Ya! Jens Lehman telah pun berbaik dengan Almunia sebagai tanda perpisahan yang dikenang. Pak lehman dan Almunia sebelum ini dilihat bagai anjing dengan kucing kerana mereka tak boleh berhadapan antara satu sama lain, saling mencemburui dan berlatih berasingan sewaktu training hanya kerana merebut satu tempat di pintu gol Arsenal. Namun Pak Lehman sebenarnya menyatakan bahawa die buat semua itu demi kebaikan Almunia dengan merujuk situasi sama seperti mana die dan Oliver Khan dulu. Setiap hari die perlu memastikan dirinya lebih baik dari gorilla itu demi merebut Jersey no 1 Jerman. Pak Leman juga menambah bahawa pada masa akan datang jika die berjumpa dengan Almunia di mane2 die tidak akan malu2 untuk bersalam dan mengucapkan slamat maju jaya sambil menyatakan hormat pada rivalnya itu. Namun die tidak pasti apakah pendapat Almunia sebaliknya.Ceh, sempat gak tu tinggalkan nada sinis.huhu... Carik2 bulu ayam lame2 ayam togel...
Sabtu, 17 Mei 2008
Jens Bersalaman dengan Manuel
6:26 PTG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan