Rabu, 17 Disember 2008

So far so Good for Eduardo


Sayang sekali, hanya 45 minit sahaja dapat disaksikan kelibat Eduardo Da Silva, namun 45 minit itu tetap menampakkan satu harapan dengan permainan yang cukup meyakinkan, beberapa gerakan menarik, hampir mendapatkan sepakan penalti dan hampir menjaringkan gol jika tidak kecekapan penjaga gol pompey. Tapi ade baiknya kerana kem arsenal mungkin tidak mahu merisikikon pemain antarabangsa crotia yang hampir 10 bulan tidak beraksi jadi kemunculannya dalam peralawanan kompetitif pertamanya boleh dibanggakan.Dudu yang masuk sebagai 1st eleven dikeluarkan oleh Banfield pada sepak mula separuh masa kedua dengan seorang lagi january signing yang misteri, Amaury Bischoff.Kini ape yang diperlukan Dudu hanyalah match fitness. Harap2 Dudu dapat kembali mewarnai 1st team secepat yang mungkin kerana wataknya bakal diberi harapan penting bagi mengubah senario semasa arsenal dengan sentuhan penyudahnya yang magic dan entah dari planet mane.Kami mengharapkan lebih dari lagi dari eduardo pada masa akan datang!