Ahad, 2 November 2008

Post match: Diserang Penyakit Stroke,Masih ade Harapan?



Kahkahkahkahkah... Akhirnya Gael Clichy menjaringkan 1st ever golnya bersama Arsenal
......................................
..........................
...............................
..................................
.............................
..........................
May be salah aku, player arsenal diberi neuralizer dan seakan2 lupa ape mereka buat di tgh padang atau mengapa mereka merebut sebiji bola, bagai org bongok.
.....................
....



Mmmm.. atas2 sebab tertentu sebenarnya aku tak dapat menyaksikan match streaming secara live dan ditambah pula dengan astro tidak sanggup menayangkan match Arsenal membuatkan aku tak tertengok satu perkara yang maha memalukan dan menjadi perkara keajaiban dunia ke 8. Aku mendapat sms dari Kesuma Dewa yang berbunyi " jangan tgk.. wat sakit hati..#$%^^$#@ wenger...cam$^$## taktik die "

Sebenarnya aku menjauhkan diri dari segala akses yg boleh menyebabkan aku tau result semasa termasuklah telefon bimbitku dgn sms dari kesuma dewa td agar umpama aku dapat me'nikmati' siaran secara langsung.Lalu aku menggatalkan diri menonton siaran delayed, dan reaksi aku menyaksikan line up"ermmm..?" minit ke 11 "oh.." minit ke 73 "oh..." minit ke 76 "huh?!..oh" minit ke 90 "yess..akhirnya clichy(naik point fantasy but)..ohh..mm". Apabila aku kembali ke dunia masa sebenar, aku menjenguk henset dan blog, barulah aku faham mengapa Kesuma Dewa mengetuai kekecewaan rakan2 fan yang lain, begitu piss off dan memaki hamun.Jangan salahkan peminat, mereka berhak..terutama yang setia.

Sebenarnya Arsenal sudah kalah sebelum masuk ke padang lagi dengan line up yang dibariskan.Bagaimana ko nak menang dengan player terbaik ko yang tgh onform ade kat bench?untuk 3suku perlawanan?!Memang 3suku punya taktik.Dok kecoh2 hantaran jauh Delap la, lontaran peluru Delap la, tapi ape yang player2 kite buat untuk prevent mende2 cam tuh, macam takde homework???!!! Dah tau ancaman Stoke dari mane tapi tetap degil, dah tau tapi tak sediakan care2 nak solve, takde care alternatif takde backup plan.Sumenye bagai hentam keromo! Stoke bermain begitu disiplin dan agak negatif tapi bukan salah mereka untuk mempertahankan leading, mereka tau kemampuan player2 mereka lalu hanya defend bagai kubu kebal umpama jika mereka bolos nyawa tanah air dan anak bini mereka tergadai..itulah yang mereka terpaksa melakukan.Tapi nyata berhasil.

Arsenal?segalanya tak menjadi, dah lah line up macam haram.. Injured, red card langsung tak membantu, hanya tinggal 9 orang player di minit terakhir ..sukar untuk bangkit.Memang tak dijangka pun kebangkitan tu.Cume adakah kite mampu bangkit selepas nih.Untuk sesason nih,Setiap kali arsenal gagal untuk menang dalam satu2 perlawan , perlawanan berikutnya arsenal pasti akan menang dengan gayenye tapi bukan untuk malam nie terutama selepas tragedi hitam tengah minggu. Adekah kebangkitan itu akan berlaku mggu depan menentang musuh tradisi, dengan ketiadaan RVP,Adebayor,Walcott,Eduardo (dan Rosicky) Dari mana lagi gol2 akan datang nanti?? Dari Clichy yang menjaringkan gol periabadi pertama arsenal di pentas liga?kesian ko Clichy, patutnya bukan begini sambutan yang diharapkan.

Suatu yang kurang sihat bakal terjadi dalam kem arsenal jika Wenger tak mencari jalan bagaimana untuk 're-group'kan team ni dan memotivasikan player2nya. Pemain2 nyata hilang semangat yang begitu ketara setelah 2 set back ni dan hanya mampu mendapat 1 mata sedang jarak kite dengan pendahulu semakin lama semakin jauh.Lupekan untuk mencabar kejuaraan ketika ini dengan form semacam ini, tumpukan pada mengekalkan tempat dan slot, tapi bukan kekalkan prestasi, TINGKATKANNYA! kerana jika Arsenal betul2 hendak serius season nih, atau kekal sebagai kuasa2 besar dan mengelakkan mega sale Arsenal pada penghujung musim, Wenger dan player kene mule start dari zero semula.Ketika ini kita dilihat bagai mampu ditewaskan sesiapa dan juga sebenarnya mampu menewaskan sesiapa jika pada hari itu, prestasi yang sepatutnya. Hentikanlah maianan yoyo proyo nih.,Boleh sakit jantung,stress, jika tiap2 minggu emosi tak stabil, saling bertukar ganti. Back to basic, cari ape2 yang perlu diperbaiki dan bukan masenya untuk menyalahkan sesama sendiri.Perkara seperti itu tak membantu langsung perkembangan pasukan.Jika anda tanya aku masihkah ada harapan? jawapanku "JANGAN HARAPkan harapan tanpa usaha..bola itu bukan empat segi"

(sekadar gambar hiasan)


1 ulasan:

Budak Malaysia berkata...

kalo lah wenger paham bahase melayu and kalo lah wenger leh bace blog ni,kan bagus. tp usahkan nk paham n reti ckp bahasa melayu. berkoyan2 sumpah seranah supporters kt UK nuun pun dia buat dono je!huh!!!