Selasa, 20 Mei 2008

Santa Claus for Arsenal??

Spekulasi terus-menerus membayangi Arsenal..dengan pelbagai transfer rumours yang bermacam-macam, kata kunci Arsenal antara yang terhit yang di search oleh pelayar laamn web di Yahoo dan Google..Ini menunjukkan betapa berminatnya orang kepada Arsenal..
Terbaru Wenger dikatakan terdesak dan memerlukan jentera serangan, tengah dan pertahanan bertaraf Superb untuk memberikan The Gooners impak yang berbeza dan lebih garang musim depan. Santa Cruz dikatakan bakal menjadi jentera serangan Arsenal selepas prestasi memberangsangkannya bersama Blackburn. Santa Cruz adalah calon terbaik untuk berpasangan dengan Adebayor yang pemalas manakala Van persie sudah ternyata sesuai di bahagian sayap tatatkala kurang finishing dari beliau pada musim ini.
Juga Wenger dikatakan telah sebulat suara untuk mendapatkan pemain midfielder Roma, Alberto Aquilani dan juga pemain midfield Besiktas, Matias Delgado sebagai pengganti kepada Flamini, Hleb dan Gilberto yang mungkin turut meninggalkan squad The Gunners musim depan. Dalam pada itu, Jens Lehman telah mempersetujui perjanjian untuk ke kelab German, Stuttgart dan menjadikan kelab itu kelab terakhirnya sebelum besara. Hleb pula dikatakan sememangnya akan meninggalkan Arsenal dan sekarang sedang menjadi rebutan Barcelona dan Inter Milan.


0 ulasan: