Jumaat, 1 Ogos 2008

Aku akur akhirnya..PENGLAMAN TIDAK SELALU DIBELI

Setelah berpikir dengan rasional dan profesional,at least, buat masa kini.. akhirnya aku akur akan tindakan Arsene Wenger yang hanya membeli pemain2 muda yang cetek pengalaman. Setelah Ramsey, Nasri dan kini pemain reserve dari werder Bremen, Amaury Bischoff di bawa masuk, bagi menggantikan Hleb,26, Gilberto,31 Flamini,24 ..ingat, kita juga kehilangan seorang lagi pemain Veteran iaitu Pak Leman, 38.

Lebih meragukan keadaan ialah Wenger telah mengakui bahawa pembelian Bischoff adalah satu gamble terhadap fitness player itu yang baru menjalani 2 pembedahan dan perlu mengambil masa antara 2 hingga 3 bulan untuk kembali match fit. Namun , pasti ade sesuatu di belakang budak Portugal u21 ni sehinggakan Wenger sanggup ambil gamble seberani itu.Mungkin die nampak masa depan Amaury yang begitu cerah dengan bakat yang mencurah2 dan takut jika terlepas ke kelab2 lain kelak. Harap2 begitulah.. Kerana aku masih ingat lagi di tahun 1996 di mana skuad Pahang dicemuh setelah membawa masuk Alberto Naves dari Argentina yang nyata hanyalah kuda tempang dan tidak beraksi satu musim pun tapi dapat makan gaji buta. Jadi aku akan beri masa kepada Arsene Wenger dan kepercayaan aku masih ada lagi padanya. Aku juga akur.. PENGALAMAN TIDAK BOLEH DIBELI..

Itulah antara sebab Wenger begitu mengelak untuk membeli player2 yang jauh lagi berpengalaman kerana die mahukan player2 kendalian di bawahnya sendiri merasai pengalaan, pahit getir, kegembiraaan, menang, kalah, kejayaan di final, kekalahan di final, semua2 pengalaman itu adalah lebih elok atau bagus dirasai oleh player itu sendiri dan membina pengalaman dalam diri sendiri berbanding mendengar pengalaman-dari orang lain.

Wenger di sini cuba membentuk satu pasukan dari generasi umur yang sebaya ataupun dari gap umur yang tidak terlalu jauh bagi keserasian di dalam mahupun di luar padang. Mebentuk satu unity dari mentaliti ang sama supaya semuanya dapat fokus 100% di atas padang. Namun, pengalaman Gallas Tourre dan Rosicky sebgai abang2 senior amtlah diperlukan sebagai mentor. Clichy dan Fabregas pun dah boleh dikira senior walaupun umor yang begitu muda. Mereka berdua nie lah contoh di mana Wenger tidak membeli 'pengalaman' sebaliknya memberi peluang kepada player2 menimba pengalaman dan pertaruhan Wenger itu kini telah terbayar dengan tahap prestasi kedua2 pemain yang begitu mengagumkan di peringkat umur masing2.

Jadi, ayuh kite beri lagi masa dan kepercayaan buat Wenger dengan team yang nampak promising ini.Dikuatkan dengan bukti2 di Carling cup dan terbaru pra musim ini. Mereka telah membuktikan bahawa bila2 masa sahaja mereka mampu 'step up' membantu player2 1st team di saat2 Wenger memerlukan. Bagaimana dengan anda? Sanggup menunggu? Tapi jangan sekali2 melompat..


0 ulasan: