurus Wenger yang lebih gemar mengambil sikap berhati2 dan penuh berahsia berteka-teki.Wenger berkata tiada yang akan keluar, tapi tidak menafikan pula ade yang masuk.Angin luar bertiup kencang masakan pokok tidak bergoyang dgn Toure , Bendi dan Gallas menjadi sasaran menuju pintu keluar Emirates, yang masuk? huh.. satu list pun tak habis kalau disenaraikan.Tunggu dan lihat secara rasmi nanti. Tapi setiap hari dan setiap malam, penyokong pasti tak tidur lena tak sabar2 menanti siapa yang dibawa masuk ataupun penantian kite berjaga malam seperti 1 september lalu hanya sia2, wenger gagal melaksanakan janjinya dan ini adalah peluang kedua buatnya.

sedikit info yang secara rasmi :
-di sebalik tandatangan jay simpson untuk kontrak long term di Arsenal, die telah dipinjamkan ke West Brom bagi mendapat pengalaman yang lebih berguna dalam mase 6 bulan.Mungkin dapat membantu kedudukan West Brom yang tenat di perosok liga.Jack Wilshere dikhabarkan akan mengikuti, tapi mungkin belum tibe masenye kate Wenger

-Gavin Hoyte kapten reserve yang juga menantatangani kontrak jangka panjang juga on loan ke Watford yang bermain dalam championship.

-Nacer Barazite menyambung tempoh 6 bulan lagi di Derby Country.Juga telah sign long term contract bersama arsenal.

Diharap merka mampu memperoleh pengajaran dan pengalaman berguna tapi harap arsenal bukanlah hanya sekadar nama untuk batu loncatan buat mereka.Perlawanan pertama untuk tahun 2009 adalah menentang Plymouth 3 Januari ini.Moga2 menanglah sebagai pembuka buku baru tahun nih.Victoria Concordia Crescit...

p/s:Aku mungkin akan terpaksa out station untuk beberapa hari,tapi jike ade access internet aku memang nak sgt mengupdate berite2 terkini terutama di saat2 transfer window baru dibuka ni.Ape pun jumpe di post match FA Cup nanti dengan khabar gembira.


0 ulasan: