Jumaat, 7 November 2008

Pre Match : Lets Gun Them Down!!! Bolos saja Setan itu!!!!!!





Anda boleh gelarkan ape sahaja, clash of the titans, clash of the setans..yang pasti pertembungan 2 musuh tradisi EPL nie sentiasa merupakan perlawanan yang ditunggu2 oleh peminat bola sepak global khusunya.Jika anda dari planet lain..errr silvestre? anda pasti tertanye2 napekah kedua2 kelab nie bagai menyimpan dendam kesumat sesama mereka yang pasti takkan berakhir.Biarpun tiada lagi Viera vs Keane, pizza dilontarakn ke muke ferguson (waw..marvellous) RVN vs Keown dan rakan2.. Namun watak2 ang tinggal masih cukup untuk meneruskan tradisi ini.Walaupun hubungan Wenger dan Ferguson yang dahulunya agak panas kini telah mule redha dan kini nampak bibit2 percintaan..

namun secara profesionalnya perlawanan esok adalah umpama hidup dan mati season nih, terutama buat arsenal yang dikatakan sedang off form , dilanda krisis ; kepimpinan, pengalaman; keyakinan; kecederaaan dan penggantungan xdek ape lagi yang boleh memburukkan cerita2 arsenal di sebalik perkara2 tersebut.3 perlawanan tanpa kemenangan menyedekah 2 mata kepada jiran, bermain bola sepak atau bola baling dengan stoke?, dan gagal meratah ayam turkey di dapur sendiri.Sesuatu yang membimbangkan terutama bagi para penyokong arsenal yang telah sedikit demi sedikit hilang kpercayaan dan hilang sabar dengan kedegilan dan polisi wenger.(tetapi bile menaang puji tak hingat, termasuklah aku..huhu,jgn pertikaikan , emosi semulajadi manusia..heheh)

Jadi dengan kemenangan esok di Emirates bukan sahaja dapat kembali ke landasan bersaing dengan samall 3 utk mencabar kejuaraan liga, malah memberi isyarat kepada satu dunia bahawa kita boleh menawan siapa sahaja dan mampu buktikan bahawa jika player bermain bagai satu unit, mereka amat malang sekali bertemu arsenal pada hari tersebut.Hanya dengan kemenangan sahaja mampu dapat menaikan moral yg tgh2 down gile tak kire player mahupun fan sendiri.

Tugasan2 malam esok pastinya berat dan hanya kekuatan mental dan fizikal sahaja yg dapat membantu player2 yg masih available untuk berjuang.Mampukah Bendtner menggalas cabaran di hadapan sorang2 ataupun Carlos Vela diberi dream start yang diimpi2 kan.Tiada yang lebih masyuk bagi memulakan career starting line up di Arsenal selain bertemu musuh tradisi. Adebayor dan Eboue awal2 lagi dah ucap bye2.RVP awal2 lagi dah high, lalu digantung tak silap aku 3 perlawanan kut.Walcott dan Gallas 50-50 dan Sagna masih lagi belum match fit walaupun unused sub mase lawan Fenerbahce.Mungkin kali ni Wenger akan menggunakan taktik 4-5-1(taktik yang membawak arsenal ke final UCL 2006) tapi mase tu ade Henry so tak kesah lah die guide front line sorang2..Bendtner mungkin tak brape sedia untk jd lone striker lagi.Mungkin kalau Wenger nak gamble die ade 2 option, 1. campakkan terus wonderkid mexican kite... 2. Gandingkan TW14 yang masih tak fit dengan Bendtner sekurang2nya dapat membuka ruang dan menampah kepantasan kat serangan. Tapi biasa lah, Wenger pilih option ke 3 yang aku tak pernah bagi, ape die? die nak tetap gamblekan Silvestre kesayangannye yang baru patah hidung kene sentak dengan semih senturk!Perkhabaran ini pastinya mengundang seribu persoalan di benak peminat2 arsenal apekah yang nak dilakukan wenger plak esok malam,name2 Silvestre plak disebut lagi, bertemu kelab lamenye, tak takutkah die merupakan tali barut..ops..sudah jauh pemikiranku,, maafkan aku terlajak..huhuhuu..Sebenarnya tak takut ke tgk gandingan Toure dan Silvestre lagi nih,oleh kerana Toure yang melakukan cakap2 press conference besar kemungkinan Toure yang bakal mengetuai cabaran esok dengan lilitan.Nampaknya Gallas terpaksa menunggu keputusan match di smoking room sekali lagi.Atau, jap2.. Kalau nak gamble lagih, letak Silvestre jadi striker..hahahahahaha ko jangan macam Bean.. aku dust bin kan ko nanti.



Almunia yang sakit perut telah kembali ..tugas besar pertahanan mengekang cabaran Rooney, Barbie atau mungkin si kayap tevez.Kiri dan kanam Clichy dan Sagna mampu menutup ronaldo,overlaping Evra atau Pak haji sung.Masih kuingat ronaldo vs arsenal di emirates, malam tu arsenal menang 2-1 trime kasih late header dari Kapten Henry, malam tu ronaldo bermula di sebelah kanan, tak lepas dgn clichy, kemudian beralih ke sebelah kiri, tak lepas dengan Eboue..hahaha.. ade videonya rakan2, search la di youtube, seronok aku menontonnye.kahkah. Barisan tenah yang merupakan masalah utama Arsenal sesason nih tanpa pemain senior mereka tampak wat kepala sendiri, Cesc paling berpengalaman dan umir baru 21? Kalau Ramsey di sebelah kanan sekali lagi aku tak menghalang, tapi ape lagi option yang kite ade, aku just taknak tengok Diaby dibazirkan lagi di sebelah kiri, Diaby bukan winger la wenger..adoiiii...letak laa kat tgh2 tu dengan Cesc. Nasri perlu bangkit, tunjukkan die mampu menyinar bak zidane dalam match besar.Siapa2 pun yang bergadingan dengan Cesc esok perlu mengekang Anderson takpun scholes,cam name kasut jek. Pertukaran posisi yang kerap dilakukan wenger di DM menunjukkan beliau sendiri sebenarnya tak yakin dengan kemampuan Song Diaby mahupun denilson untuk menempuh ranjau panjang ini.Tapi tak taulah, itu kite crite lain kali , kite gune source yang ade jek sekarang.Bendtner akan menanduk melepasi vidic dan Ferdinand kemudian Walcott akan berlari2 anak macam lipas kudung keluar masuk2 di celah2 kangkang tggi van de sar.hahah.

Aku begitu optimistik.Tak tau kenape tapi aku rase esok budak2 nie akan buktikan bahawa masih ade perkara yang perlu dibuktikan, masih ade perjuangan yang belum diselesaikan, sebab Arsenal bile time org kutuk2 dan org tak yakinlah mereka muncul menembak semua.Arsenal lebih sesuai atau aku rela malam esok arsenal menjadi underdog dan mencipta kejutan..Big match, kite selalu menang dan menang dengan dramatik dan penuh drama, Kalau boleh di San Siro, di Bernebau, di oltrepot mengapa tidak di gelanggang sendiri.Tugas besar Toure selaku org yang pernah merasai pengalaman2 indah di hari2 indah untuk berkongsi keindahan itu sekali lagi bersama berjuta2 fan arsenal di seluruh dunia.Menang esok, kite masih di landasan, kalah esok , kite masih di landasan juga tapi lambat sampai, mungkin dah boleh bercita2 tukar destinasi..sama ada org lain sampai dulu atau jalannya berliku2. Jadi , aku predict Arsenal menang 2-1.Satu gol dari Slvestre!!!! hahah..

ESPN 812 8:40 pm LIVE!!! Jumpe di sana....

Match Facts & Stats
Last season's fixture: Arsenal 2-2 United: Gallas(og45), Fabregas(48), Ronaldo(82), Gallas(90)

Home and away

League (inc PL): Arsenal 65 wins, Man United 72, Draws 41

Prem: Arsenal 9 wins, Man United 13, Draws 10

at Arsenal only

League (inc PL): Arsenal 50 wins, Man United 22, Draws 17

Prem: Arsenal 6 wins, Man United 4, Draws 6


1 ulasan:

ArSeNaL SUSAH MATI berkata...

seram sejuk jer bro...tak senang duduk dh aku.,.hehee..tapi keyakinan aku makin kuat plak..jangan termakan yakin plak...dh ler termakan janji...hehehe..