Pada ketika ini, Eduardo sedang menjalani rawatan pemulihan di Klinik R9 milik Ronaldo gemuk di tempat kelahirannya, Sao Paolo, Brazil. Jadi diharap Eduardo yang sudah sembuh sepenuhnya akan muncul seperti Eduardo yang baru dilahirkan semula dengan sentuhan penyudah yang lebih berbisa dan tajam. Doktor Skuad Kebangsaan Brazil, Jose Luis Runco menjangkakan kepulangan lebih awal Eduardo lagi 4 bulan,2 bulan yang lebih awal dari masa sebenar yang dijangkakan. Namun, Wenger berkata Eduardo boleh kembali berlatih dan menyepak bola selepas 6 bulan namun dia perlu mengambil masa 9 bulan untuk betul2 mencapai tahap kecergasan 100% kuasa kuda optima dan menjadi musang di dalam kotak..huhu.. Apa yang dirisaukan lebih kepada mentaliti daripada fizikalnya. Bisakah die mampu mengatasi ketakutan dalam minda berhubung tragedi malang di st andrews. Seperti manusia biasa die juga mempunyai trauma, mungkin lepas nie kalau bola tu 50-50 die takut nak challenge, tapi yang pasti tahun depan die takkan kembali ke lokasi malang tu sebab birmingham dah relegated. haha.. Dengan karekter nye yang sentiasa cool dan bersahaja di padang, Eduardo diharap agar tidak menghadapi mental-block!
Persoalannya perlukah Wenger mencari striker baru season depan dengan semua striker tampak kekal di Emirates. Tolak kecederaan, buat masa ini dah ade 5 striker Adibahnor, Bendtner, world class, top top class RVP ,Dudu dan Walcott yang bakal berapi. Mungkin Wenger akan memberi peluang kepada Theo lebih di bahgian depan next season. Tapi apakah jaminan yang Eduardo kembali kepada 100% atau lebih dari ape yg ditunjuknya, apakah RVP sentiasa fit sepanjang musim( mungkin..jika tak dipanggil pasukan Belanda, lepas main international mesti cacat). Kes-kes macam ni memang memeningkan mana2 pengurus di mana berada di tahap gamble, nak beli ke taknak.. Tp Wenger mungkin lebih mementingkan option2 di posisi lain buat masa ni. Kali ni die mungkin memancing player yang dah EPL ready made dan player2 luar jugak cam biase.
Sebnarnya kalau dikaji, Arsenal punye kekurangan adalah di bahagian midfield.Antara..
Overmars - Viera - Petit - Parlour
vs
Pires - Viera - Gilberto - Ljungberg
vs
Rosicky - Flamini - Fabregas - Hleb
vs
vs
mana satukah yang anda pilih?? apakah perbezaan paling ketara? Jaringan gol!! gandingan Hleb Flamini Fabregas Rosicky bukan lah gandingan yang mampu score sampai 20 biji gol sesame mereka. Oleh itu ada bagusnya gak Flamini caw dan Wenger tolong la cari mane2 player yang mampu membantu meringankan beban striker.Apakah kehadiran Carlos Vela mungkin akan menjawabnye? Lu pk la sendiri..
Gilberto masih menyimpan harapan untuk kekal di Arsenal. Mungkin ade hati nak try rampas balik armband. Mari kite lihat sejauh mana pernah pengaruh armband nie ...
Selasa, 13 Mei 2008
Beban Gol Arsenal
8:06 PTG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan