Ahad, 31 Januari 2010

Pre Match : Inilah masanya...


Apa lagi yang harus diperkatakan, setiap perlawanan Arsenal menentang Man U pasti menjanjikan fenomena energetic,fantastic, bombastic dan segala tic2 lagi.Realistiknya, game 50:50 kita mampu menang, 1st goal amat penting dalam perlawanan seumpama ini.

Sebelum itu malam tadi di Anfield, kita menunggu2 seorang player Bolton beraksi tapi tak kesampaian.Jack Wilshere, aku harap engkau dapat kutip sebanayak mana pengalaman yang mungkin.Owen Coyle pastinya lega kerana Wenger tak amek hati  dengan segala complaint tidak munasabah beberapa minggu sudah serta sudi memberi pinjam aset berharga..Seorang lagi yang masih merupakan 'pemain Arsenal' beraksi dengan cukup mantop ketika membantu majikan barunya Everton mengutip 3 mata dan clean sheet.Harapan Big Phil untuk ke Piala Dunia kini terbuka kembali.

Segala tumpuan diberikan pada Rooney termasuk dengan Wenger2 sekali bagi pujian menggunung terhadap player England ini.Walau anda pernah 'main' dengan nenek tua ke tapi jika anda Englishman dan beraksi hebat di atas padang, media akan tetap membantu anda, mem'backing' anda semampu yang mungkin.Itulah untungnya menjadi anak emas media.Tapi kalau main dengan awek orang, lebih teruk lagi  orang itu adalah member sendiri dan bekas rakan sepasukan, itu media tak dapet nak nolong aih.

Berbalik kepada clash of the titans.. Mungkin United akan turun dengan taktik yang sama ketika bertemu City, 4-5-1. Kehilangan Rio Ferdinand yang dikorbankan semata2 match derby tempoh hari pasti menguatkan faktor bahawa mereka nak taknak terpaksa mengusai bahagian tengah untuk mengekang Arsenal.Aku dapat melihat Fletcher mempunyai tugas yang sama seperti perlawanan awal musim iaitu tendang orang sana sini.Suntikan moral bagi United adalah kepulangan Nemanja yang tak berapa manja Vidic. Perlu diingat, selain Shrek ade beberapa muka lain yang boleh tampil memberi kesusahan kepada Arsenal terutama muka2 old kerepot seperti Giggs atau Sholes.

Dan ARsenal sendiri ada kuda tua yang boleh diharap dalam Sol Campbell.Sol, soul nya Arsenal.Persembahan yang boleh dibanggakan ketika masuk menggantikan Mael Rabu lalu membuatkan penyokong2 Arsenal terkenang akan zaman invincible .Walaupun Mael sedaya upaya cuba dikembalikan untuk match penting malam ini, Campbell mungkin mendapat 2nd home debut nya.Pertama kalai menyarung jersey merah putih setelah kali terakhir dia bermain di Highbury dengan jersey maroon. Bahagian tengah , Song adalh penting, walaupun kepenatan tapi aku yakin jika Cameroon masih lagi bertanding pada peringkat ini, Song tetap akan diturunkan jadi pada aku tak banyak bezanya.Song juga mesti tak mahu terlepas dari beraksi match2 seperti ini.Fabregas pemain paling berpengaruh Arsenal ketika ini dengan 11 gol dan 11 assist .JIka Mael tidak dapat beraksi mungkin Fabrregas akan diberikan tugas dari deep position membantu Song mengekang midfield United.

Tapi dari 4-3-3 mungkin Wenger akan menukarkannya kepada 4-4-1-1 mengiku kesesuaian perlawanan. Bahagian tengah adalah jentera paling penting.Selain Fabregas dan Song, Rosicky akan terlibat sama link up baik punya dengan Fabregas di kawasan2 yang seni.Nasri jugak mampu bertindak dengan kawalan2 bola yang kemas di tight2 area. Kehadiran Denilson malam ini bergantung pada starting Bendi.Jika pemain Bendi yang tak berapa nak match fit itu start, maka Denilson mungkin akan direhatkan tapi jika Bendi diberi peluang untuk masuk sebagai option ketika Arsenal buntu, Denilson memperoleh peluang untuk buktikan dia jugak ada sumbangan yang boleh diberikan.Key man dalam big match, bak kata Wenger tak lain dan tak bukan Arshavin.Nampak senyap2 jek tapi tibe2 muncul.Itulah fungsi pemain Russia ni.Tidaklah setinggi Stalin tapi aura power nya boleh tahan.

-----------------Almunia----------------
Sagna------Gallas----Campbell---Clichy
-------------Song---Fabregas----------
----------------Nasri------------------
---Rosicky----Bendi----Arshavin------

*Kehadiran Denilson bergantung pada Bendi, dan debut Campbell bergantung pada Mael.

Arsenal perlu menang dan 3 mata tersangat2lah penting untuk keep track dengan pencabar2 lain.Tiada kejayaan lebih manis jika nak menang liga selain daripada mengalahkan pencabar sendiri.Dapat mata penuh,dapat gagalkan diorang dapat mata, siap boleh pintas mereka..Itulah pentingnya match2 rivalry seperti ini. Astro ESPN 11.55 pm.Arsenal 2 ManU 1.


Jumaat, 29 Januari 2010

Campbell Vs Shrek , Verminator sedang dibaiki!

Biarpun berapa kali Campbell dan Rooney bertemu tak kesahlah sama ada bersama Arsenal dan kemudian Pompey ataupun berkerjasama dalam skuad kebangsaan namun siapa dapat lupakan inseden memalukan di bawah ini.Insiden yang menamatkan rekod 49 unbeaten. Referee pada malam itu diperbodohkan dengan lakonan..errr  'terpukau' mungkin adalah perkataan yang sesuai kerana watak yang sinonim dengan Rooney adalah Shrek jadi ref mungkin begitu asyik dengan drama sebabak yang dipertontonkan penyerang United itu meninggalkan Campbell tertekan, hopeless.Rooney adalah pemain yang hebat tapi tanpa lakonan, gua rasa mungkin dia boleh dapat lebih respect.



Namun bagai budak kecik yang mendapat cokelat, begitulah perasaan Campbell apabila nasibnya dalam bola sepak berubah dalam sekelip mata.5 bulan yang lepas dia di ambang persaraan bermain dengan kelab Divisyen rendah2 berbeza dengan pemain2 lain yang memilih US / Arab untuk bersara bajet jaga standard.Tapi entah dari mana datang kemahuan,jiwanya memberontak dan kini citanya2 untuk kembali ke arena terbesar dalam sejarah bola sepak tercapai kembali.Ahad nanti dia bakal berpeluang menjadi sebahagian dari sejarah pertemuan rivalry Arsenal bertemu Man United sekali lagi dan Campbell cukup yakin dia mampu mengembalikan zaman gagahnya kembali.Fokusnya cuma satu ,"Kekang Rooney, United terkangkang"  itulah motonya. Biarpun Wenger sendiri menolak dakwaan United merupakan one-man team.

Wenger pulak memang yakin dengan kuda tuanya, malah lebih yakin kepada player yang satu ketika dulu 'bekas anak buahnya' daripada bekas pemain lawan, Silvestre Mr potato head.Namun Campbell perlu menunggu ujian kecergasan kepada pemain asal posisi yang ingin dia ganti tu, siapa lagi kalau bukan Verminator. Leaps Match, Wenger cakap patah kaki, lepas X-ray wenger kata retak pun takda tapi lawan Chelsea paling awal, tadi pulak Wenger cakap ada peluang boleh main, Ahad? tengok2 nama dah ada dalam 1st eleven! Kaki besi betul hardman kita seorang ni. Jangan terkejut jika keajaiban berlaku!


Tiada lagi Januari..

 Tiada lagi signing dalam bulan Januari tapi Wenger tidak menolak sebarang kemungkinan last minit transfer ala Arshavin jika Arsenal benar2 terdesak dan option berbaloi.

Quote of the day :

"My dress doesn't mean we will sign anyone today, I have a board meeting,"  seraya menunjukkan suit ala2 Barney dalam sitcom bersiri How I Met Your Mother takpun seperti uniform Mr Bean. Tinggi jugak sense of humor Le Prof kita sorang ni.




Bercakap mengenai Smalling, Wenger meminta maaf sebab lambat bertindak.Di kemudian hari memang senang untuk bercakap, 'oh ini memang target', 'saya pernah semakin hampir nak dapatkannya', 'dia sebenarnya pernah terikat dengan Arsenal 'tapi di akhir realitinya, kita sudah terlepas dan tak guna disebut2 , life goes on ramai lagi player lebih berbakat di luar sana.Fan United pastinya berpuas hati kerana dapat membalas balik kes Ramsey itu hari tapi harap2 Smalling ni takde laa seganas Rambo kita. .Cuma yang aku takut tengah2 main karang mengecik pulak,keh2 sorry no offense, semoga berjaya mewarnai kerjaya.


+ve MELEGAKAN !!


Mari melompat kegembiraan bersama Mael. Berita lebih baik dari yang dijangka! Biarpun tetap cedera, tapi melegakan... Tiada patah tulang !!!! Walaubagaimanapun Mael tetap akan terlepas aksi menentang United dan masih tak tau bila akan kembali dalam masa terdekat. Berikut adalah kenyataan Wenger :

“There is no fracture in Thomas’ leg but his injury still has to be assessed,There is still a good chance he will not play on Sunday.


“Eduardo has a small, small, small hamstring. He will be out for one week. He will not make Man United but he might make Chelsea.


“However Emmanuel Eboue and Alex Song have been in this morning. Eboue has been running outside. They are both in good shape. Tired but in good shape. Both of them are available for Sunday.


“Unfortunately Abou will not be back this weekend but he could be for Chelsea.”

Berita baiknya Song dan Eboue available untuk Ahad ini, manakala Abou dan Dudu hanya akan kembali di Stamford Bridge is falling down.

Ini bermakna nak taknak Silvestre mahupun Campbell dan Denilson dan Co perlu bangkit menggalas cabaran yang besar terutama hujung minggu ini!


Khamis, 28 Januari 2010

Injury Update



Nasib buruk Arsenal makin menjadi2.Mael CB penting kita kemungkinan besar mengalami patah kaki!

 "He is on crutches. It is his fibula. Whether it is just a nerve problem or the bone is broken is what we have to check on.'' 

Semenara itu Wenger mengesahkan, Eduardo kompom terlepas aksi menentang Man U akibat hamstring.

Berdoalah...


Post Match : Lupa bawak peluru..

Kali ke3 dalam liga musim ini Arsenal gagal menjaringkan gol. Frust memang frust tapi dilihat Villa pasti lebih kecewa dan bagi mereka 2 points drop, dan kita berjaya mencurik satu mata.Memang perlawanan yang sukar! Apa yang boleh diharap sangat kalau Mael dan Eduardo 22 terpaksa dikeluarkan.Memang bertambah malang kem Arsenal.Nasib baik Campbell masuk dan menjalankan tugas dengan kemas tapi Bendi masih tumpul dan lambat berfikir, kurang game. Tapi ape kejadah midfield, dan paling mengecewakan pastinya Denilson yang beberapa kali membuat foul2 bodoh tidak perlu dan kerap membahayakan pertahanan sendiri.Ramsey jugak tak naik gear.Hanya cubaan Fabregas yang terkena tiang dan Rosicky yang terkena palang jek sipi2 nak menukarkan result tersebut.Nasri jugak kembali tapi p tukaq dengan Rosicky pulak, aku bajet tukar la dgn Ramsey ka Denilson ka.Namun kita perlu bersyukur kerana keputusannya mungkin lebih teruk dari yang dijangka. Sudah aku katakan sebelum match ini, dari 4 perlawanan minimum yang Arsenal perlu dapatkan adalah 8.Jadi Elaklah kekalahan.2 game di tempat sendiri perlu digunakan secara maksima terutamanya hujung minggu ini bertemu United. Dengan kecederaan Eduardo, adakah ini bermakna apeluang untuk Arsene Wenger mengorek poket atau mengeluarkan sesuatu dari topi ajaib!


Rabu, 27 Januari 2010

Wilshere+Mengecil+Sanderos+Song



"Weih apemende Arsenal nak beli pemain mengecik, Smalling2 ..kah kah kah' sinis kata2 rakanku seorang fan Man United. Dan kini , nah.. Sebaliknya Si hidung merah yang beriya2 mendapatkan Si 'Mengecik' tersebut.Kah Kah kah.. Apa sahaja Yang Wenger usha, pasti ade sahaja team2 lain yang nak sambar, itulah Wenger malas nak declare interest bila transfer window sebenarnya, kerana kes macam ini lah.Musim lepas jek kes Ramsey menyebelahi Arsenal.Tapi aku rasa Wenger sengaja main mind games, saja2 buat2 macam nak beli dan mengaku nak beli walhal nak tarik perhatian kelab2 lain beli player bodoh2 sebab diorang taksub dengan scouting Arsenal yang power.Itulah sebab Arsene Wenger cakap dia tak minat nak sign striker.Dia tengah tunggu line clear!!

Ceritas pasal pemain baru Everton, Philipe Sanderos. Dalam pada ramai player2 yang tinggalkan kelab kerana wang dan habuan kemudian mengkritik terbuka bekas majikan , pemain antarabangsa Swiss ini begitu humble."Gua bangga cakap yang gua pernah jadi player Arsenal" itulah ayat yang dikeluarkan oleh Big Phil.Big Phil sebenarnya ada potensi untuk menjadi seorang defender yang hebat tapi di Arsenal, Wenger hendak yang lebih lagi.Musim terbaiknya pada 05/06 terutama 10 clean sheet ke final UCL.Walaupun tak menafikan boleh melakukan suatu 'Campbell' dengan Sanderos di masa akan datang, tapi awal2 lagi Le Prof sudah meletakkan kata putus bahawa tiada kontrak baru akan ditawarkan.

Loan Sanderos adalah suatu loan yang berbeza dengan loan Wilshere.Sanderos bertanggungjawab atas kerjayanya sendiri selepas ini manakala Wilshere dipinjamkan untuk didedahkan dengan pengalaman.Wenger akan mengemukakan beberapa pilihan kepada Wilshere, Wilshere pilih dan kemudian Wenger akan beri kata putus sama ada sesuai atau tidak mengikut peluang beraksi dan corak permainan yang diperlukan.

Positif bagi Arsenal dari Afrika.Song dan Eboue telah pulang awal.Sayang kedua2 mereka gagal membantu pasukan negara masing2 tapi diharap mereka tak hilang fokus seperti Arshavin selepas gagal ke Piala Dunia yang berkata " Aku pikir aku tak mau main bola dah".Tapi Song dilihat terlalu awal untuk diturunkan dalam pertemuan penting menentang United hujung minggu ini.Namun Wenger akan melihat sejauh mana situasinya.


Pre Match :Bermula nya saat genting..Aston Villa vs Arsenal


Samekom smua..huhu..2nd time Jogho di beri peluang(setelah kena bebel ngan GNR) untuk menulis nukilan untuk pre match..rasa bedebor2 pon ada....haha..ape2 pon...harap memuaskan hati anda smua fellow gunners..

Jogho start dengan masa game malam ni..pukul 3.40 pagi nanti akan berlansung la game yang sangat penting n crucial dalam premier league season ni..dan bermula jugak la period yang sangat genting untuk the gunners..2 minggu yang amat ketat jadual nye dengan game yang besar2 skali gus..malam ni jangan lupa..ada live kat star sport 813...

Sedikit berita tentang starting line up malam ni..dari tgk gaya nye...cam kuat team kita malam ni..ye la kan..nak menang..dengan kembali nye sagna dari shoulder injury dan clichy yang agak lama tak beraksi..abru ni beraksi kejap je..mula2 baik dari injured..dan starting line up yang Jogho predict adfa lah seperti berikut..haha

-----------Almunia-----------

Sagna - Gallas - Mael - Clichy

-----------Eastmond----------

------ Fabregas - Denilson------

Rosicky --------------Arshavin

-------------Eduardo------------


Dengan sedikit tactical yang nak Jogho sentuh..seperti biasa..dua fullback kita akan turun naik bekerja keras untuk overlapping dan defending..Jogho rasa la..overlap fullback kita tak lebih kepada crossing..maybe Clichy akan overlap dan masuk ke tengah dengan jarang2 crossing..begitu jugak dengan Sagna..Sedia maklum la.Crossing mereka agak kurang menyerlah berbanding larian mereka..Holding midfield kita pula kali ni rasa nye di berikan kepercayaan oleh AW kpada Eastmond..dengan harapan beliau akan mengekang serangan dan midfield lawan..keras sket bang Eastmond...Jogho nak tgk tackling mantap malam ni dari beliau..

Fabregas pula cam biasa la..support tengah dengan berada lebih deep untuk mencari ruang untuk passing ke bahagian serangan..playmaker kita pas ti akan bersungguh2 malam setelah result game dengan stoke baru2 ini..dan dia juga cam biasa akan support striker dengan Denilson berada di belakang nye dan mungkin akan kita lihat 1 2 passing antara beliau dan Eduardo dan Arshavin.Selain memain peranan playmaker dalam game..beliau jugak kena make sure mental rakan sepasukan tida jatuh sdbab malam ni game away yang agak sukar..Denilson pula akan cover seblah kiri blakang Arshavin dan mungkin kit akan dapat lihat gol dari beliau melalui shooting yang gempak..

Arshavin pulak..cam biasa...mengemudi serangan di sebelah kiri pitch..sesekali swap dengan eduardo..passing yang ala2 lalu celah kangkang lawan..kita akan saksikan malam ni..dengan flair yang tinggi ada pada beliau..Jogho percaya boleh menghasilkan gol..di sebelah kanan pulak...ore little mozart..Rosicky...akan cuba cut inside dari kanan pitch dan 1 2 passing dengan rakan sepasukan..atau shooting yang mantap dari beliau..dan tak lupa jugak..curling pass from outside foot yang beliau obses..haha..nampak cantik je bola g dengan gerakkan kaki beliau kalau passing cam tu....

Eduardo pulak..cam biasa..walaupon tak nampak macam banyak yang boleh dilakukan dengan bakal di himpit Dunne dan Cullear(tul ke eja ni..haha..ala..defend spain yang tak de callup lagi tu..) beliau akan cuba sedaya upaya untuk mencari gol atau membantu rakan menjaringkan gol..come on dudu...score us some goals....

Di bench plak..dengan Fabiasnki, Silvestre, Merida, Nasri, Ramsey, Bendi dan mungkin Song atau Eboue..2nd half..kita akan mungkin dapat kelibat Nasri dan Bendi...for sure rasa nye dua player ini akan masuk..Ape2 pon..sama2 la kita saksikan malam ni..bermula nye period yang sangat2 genting yang bakal menentukan nasib Gunners musim ni..dan player lawan yang mungkin menjadi igauan kita ialah..Milner..Carew..dan Richard Dunne..pastikan malam ni player yang disebut ini tak beraksi pada paras sebenar..dan kita akan menang...Come on Gunners.


Sedikit berita pasal Sanderos..kesian lak kat mamat ni..AW cakap dia mmg tak de niat nak offer Sanderos contract baru..loan ke Everton ada rasa tangungjawab beliau terhadap player untuk mencari match fitness untuk persedian World Cup..Maklum nye..Sanderos mungkin tidak akan bersama kita lagi di musim depan..

Prediction..Villa 1-2 Arsenal


Isnin, 25 Januari 2010

MyVito



MyVito.Tahniah kepada Vito Manone penjaga gol ketiga Arsenal kerana memilih hala tuju yang tepat dengan menandatangani kontrak lanjutan bersama Arsenal untuk jangka masa yang lebih panjang.Lepas ni Almunia dan Fabianski pastinya panas punggung dengan saingan Don Manone dari Italy.Siapa tak boleh lupa lagak otainya ala2 godfather dengan slumbernya menghadiahkan Arsenal 3 mata dengan persembahan tangan emas ketika bertemu Fulham away di awal musim mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain2 senior. Harap Manone dapat lebih konsisten dan mempertajamkan reflex.

Bukan Vito tapi Victor.Kali ini adalah rumors tentang pemain Crystal Palace, Victor Moses.Moses menjadi tumpuan kelab2 utama dan Arsenal dikatakan paling berpeluang untuk menyambarnya.Ada seminggu lagi, apa cerita pulak dengan Loïc Rémy  (gambar) yang kononnya 'the new TH'?






Ahad, 24 Januari 2010

Post Match : Owh Towel....


Samekom smua..haha..ramai gila yang duk meluahkan kekuciwaan ye..tak pe la..benda dah nak jadi..ape2 pon...syabas jugak la kat players...away game yang sukar dengan ciri2 fizikal pihak lawan..tapi kita ada gak fizikla..JET tu bukan main bapak besar..tapi tak leh wat ape2..hehe..tak banyak yang positif dari game malam ni..game yang sangat sukar bagi young gunn..

start dengan starting 11 kita...goalie..Fabiasnki..alahai...ape kebenda la mamat ni..dari dulu..composure tak pnah meningkat..1/20...haha..dalam BPL..tak pnah Jogho tgk goalie yang paling tak compose...tak de rasa nak bertenang langsung...gelabah sangat2..haha..dia ni kena masuk terapi..bagi tenang jiwa..training yoga pon ok ni..haha

Eastmond..right back..Decent..walaupon mmg bukan posisi..tapi kena smangat sket..dah starting tu orang bg..up la sket perfomance..

Left Back kita..traore..mula2 macam biasa la..lemau...tapi lama kelamaan..semaki naik persembahan..overlapping bagus...degending agak decent..cuma..tak naik2..naik sket..pas tu stop smpai situ je perfomance nye

Dua Center Back kita utk malam ni Silvestre dan Cambell..partnership yang Jogho rasa agak tak sesuai..kena link up banyak masa training...persembahan gak menarik dari Cambell..banyak tackle2 yang save bola dari masuk gol..cuma tak bernasib baik..debut yang kurang meyakin kan..erti kate lain..boleh laa...Silvestre..cam sama je ngan cambell..lebih kurang la..tapi cam biasa la..slalu DIKAMBINGHITAMKAN peminat..haha..Bold sket..bg nampak..jangan le kambinghitamkan player sangat ye sdara2..hehe

Midfield kita..start ngan Caqoulin..belum cukup pengalaman..tu je leh di katakan..perlu game banyak lagi..maybe lagi 2 tahun..dia ni bakal menggegar kalau kuat training...overall..ok je..kean blajar banyak ngan Song.. pas tu Denilson..satu gol..passing agak baik..highlight malam ni kat Denilson..gol cantik..shooting smakin improove..tapi sayang..tak menang..Fabregas..agak tenggelam..tapi masih di anggap world class..tgk je la vission nye mengassist gol denilson..passingnye agak sloppy pada mula2 game..tapi bila dah panas...nampak character..skali lagi..sayang..game tak menang..

Walcott..rubbish...tu je word yang leh di keluarkan dari mulut..bukan nak kambing hitamkan beliau..tapi mmg sangat2 malap..smakin lama makin malap...bagai tak de cahaya..Vela agak memberangsangkan..kecuali cross yang tak baik..rajin mintak bola..semangat nampak..tapi ape kan daya...tak bernasib baik..

JET...haha...gelak Jogho baca sms GNR..Adebahnor masa muda kata nye...ermm..2 je benda yang menarik dia buat..satu long pass yang cantik..dan header ke Vela nyaris2 nak gol..tapi..apekan daya..lain2 lemah longlai..hehe


Di ahiri dengan rating la..cam biasa..huhu

FAbianski -5.5
Eastmond -6.0
Cambell -6.5
Silvestre -6.5
Caqoulin -6.3
Denilson -7
Fabregas -7
Walcott -5
Vela -6.5
JET -6.0

sub tak yah rating la..cam tak berbaloi je..haha

ape pon..cup musim ni dah tinggal kenangan..so focus on league..

adios..peace..tgu next match lak..

PS: dah daftar kelab penyokong arsenal malaysia..ape lagi GNR..hang kan baik ngan presiden dia..haha


Masih Ada cahaya dalam kekalahan.



Aku rase dah takde pilihan dah.Ok laa tu nice try dari Wenger, at least kita nampak masa 1-1 Wenger dengan yakin dah masuk 3 sub untuk gung ho dengan Arshavin muka overkonfiden boleh gelak2 main pakai topi lagi. Ini pengajaran sebenarnya.Banyak perkara yang Wenger dapat dari match ni .Back 5 yang cukup tak stabil.2 'pengalaman' kuda tua diapit 2 ayam mentah , memang tunggu masa digulai la jawabnya.Tapi Campbell untuk separuh masa tunjuk dia masih ada saki baki sebelum kepala lamanya menjadi, takde match fitness. Tak boleh nak salahkan sesiapa, Wenger dah bagi pemain2 ni peluang, tapi mereka tak ambil dengan sebetulnya.Cuma janganlah yang dikejar tak dapat. yang dikendong berciciran, yang tercicir dipijak2...

Selepas ini aku harap player2 seperti Walcott, Bendi , Vela, Traore, Fabianski Almunia step up dan buktikan mereka masih diperlukan di Arsenal.

Kalau Wenger letak full strength pun , adakah kita sanggup memperjudikan nasib Gallas Mael dan Clichy untuk game2 mendatang.Itulah yang cuba Wenger fikirkan, inilah masalahnya, dia terlalu konfiden dengan backup tapi konfidennya tak berbalas.Tinggal 2 piala dan 2 piala ni memang kejuaraan utama.Baki seminggu transfer windows ni  bakal menunjukkan ambition Wenger.

27/1 Aston Villa
30/1 Man U
07/2 Chelsea
10/2 Liverpool

Berpijak di alam realiti, Maksimum mata adalah 12 tapi minimum bagi aku 8. Aku rasa dengan 8 mata waktu period macam gitu memadai.Dan percayalah Arsenal ada peluang cerah untuk membuktikan sesuatu.Harap2 dengan kepulangan Song dan Eboue serta budak2 dari bilik sakit dan kemudian Arsenal menutup wad sakit, maka tuah akan bersama Arsenal bulan May nanti.

Agi idup agi mengguners!!

P/S : Tapi satu bende yang menjengkelkan aku dari match malam tadi selain result ialah bak kata Kesuma Dewa, tuala Delap yang dilap2 tu memang haramjadah.. Lepas ni datang Britannia untuk league match harap FA boleh suruh sorang2 player stoke berkemban pakai tuala.


Cempera, Kamjat, main macam punkoq

Haha...mcm ni dia kata youngster dia baguih..xmau beli lg? Pakat bungkuih lg la season ni...tidoq dalam keadaan ketidakstabilan emosi..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


FA cup 1st half review: 1-1 - Bola Baling VS Boling Padang

Haha..apeke halnya seTEROk city maen bola baling..x abih2 menggilap bola..mmg cam aramjadah..kt mesia pun x jumpa skill aramjadah camtu..haha..ape2 pun mmg aku usyer sgt weak kt bhagian tgh..tp Cambell mmg membuktikan yg beliau amat berbaloi digaji dengan byk key save tp bile partner ngan alien silvestre, aku rasa mcm x brapa kena..haha..JET mengingatkan aku pada adebahnor waktu dia mula2 masuk senel dulu..badan besaq, rambut menerbang, mmg cukup untuk buat lawan takut..tp syg, dia x brapa reti nak guna kelebihan yang ada...walcott? Semakin hari semakin malap...apekejadah die wat aku pun x tau..mcm x reti maen bola..tu la, muda2 dah kaple n beromen, camni la jadinya..haha..ape2pun x syak lg mmg scd half kita akan nampak trio kiki, vivin, n dudu masuk untk claim kemenangan malam ni..hehe..prediction aku : 4-1 senel menang..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Stoke Bisa kasi Stroke..

Malam ini, the gun gun bakal menentang squad susah mau kalah di tempat sendiri yakni Stoke City..umum sedia maklum squad ni mmg liat mau ditewaskan tambah2 di tempat mereka sendiri..dengan membariskan mungkin semua squad muda the gun-gun, rasanya wenger maseh tetap menurunkan beberapa pemain senior utk support kalau jd pape..mungkin kita bakal melihat sup cambell maybe..silvestre...

Apa2pun jgn terlepas utk menyaksikan perlawanan panas ini di astro kui 9.30pm.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Pre Match : FA Cup masih relevan, Stoke bukan tempat yang mudah.

Siapa kata Arsene Wenger tidak pandang lagi akan FA cup.Skuad yang diturunkan ketika menentang West Ham dulu membuktikan dia benar2 ingin merasai pengalaman menjadi juara ketika kali terakhir menjulangnya pada 2005, suatu yang sering diulang2 oleh media.Maka orang ramai akan ingat siapa juara 2005. Namun memandangkan masalah kecederaan dan jadual yang padat, Arsene Wenger terpaksa memikirkan barisan yang berkemampuan untuk bersaing dengan fizikal Stoke City di Britania Satadium malam ini.

Beberapa nama skuad utama pasti akan direhatkan dan memberi peluang kepada beberapa wajah dari skuad reserves dibantu muka2 berpengalaman.Jangan lupa, mungkin Sol Campbell akan mendapat debut kedua! nya malam ini.Wenger telah menyenaraikan satu2nya signing Januari ini dalam skuad malam nanti. Antara nama2 lain yang dipanggil adalah CB Bartley, JET -nama yang aku rekemen untuk dapat call up, Sunu dan jugak Eastmond. Kerunsingan pastinya di bahagian RB dengan Eastmond menjadi pilihan tapi Coquellin ,-satu lagi nama yang disebut2 sebagai hardworker tireless box to box player - mungkin di dalam radar Wenger. Kapten Jack kita telah pulih dari kecederaan dan dijadualkan boleh beraksi.

-----------------Fabianski----------------------
Easmond-----Silvestre----Campbell-----Traore
-----------------Denilson----------------------
-----------Wilshere------JET------------------
-------Walcott-------Eduardo------Vela---------

Ada live di Astro jam 9.00 malam ini 812 ESPN. Stoke 0 - Arsenal 1.


Sabtu, 23 Januari 2010

Bagi Pinjam SandalRose...

Berita gempar dan juga mungkin berita sedih atau gembira..aku pun xtau nak klasifikasikan berita ni dalam genre apa..tp mmg sah senderos atau nama melayunya, sandal rose telah pun selamat dipinjamkan ke everton sehingga hujung musim ini dan menurut sumber berita, perpindahannya ini akan menjadi permanent sekiranya beliau berjayabachan impress moyes sepanjang tempoh perpindahannya ini...sama2 la kita ucapkan gud luck untuk beliau dan selepas ini,jozan pasti kesunyian..haha..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


William Gallas = braveheart

 

Media tengah sibuk dengan insiden tackle Gallas ke atas Davies.Wenger tak hairan dan dia sebenarnya dah muak dengan berita2 yang sengaja diperbesar2kan lebih dari fokus utama iaitu cerita2 bola sepak itu sendiri.Owen Coyle yang pada mulanya memulakan api dengan mengatakan tackle Gallas tu adalah berniat jahat sudah mula menyiram air atas kenyataannya, mungkin baru dia teringat yang dia tengah desperate untuk meminjam khidmat Kapten Jack kita...Jadi sebelum tak dapat Jack Wilshere, baik dia cool down dulu.
Pada aku tackle Gallas hanyalah satu tackle lambat dan bukan disengajakan.Melihat pada replay ia adalah 50-50 dan Gallas tak ada rekod sejarah mengatakan dia kotor tapi jika orang start buat jijik, terimalah padahnya ala Nani.Jika situasi seperti itu, kita pasi akan menyebelahi Gallas kerana beliau adalah seorang fighter. Rundingan kontraknya semakin berjalan lancar, aku harap agar Gallas dapat menghabiskan kudratnya bersama2 Arsenal kerana gandingan bersama Mael benar2 top class dan sesutau yang telah lama Arsenal rasa kehilangan.

William Gallas, Arsenal's William Wallace.




Jumaat, 22 Januari 2010

Serigala buru Sanderos, Arsenal buru siapa lagi?



Serigala Wolfsburg, juara Jerman musim lepas nampaknya mendahului pembida2 lain sperti Celtic dan Everton dalam mengejar tandatangan Sanderos.Tapi jangan pulak ada yang memberi idea 'apa kata tukar Sanderos dengan Dzeko', kerana perkara itu sama sekali takkan berlaku.Bukan di alam realiti ini. Huntelaar jugak dilaporkan dalam pemerhatian kelab2 BPL dan seperti biasa, Arsenal yang dikatakan tengah mencari seorang striker Januari ni telah dikaitkan bersama.Juga, jangan berharap sangat kerana spekulasi mengatakan Liverpool menjadi destinasi pemain yang gagal menemui sentuhan emasnya di kelab2 besar, setelah musim cemerlangnya bersama Ajax. Tapi Hamburg mungkin menjadi pilihan pemain Oren ini apabila dipikirkan prospek untuk beraksi di Piala Dunia.

Ada lagi 9 atau 10 hari lagi sebelum transfer windows menutup tirai.Aku tak nampak Le Prof akan sign siapa2 kerana baginya Bendi dan Walcott adalah signing baru.Tambah Wenger lagi, di sebalik krisis striker kita tapi bila lihat di table, kita adalah pasukan yang paling banyak menjaringkan gol terima kasih kepada kreativiti barisan midfield kita terutama general Fabregas. Bak kata Wenger tugas striker, bukan sahaja menjaringkan gol tapi jugak striker yang bijak akan membuat larian membuka ruang kepada midfield dan mencipta peluang untuk rakan2 lain dan di Arsenal, begitulah sistem ini beroperasi dan Eduardo serta Arshavin(pada posisi itu) melakukan tugas yang boleh dibanggakan.Jadi aku rasa terpulang pada Wenger untuk gamble dengan skuad yang sedia ada tapi bila2 masa boleh injured atau pun membuat satu lagi best buy kerana dalam masa dua tahun inilah peluang yang sangat2 rapat untuk kita muncul juara  semula.Wenger bukanlah bodoh untuk melepaskan ia berlalu begitu saja.


Walaupun kita masih merupakan penjaring terbanyak tapi kita punya defends  boleh tahan jugak bolosnya.Walaupun partnership CB kita dah semakin serasi dengan Gallas dan Verminator namun krisis2 seperti set-pieces masih lagi menghantui.Aku tidak mahu memanjangkan argument aku tentang Almunia kerana nak tak nak kita terpaksa terima dia di pintu gol sehingga habis musim ini.Cuma masalah kecederaan LB dan RB jgak tidak membantu.Setelah Clihcy pulih, kini kita kembali dengan satu lagi masalah, Sagna pulak injured.Bilalah mereka berempat boleh main straight game week in week out tanpa gangguan.Barulah seimbang dan stabil.



Satu lagi yang dirisaukan adalah memang kita struggle sepemergian Song.Song adalah monster dan bulldozer kita. Ketiadaan pelapis untuk perisai kebal kita memaksa Wenger meletakkan Fabregas kadang2 terpaksa bermain ke bawah sedikit bergandingan sama ada dengan Diaby mahupun Denilson.. Eastmon menampakkan sedikit tanda2 yang dia mampu memikul cabaran jika diberi masa lebih.Aku harap perlawanan bertemu Stoke ini peluang diberikan seperti pemain2 lain dalam reserve yang boleh menembusi 1st team., Jay Emmanuel Thomas(JET). Ramai lagi pemain2 muda yang sangat berbakat di Arsenal dan jika Wenger dah mulakantkan projek polisinya itu, dia perlu habiskan dengan nokhtah yang tinggi.

Lihat Wira Raksasa ini menghasilkan hatrick bertemu West Ham Reserve ketika penampilan Campbell menjadi perhatian malam itu..Dalam masa yang akan datang JET bakal menjadi enjin bahagian tengah bagi Arsenal.

Enjin JET!!! - Harap2 Arsenal tak kehilangannya.


Diaby Sagna Mangsa terbaru!

Mangsa injured.Diaby dan Sagna pula yang bakal terlepas perlawanan menentang Stoke City. 


Khamis, 21 Januari 2010

Interview Arsene Wenger.

Why was Arsene smiling when he was aksed about Smalling? Adakah ada sesuatu rundingan berlaku antara Arsenal dan Fulham mengenai pemain CB berusia 18 tahun itu kerana kebiasaannya Arsene pasti akan pantas mencantas tapi kali ni dia macam ade sesuaut di sebalik senyuman.



Berita malang.Walaupun Clichy telah kembali tapi nampaknya ia tak akan diikuti oleh Gibbs.Gibbs terpaksa menjalani pembedahan akibat keretakan metatarsal. Keadaan ini memaksa dia terpaksa melupakan saki baki musim ini dan terpaksa melihat dari jauh rakan2 sepasukan berjuang.Ini pastinya satu tamparan setelah bermacam2 jenis kecederaan berjangkit di Arsenal.

"Needless to say I'm gutted - there's just no other word. The other option than surgery would have been to wait and let the bone grow in my foot, but we didn't want to do that because I'd have to wait another six weeks just to have another scan. I'd run the risk of it carrying on into next season, and we don't want to do that."

Get well soon.


Semangat Perjuangan Harmoni

Yah,inilah arsenal..2-0 ketinggalan tidak sedikitpun melemahkan syahwat player2 untuk terus menyerang menyebabkan lawan mengerang kesedihan..

2 kali bolton dikalahkan berturut2 di bawah teraju baru mereka..Owen Coyle..tiada apa yg perlu dikejutkan, sememangnya kelibat fabregas memberi inspirasi taming sari kepada the gun gun..mael sekali lg seakan-akan membuktikan yg cambell hanya dan akan kekal hanya bermain di bangku simpanan..haha

Ada suara2 mangkaq menyatakan bahawa dengan prestasi semalam, wenger tidak atau xkan membeli mana2 player baru untuk sesi summer ini..dengan bendtner yg 2 minggu lg bakal beraksi dan kebanyakkan goal hasil dari lambakan pemain midfield beliau yg senior n muda, sememangnya wenger akan menoktahkan buku cek nya lebih awal..

Namun, jika terdapat pun, mungkin pembelian pemain muda harapan bangsa..wilshere seakan-akan akan meninggalkan the gun gun untuk sesi praktikal ddi kelab epl yang lain..wilshere yg dilihat memperoleh peluang yg tipis utk beraksi dlm kesebelasan utama mungkin akan diloan wenger penghujung summer transfer ini.

Okeh, now, kita dah on top.. Walaupun x lama, it was a good sign n hopefully, injuries berkurang, n glory dijulang..

Challow Bete..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Post Match : Arsenal kembali ke puncak






Melihat line up semalam, bukan lagi Young Gun seperti yang ditulis oleh media2 dengan cuma Fabregas, Diaby dan Denilson yang boleh dikatakan muda tapi ketiga2 mereka kaya dengan pengalaman.Dan Sekali lagi pengalaman mengajar bagaimana untuk berasa tenang apabila dengan slumber yaya Arsenal bangkit dari ketinggalan 0-2 dan menghadiahkan kemenangan 4-2 untuk kembali ke puncak liga.Sesuatu kedudukan yang harap kekal sampai hujung musim.Sekurang2nya table ketika ini memberi kesan psikologi dan impak menandakan mereka mampu melakukannya.Syabas Arsenal, walaupun masih jauh dan ada beberapa perkara yang perlu diperbetulkan lagi.


Pengalaman Rosicky Fabregas amat2 membantu.Inilah pentignya Rosicky, dia tahu apa yang perlu dilakukan dan tak mudah gelabah.Inilah kali pertama musim ini dia score dalam match yang kita menang.Malah gol tersebut hadir pada saat2 penting-penghujung 1st half- ketika kita ketinggalan 2 bijik dari Cahill dan penalti Mat Taylor-suatu senario sudah cukup untuk menyepikan emirates.Mat Taylor pasti merasai peritnya. Ini kali ketiga dia bersama team yang leading 2-0 ke atas Arsenal sebelum menyaksikan pasukannya gagal  menang.Sebelum ni, kali pertama bersama Pompey di Emirates(2-2 06/07) dan Bolton di Reebok(2-3 07/08).Dan lebih memilukan ketiga2 match dia score termasuk malam ni.

Walaupun gol kedua dikatakan agak kontroversi,(bagi pihak Bolton, akibat player nya cedera tapi ref tak tiup wisel, dari  segi undang2 sah) namun perlu diingatkan betapa cemerlangnya finishing Fabregas.Kawalan baik dan penyudah dari sudut yang sukar, semakin lama semakin mendapat rentak ciri2 seorang kapten. Tak bosan menjaringkan gol.Mael memiliki semula sentuhan jaringan setelah lama kemarau.Fizikal Diaby perlu diberi kredit kerana memenangi 2nd ball sebelum set up baik untuk Mael shoot.Teknik yang superb.Inilah mungkin sebab Arsene rasa dia tak perlu striker lagi..heheh jgn buat hal.

Malam ni sekali lagi agak malang apabila Diaby injured dan terpaksa dikeluarkan diganti Eastmond.Match2 macam ni yang menguji karekter pemain2 seperti Eastmond sebelum Arshavin mengatakan selamat malam kepada Bolton.Arshavin melengkapkan comeback Arsenal dengan gol keempat hasil gandingan baik dengan Dudu yang walaupun tak dapat gol lagi malam ni tapi nampak  berusaha keras.Fan di belakangnya cukup membanggakan.Arshavin mampu menambah pesta jaringan tapi terlalu overkonfiden dan memakan diri.Dia ada option untuk passing ke Walcott tapi memilih cuba untuk mmperdaya Jaaskelainen sebelum melihat sepakannya gagal.Jika kedudukan semasa tu 2-2 atau 3-2 aku tak dapat bayangkan betapa amarahnya Wenger pada situasi semacam itu.



Syabas Arsenal, yang penting 3 mata dan pemain2 kita mampu membuktikan sesuatu.Seronok tengok nama2 penting kembali step up dan menjadi contoh untuk budak2 muda.We're top of the league!!
Terharu melihat Sagna dan Gallas berkempen bantuan untuk Haiti di akhir perlawanan. Ini menunjukkan class pemain2 kita.
Nantikan highlights..

P/S : Jiran poyo kalah.


Rabu, 20 Januari 2010

Pre Match : Tonton Bolton Episod 2

Seperti sedia maklum kita dianaktirikan, tiada tayangan live dari pihak Astro! Dah laa Episod kedua ni lagi menarik ending dia.Kalau kita menang dengan kelebihan 2 bijik kita dapat merasa balik tahta setelah lama sangat kasi pinjam kat orang lain.Tapi kebiasaannya kalau movie yg 1st tu box office, sequel nya pasti..agak mengecewakan jugak la tapi harap ia tak berlaku pada Arsenal malam ini.Kerana kita bukan sahaja meraih mata Ahad lepas, tapi jugak meraih kemenangan psikologi , menang di tempat lawan jadi mengapa tak boleh di gelanggang sendiri!

“At the moment [going top] has not too much as a mathematical meaning. But it has a psychological meaning, yes. It shows we are there and will fight at the top of the table but mathematically it has not too much significance because it is a long way to go.It also shows that everybody wrote us off but we are back in it. That is a step we have definitely made.”



Nak pinjam Wilshere, kene bodek Wenger..takde kipas tiup pun boleh..


Jadi gua berharap sangat skuad malam ini tak mengecewakan sepertimana perlawanan menentang Everton dulu , midfield kita mati akal.Kepulangan Fabregas saat2 penting macam ni kira tepat pada masanya.Tapi ...arghhhhhh kita kehilangan Merida pulak.Ada lagi 'tapi', tapi kita mendapat kepulangan Walcott dan Denilson.Dah macam acara sukaneka lari berganti2 dalam guni.Rasanya Clichy dah boleh start untuk dapatkan momentum dan fitness game bagi menghadapi period2 sukar lepas ni.Kalau berjalan lancar maknanya malam ni 1st time dari tempoh masa yang dah berapa lama tah kita boleh mainkan back 4 terbaiik kita.

-------------------Almunia---------------
Sagna--------Gallas----Mael-------Clichy
-------------------Denilson---------------
-----------Fabregas--------Diaby---------
-----Rosicky--------Dudu----Arshavin----

3.45 pagi.Bagi sesiapa yang dah plan nak MC esok bolehlah bersengkang mata sementara menanti, bagi yang MC dah abis ataupun yang memang jiwa kental, tido laa dulu.Tapi Apabila anda bangun pastikan streaming berada pada kelajuan memuaskan jika tidak pastinya akan mengecewakan dan menganggu waktu tidur anda.
Arsenal 3 Bolton 0.Jom kongsi link streaming bersama2.





Bagaimana bola sepak boleh membantu Haiti

Pandangan Le Prof tentang bantuan humanisasi melalui bola sepak..


Isnin, 18 Januari 2010

Barisan tengah berganti2.



Episod pertama berakhir dengan seperti yang dijangka, kemenangan buat Arsenal tapi agak cuak apabila kita hanya mendahului sebijik gol.Dengan Traore yang bagai tak sedar2 dari mimpi ngeri bila masa saja mampu collapse, Wenger tak tunggu lama memasukkan Clichy sebagai mentor bagi menenangkan budak yang tak tahan dek tekanan itu.Eastmond nampak lebih yakin dari dia.Tapi seperti Wenger cakap,sekelumit aksi menarik, Eastmond ni perlu banyak belajar lagi kerana 2nd half nampak letih dan banyak buang bola.Clichy jugak perlukan banyak game lagi untuk kembali ke form yang ditinggalkan.Menariknya game kali ini menyaksikan 2 Spaniard protege dan mentor masing2 menjaringkan gol.Lihat betapa pentingnya Fabregas kepada Arsenal.Eduardo jugak pada aku mendapat game yang boleh dibanggakan semalam walaupun tidak menemui sentuhan jaringan.Aku yakin Rabu ini dia sekurang2nya akan bubuh gol di Emirates.Ketika spekulasi hangat mengatakan dia akan pulang ke Spain, dengan profesional  Merida menjaringkan gol penting yang melegakan. Oh ya jangan lupa pulak pemain 'terbaik' perlawanan semalam pastinya Mat Taylor terima kasihlah kerana mempersia2kan peluang2 wajib gol yang terhadiahkan oleh Arsenal.

Cuma yang membengkekkan Wenger dan juga kita peminat Arsenal adalah masalah sumpahan kecederaan.Ketika Fabregas kembali, 2 pemain yang menggalas cabaran ketika ketiadaannya Nasri dan Ramsey pulak injured sampai dekat 3 minggu.Apa cerita ni Colin Lewin dan Tony Colbert? Cuba2 laa check balik method apa yang diguna pakai sampai pemain kita jadi seumpama gelas.Nasib baik ada pengalaman Rosicky dan fizikal Diaby.Untuk bergantung pada Eastmond bagi 5 match penting selepas ni aku rasa satu perjudian yang besar. Walcott dan Denilson diberi harapan untuk pulang Rabu nanti tapi aku nasihatkan agar jangan harap la.Sejarah kedua2 player ni musim ni pun boleh tahan biskutnya.Dalam pada itu Wenger melaporkan jadual kelas pemulihan RVP berjalan lancar.RVP percaya dia boleh bermain balik bulan April.

Lagi 2 minggu ni.Transfer window.Campbell dan Galindo dah masuk, tapi tak pulak siapa keluar.Jangkaan ramai pastinya Sanderos dan Kapten Jack.Dengar cerita Sanderos bakal dipinjamkan ke Celtic manakala Wilshere menarik perhatian FC Twente tapi Wenger lebih rela pemain harapan England ini beraksi dalam BPL senang, dekat sikit dia nak usha.Haha..Campbel dah dapat jersi bernombor 31.Lihat qst team di laman web rasmi Arsenal.Takkan laa dia nak paw balik no asalnya, mengamuk laa Arshavin jadi dalam kes ini, kaum tua terpaksa respek kaum muda.Muda tak muda sangatla , kaum pertengahan.


Sejenguk di Afrika. Ada peminat2 Arsenal yang bersungguh2 sokong Zambia semalam semata2 nak suruh Song pulang awal tapi sayangnya keeper Zambia boleh buat lawak antarabangsa pulak..last2 Cameroon menang 3-2. haha..macam2.



P/S: Tengok keeper dalam klip ni, terasa macam Almunia hebat pulak. keh keh..


KEpuasAN: 2-0

Walaupun keseluruhannya tidak brapa nak agresif, tp performance arsenal malam ni agak OK compare dgn match sebelum ini.Merida harus diberi markah merit kerana berjaya membuktikan yg dia boleh melakukan sesuatu ketelanjuran dengan menyekor 1 goal skali lg di ASSIST oleh eduardo..ini sekaligus membuktikan kelibat eduardo di hadapan bukanlah sekadar untuk sekor, tp untuk membantu penyekoran rakan2nya..Syabas di situ..

Namun, skali lg yg menjadi kayu ukur prestasi arsenal ialah kelibat giant player di bahagian atas dan tengah yg sememangnya x brapa nak konsisten walaupun kadang2 kala set piece berjalan lancar..mungkin wenger maseh menunggu kelibat bendtner untuk menggunakan semula formasi 4-4-2..ataupun mungkin suka kepada corak aksi kekatikkan ini..ntah la..

Match malam ini jugak menyaksikan clichy beraksi semula sebagai winger..ternyata beliau perlukan banyak lg perlawanan untuk kembali cargas ke prestasi asalnya..dengan vela yg prestasi naik turun naik turun nike menurun, squad atasan arsenal maseh tumpul..

Okay, apa2pun..tahniah kerna arsenal semakin mendekatkan jurang dengan pendahulu liga dan diharap tiada lg ketidakkonsistenan berlaku seperti tawun2 lapas..wokeh,challow bete..zZZZzzz


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


BOLDTOn main tinggi

Seperti dijangka, awalan separuh masa kedua jelas dan nyata bolton cuba bermain bola tinggi dengan hantaran2 yang panjng dan tinggi..the gungun harus barjaga2 seperti mana aku berjaga malam utk usyar match ni..huhu..COME ON! Lg 2 jibik...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


ANALISIS 1st Half: 1-0

1st nampaknya agak seimbang dengan beberapa insiden pergaduhan kecil. Eastmond x kurang hebatnya tp sukar mendapat kepercayaan rakan2 yang lain membuatkan beliau x byk dpt bola..mungkin rakan yang lain x brapa yakin lagi dengan dia..

Sekali lg kita dpt lihat kelibat almunia yg ntah hram jadh ape dok diam je..x reti nak bersuara mmenyebabkan gallas agak x puas hati..namun di sebalik keharamannya itu, ada la gak 2-3 kali dia safed.

Tiba2 usyar fabregas jatuh, aku dah cuak..ingat mamat bermuka sylar ni injured balik tp ternyata beliau berjaya acting sedikit..

Apa2pun, tiba2 roskikiut kena kad kuning..x paham reff tiba2 emosi cam mana tah..haha..tp overall, saiz n ketinggian budak2 bolton mmg gile beso..besar punye..namun maybe player2 arsenal pun besar punyer tp terselindung n org x nampak..har3x..apa aku merapu ni..

Last, masa rehat maybe wenger akan bg sdikit sebanyak tips skor A pada anak buahnya untuk membuahkan lebih hasil..aku teringin nak tgk vermaelen bermain selaku defensive mid dan bawah, gallas dan cambell bergandingan..konpom kepoweran..haha..okeh,prediction scd half, lg 2 bijik kot...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


TU Dia GOAL

Hoho..sentuhan emas fabregas dengan bantuan eduardo membuahkan hasil..pembetulan, bukan eastwood, tp eastmond..
1-0..not a bad start..GO GO GUN GUn


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


BOLDton

Yo, 1st half dah start..gumbira dpt melihat fabregas beraksi..tp eastwood? Ok ke? Almunia?maseh bergaya haram jadah...kot celah mana nak goal neh..clichy maybe..hehe..layanz..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Ahad, 17 Januari 2010

Pre Match : Tonton Bolton Epsisod 1

Usain Bolton. Terkenal sebagai boogey team bagi Arsenal terutama zaman Big Sam dulu.Boleh jadi lagi? Tak mustahil, Owen Coyle, manager baru, pernah curik satu mata bersama Burnley baru2 ini, dan jugak menewaskan kita dalam Carling cup tahun lepas.Dan biasanya manager baru ni lain macam sikit ong dia. Tapi kalau bercerita tentang sejarah di reebok stadium ni, aku tak dapat lupakan musim 07/08 , Arsenal ketinggalan 0-2 degan 10 orang sebelum bangkit dengan William Gallas, RVP dan gol minit2 terakhir Fabregas ataupun own goal.Memang magic malam tu.Dan mungkin magic miracle seperti itulah yang dipinta Arshavin oleh rakan2nya.Ada banyak persepsi yang dikeluarkan selepas kenyataan Arshavin.Ada yang mengolahnya dalam bentuk negatif dan jugak ada yang ambil positif. Tapi pokok utama yang hendak dikenkan oleh Arshavin adlah mengenai masalah kecederaan di Arsenal yang tak pernah reda.Bukanlah dia nak men-downkan rakan2 sepertimana yang dilaporkan beberapa akhbar tabloid.

Masalah kecederaan memang tak boleh dielakkan tapi pemain2 yang diberi tanggungjawab menggalas cabaran mengisi kekosongan perlulah alert dan sharp.Sol Campbell sharp, itulah kata2 Wenger sebab itu dia membeli kembali pemain itu buat kali ke dua.Nak tengok sharp ke tak sharp mungkin bukan malam ni, kerana Campbell adalah back up kepada Gallas dan Mael, sehinggalah salah seorang dari mereka jugak injured(mintak jauh) barulah khidmat Sol akan diguna pakai.FA Cup bertemu Stoke nanti boleh menjadi venue pertama.

Denilson yang jatuh bagai ditembak sniper jugak masih di bilik sakit.Turut diketepikan Aaron Ramsey masalah otot.Sanderos masalah otak..nahhh..gurau jek. Berita paling best untuk pertemuan ini ialah kembalinya talisman Cesc Fabregas.dan juga bek kiri Clichy yang disahkan Wenger akan mengikuti rombongan cik kiah ke Reebok Stadium, minima dia duduk di bangku simpanan kata Wenger.Maksima dia overlapping solo sebelum crossinngnya menemui jaring gol.-bukan side netting.

Yang memeningkan adalah siapa yang nak menngisi jawatan kosng DM.DenilSong takde. Jadi pilihan yang ada adalah antara Nasri Fabregas dan Diaby.Diaby lebih offensive dan kurang disiplin untuk menggalas cabaran ini kerana DM perlukan positioning yang mantap duduk di depan back 4, membaca gerakan lawan dan mematikannya dan jugak sebagai link antara defend dan midfield.Fabregas, kita tahu dia mampu dengan semakin lama dia bermain semakin mendapat abiliti satu persatu, macam main game jugak la.Tapi Fabregas seperti Diaby sangat penting dalam attacking kita, penjaring terbanyak Arsenal ketika ini dan bila ketiadaanny Arsenal nampak struggle dan mati akal.Nasri, pernah dieksperimentasikan tapi body strength yang kurang menjadikannya agak terbatas, tapi gaya lagak samseng budak nakal jalanan Marseillenya boleh tahan jugak.Wenger mungkin memilih Diaby.

-------------Almunia--------------
Sagna------Gallas--Mael----Traore
--------------Diaby--------------
--------Fabregas---Nasri---------
--ROsicky-----Eduardo----Arshavin

Bolton antara penghuni carta 3 tercorot.Jadi jangan anggap mudah lagi2 kita akan bertemu back to back dengan mereka.Rabu nanti mereka disambut di Emirates dengan harapan ketika itu mereka ingin membalas dendam akibat tewas malam ini. 3 point sangat penting bagi kedua2 pasukan, takde dah team2 yang main sambil lewa sekarang ni kerana survival dalam BPL sangat memerlukan usaha keras yang konsisten.

Astro ESPN 812 11.55.Bolton 1 Arsenal 2.


Sabtu, 16 Januari 2010

Sejarah Tercipta.The Soul Of Arsenal..



"NEVER SAY NEVER"

Arsene Wenger mencipta sejarah di Arsenal dengan memecahkan polisinya, melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan selama 13 tahun dia di Arsenal- rujuk semula dengan bekas pemain.Dan pilihannya pasti suatu yang lebih ironic, pemain yang telah berusia 35 tahun Sol Campbell, askar Wenger dari rejim 2001-2006,pernah memenangi 5 gelaran utama, tunjang skuad invincible , dan penjaring gol tunggal final UCL tunggal Arsenal 2006.Gol terakhirnya sebelum meninggalkan Arsenal, kini bukan lagi terakhir mungkin.

Cuma belum ada sesi bergambar memegang jersi.Adakah menunggu nombor 6 ??

Nampaknya pintu keluar untuk Sanderos semakin terbuka luas dengan Wenger sendiri mengakui dia mungkin terpaksa melepaskan badut sarkas itu.Dia juga berkata tak rugi apa2 kerana Wenger hanya menyimpan pemain2 yang betul2 gembira dan ingin beraksi di kelab ini, tapi sayangnya Sanderos meletakkan kepentingan peribadi untuk bermain di Piala Dunia jadi selamat tinggal.

Selain Sol Campbell,Arsenal meneruskan polisinya dengan pencarian bakat, kali ini dari kapten Belia Bolivia, Samuel Galindo,17.Pemain tengah ini asalnya trial dengan Everton tapi ditawarkan jugak untuk menunjuk bakat depan Wenger.Dengan slumber Wenger cakap dia suka lalu dia angkat saja.Tapi Galindo mungkin terpaksa mngembangkan bakat di negara orang sama sepertimana langkah dilalui Vela dan Pedro Botelho.Spain adalah destinasi bagi memudahkan work permit.Selamat datang ke Arsenal.Tinggi budaknya ,6 kaki 2 inc.Aset penting ni.



Pemain 'senior' dalam skuad reserve Mark Randall kini terpaksa dipinjamkan bagi mencarik pengalaman sambil peluang beraksi.Kelabnya bawah bimbingan Paul Ince ,Milton Keynes Dons Football Club pinjam sampai tamat musim.AKu rasa nak pinjam terus pun takpe kut sebab aku tak nampak pemain seperti Randall boleh break masuk 1st team dengan bakat2 lain penuh beratur menunggu peluang.Seorang lagi pemain yang mengalami nasib sama adalah Gilbert.'Kerry' Gilbert ni dulu awal2 kemunculan musim 05/06 disebut2 bakal menyerlah tapi 4 tahun berlalu namanya masih tersekat takat tu saja.Aku masih ingat ada satu match , dia crossing baik punya Henry layan tanduk masuk,lepastu lagenda Arsenal tu memiloih untuk mnyambut gol tersebut dengan memberi pujian kepada pemain muda ini.Dah 'setua' Fabregas dah pun , kini Gilbert akan dipinjamkan ke Peterborough dalam Championship sehingga tamat musim.

Esok ni Double Bolton.Mari remukkan semangat Owen Coyle!


Jumaat, 15 Januari 2010

Kemaskini kecederaan



Gosip:
Tiada Lucina Traore mahupun Si Camak sehinggalah summer nanti.Walaupun belum sign, tapi aku rasa Campbell tak perlu tunggu lebih masa kerana Everton dah pun menjual Lucas Neil ke Galatasary membuka spekulasi Moyes berhajat mendapatkan Sanderos dan akhirnya Arsenal dan Campbell rujuk kembali.Wilshere perlu menunggu hingga ke minit2 terakhir perpindahan jika berhasrat untuk dipinjamkan kerana Wenger perlu mentela'ah taktik dan pelannya yang mungkin terganggu akibat kecederaaan di Arsenal.


Khamis, 14 Januari 2010

Kelab kaya, miskin baju...

Bagi sesiapa yang belum tengok lagi... Tapi awas, visual di bawah ini mungkin memualkan bagi sesetengah pihak.Bagi yang ada sindrom mudah maki hamun, anda dinasihatkan untuk tidak menontonnya atau dapatkan nasihat dulu.



Apa kes? Takkan baru tengok Sol Campbell pulang ke gagang dia pun ada hati jugak nak kembali. Meroyan? Atau adakah ini satu pembersihan jiwa baginya untuk meminta maaf dan bertaubat menyesal atas segala perlakuannya setelah mengharungi saat2 genting hidup mati dalam bas di Angola.Nak kata Man City tak de duit nak bagi kit, katanya kelab terkaya dunia.Huhu.. jadi apa kata anda? Tapi apa pula agaknya kata2 penyokong Money City.Lepas ni apa pulak, Lescott dilihat memakai costum star trek?

Fabregas boleh beraksi bertemu Bolton Ahad ini.Itu lesen dari Wenger.Clichy jugak mungkin boleh disenaraikan tapi perlahan2 diturunkan kerana telah lama tak beraksi.Bendi dalam 2 minggu lagi.Cuma Denilson jek out. Campbell masih menuggu tawaran rasmi tapi memang kelihatan seperti dia  bakal menjadi signing pertama Januari ini dan sejarah tercipta apabila Wenger buat pertama kalinya menerima kembali bekas anak murid.Lepas ni harap2 Henry pulak berkata " Hopefully,  I can do a 'Campbell'..err  I mean gamble" .

Adakah anda rasa ini satu perjudian dari Wenger membawa masuk player setua Campbell.Aku rasa tak, aku rasa ini satu pilihan yang bijak dan aku percaya dengan Wenger untuk yang ini.Wenger takkan senang2 sign player dan  macam Campbell cakap, Le Prof tak bodoh dalam menilai kemampuan pemain yang dilihatnya.Lagipun ia hanyalah 6 bulan.Mungkin ia boleh menjadi suatu 'Larson' bagi kita.Secara jujur aku lebih lega melihat nama Campbell sebagai back up daripada Sanderos mahupun Silvestre.CB memang posisi yang memerlukan pengalaman dan tolak dulu Mael- Gallas, Campbell dan Silvestre - masing2 tu cuba kira berapa kejuaraan liga anatara mereka bertiga! Kita yang bising2 nakkan player berpengalaman jadi ini mungkin pilihan terbaik dan win win situation,malah lebih membuatkan Wenger seronok ialah poketnya tak terusik pun, Free!!

Bukannya senang nak cari player bulan Januari, yang penting summer nanti kita memang ketahui Wenger pastinya akan sign seorang lagi CB sebagai backup dengan permergian Sandy Badut (bajet Sanjay Dutt) sebagai pelapis Galla sdan membentuk pairing bersama Mael.Jangan lupa kita ada Jozan , boleh dikira backup yang baik.


Rabu, 13 Januari 2010

Sup Campbell sodap?



Sup Campbell.Perisanya segagah ayam jantan atau layu cendawan?Itu Arsene yang tahu.Tapi setelah training dengan Arsenal berbulan2 sebaik sahaja 'lar'i dari Nots Country dia masih belum dilamar mana2 kelab, Sol Trafford?? meh..


Dan akhirnya malam tadi kemunculannya dalam Arsenal reserves 1st half yg mmbenam west ham reserves 4-2 di Upton Park menguatkan lagi berita kepulangan pemain England tersebut ke kelab yang memberinya penuh warna warni dalam bola sepak.Clean sheet ketika dia di atas padang dan selepas itu Cmpbell sendiri membuat pengakuan terbuka untuk 'rujuk' kembali dengan kelab yang sangat2 dikagumi dan disayanginya ,Arsenal. Komen Campbell.

Jadi kehadiran Campbell dalam beberapa hari lagi yang nampak pasti, seakan2 lambaian selamat tinggal kepada Sanderos yang mencari peluang untuk beraksi dalam 1st eleven demi kerana world cup.Itulah yang terjadi setiap kali musim kejohanan besar.Everton dengar cerita berminat mendapatkan khidmat mat Swiss ini.Adakah Wenger akan menggunakan kesempatan ini untuk ura2 memancing Everton, Sanderos swap dengan Saha + duit.kita tunggu langkah  old skool Wenger seterusnya.

Dengan Gallas dikatakan nak ditawar offer special pengecualian, kedudukan Silvestre nak dibincangkan lagi bulan 3, kemasukan semula Campbell dan kini pemain seperti Saha, adakah Arsene Wenger kini telah terbukak hati membuka skim pencen di Arsenal.Selapas ini, Welcome Thierry Henry!


Siapa lagi nak tandatangan?


 Masih menunggu signing baru, Arsenal dah pun sign seorang lagi striker. Watak penting dalam team double U18 yang kini dipinjamkan ke Brentford , Rhys Murphy telah pun signed lanjutan kontrak untuk membina kerjaya di Arsenal.Satu lagi pelan jangka masa panjang Wenger dan positifnya seorang lagi player England.Apa tunggu lagi Merida?? Takkan nak tengok saja teman2 julang piala diorang nanti, takut kempunan pulak.

Dan ya, jadual semakin sukar bagi Arsenal.Kita akan bertemu Bolton 2 kali dalam tempoh 3 hari.29 Januari, itulah tarikh baru perlawanan yang ditunda minggu lepas.Oleh itu sepanjang bulan Januari kita akan diketemukan dengan Bolton, Bolton Stoke, Aston Villa, dan ManU.Yang pastinya pemain2 Afrika takkan pulang seawal minggu pertama Februari, nak2 Sagna berharap agar Eboue akan jumpa Song di final nanti.Bagaimana Arsenal hendak menghadapinya, jawab Arshavin "kejaiban".Keajaiban yang dimaksudkan ialah konsistensi dan line up terbaik.Arshavin sendiri mengaku sepanjang musim ini Arsenal masih belum mampu turun dengan barisan terbaik kerana sering sahaja dilanda masalah kecederaan.Aku suka Arshavin dengan kejujurannya, ikhlas mengeluarkan pendapat yang lebih kurang sama macam kita2 penyokong ni tanpa perlu terlalu sangat menjaga hati sesetengah pihak(rakan sepasukan).Dan memang entah bila Arsenal boleh turunkan barisan terbaik.Signing? Arshavin pun dok gelak sahaja kita bermimpi2 pemain itu dan ini kerana realitinya kita memang diakui nampak tak akan membeli sesiapa.Tapi..ada tapi, sekadar harapan, Arshavin berkata, kalau ada pun,mungkin.. pemain (baru) itu akan mengalami nasib yang sama sepertinya musim lepas memperjudikan nasib dan kerjaya last2 minit ketika hari deadline.



Berita baik, Fabregas nampaknya yakin dirinya dapat beraksi menentang Bolton away iaitu Ahad nanti.Hamstring nya pulih.Ini pastinya satu tonik buat Arsenal yang kelihatan leper dan layu semasa bertemu anak buah Moyes.Denilson yang mendapat kelas insentif dari Wenger untuk memegang bola jika rasa2 nak pitam lagi, jugak boleh diturunkan.

P/S: Lepas2 ni ada laa nak kaitkan Wenger yang ajar Henry main bola sepak pakai tangan jugak.Nasib laa hangpa....


Isnin, 11 Januari 2010

Post Match : Sejuk sehingga beku idea!


Tergelincir jua, malah hampir jatuh bagai nagka busuk-Hanya Almunia dan traore yang berlaga di minit2 terakhir jatuh begitu. Namun apa pun amat melegakan kerana kita mampu mendapatkan kembali 1 mata di saat akhir tatkala kekalahan kedua di Emirates bagai menanti.Susah sebenarnya match semalam, melihat kepada line up Everton yang diiperkuat signing baru dan semangat baru setelah dibedil malu di tempat sendiri, apa yang mereka hantar di Emirates malam semalam memang cukup ketat.Malah faktor cuaca jugak tidak banyak mebantu.Dengan salji lebat yang turun, kadangkala kita di kedai mamak jugak terkeliru malah tak nampak mana perginya bola.Ketika match2 lain banyak ditunda namun dengan teknologi hebat di Emirates, Arsenal tetap meneruskan perlawanan tersebut tapi terpaksa bayar denga harga yang agak mahal. Aku tak dapat bayangkan jika kita bertemu Bolton dalam keadaan yang sama tengah mnggu lalu.Pastinya situasi malam tadi menjadi lebih sukar silap2 ade yang boleh demam seminggu. Tapi pemain2 Everton yang slumber memakai short sleeve menunjukkan bara mereka lebih menyala untuk mendapatkan sesuatu dalam perlawanan yang boleh pergi ke mana2 belah pihak saja. Walaupun ia kelihatan seperti drop 2 mata, tapi seri adalah satu result yang adil pada aku. Dari match semalam :

1. Ape kejadah kapten kita adalah dari kalangan pemain paling average sekali.

2.Sekali lagi defending set piece kita hancur.Selain marking,dah berkali2 tukar pairing, adakah tiadanya commanding goalkeeper merupakan salah satu punca?Distributionnya banyak menggelabahkan rakan sepasukan pulak tu.Wenger cepat celik mata!


3.Kita kantoi dengan counter attack.positioning fullback dan midfield yang banyak miss passed  bola dalam situasi genting.

4.Diaby bermain agak baik walaupun  di tengah2 perlawanan kadangkala hampir kembali ke perangai asalnya.

5.Arshavin sangat diam dalam game semalam.Biasanya dia memang jenis player yang biarpun pada harinya  tak menyerlah tapi boleh buat magik.Tapi semalam semuanya bagai tak kena.

6.Traore tidak dapat menahan tekanan hampir menangis dan tertekan 'diusik' rakan sepasukan, Gallas mungkin.

7.Mungkin ketika ketiadaan Fabregas dan terutamanya Song, formasi 4-4-2 seperti musim2 lepas lebih sesuai kerana dengan 3 orang midfield watak anchor man sangat penting.

8.Denilson cuba bersungguh2 untuk menutup ruang dan break oposition play tapi fizikalnya banyak membantutkan usahanya.Lebih teruk lagi, ketika hampir menghadiahkan gol ketiga Everton kecederaanya mungkin patah rusuk atau masalah paru2 kata Wenger semalam.Wenger harus berpikir jangka masa panjang, kini bukan 1 tapi 2 signing sekurang2nya perlu digamble untuk memastikan Arsenal terus bersaing musim ini.Bertindaklah selagi berpeluang.

9.Pembiasan adalah kawan baik Arsenal semalam.

10.Tetap rugi 2 mata sebenarnya.Arghhhhhhhhhhhhhhhh~


Sabtu, 9 Januari 2010

Pre Match : Jangan tergelincir mata biarpun salji licin


Terlebih dahulu Arsenalaysia mengutuk keras dan mengecam serangan dari pihak yang tak bertanggungjawab ke atas bas yang membawa pemain2 Togo bagi menghadapi kejohanan Afrika di Angola. yang mengakibatkan seorang pemandu Angola terbunuh beberapa pemain dan staff cedera,Ape pun ketidak puashatian atau rebel yang berlaku, ia sepatutnya tiada kaitan dengan bola sepak.Jika tindakan keselamtan tak diambil tak mustahil selepas ini mana2 negara akan menjadi sasaran dan bagaimana pula jika Ivory Coast dan Cameroon yang mempunyai player Arsenal seperi Eboue dan Song yang menjadi mangsa?Pendek kata, dunia sudah semakin tak selamat dan cukuplah dengan keganasan bawah sedar yang dilakukan di belakang tabir dan kekajaman2 yang visual ini hanya meguatkan lagi api kebencian dan persengketaan.Ia berlaku di seluruh dunia dan apabila bercakap tentang dunia, Malaysia tidak terkecuali dan beberapa insiden kebelakangan ini menampakkan taraf hidup kita yang begitu rendah sebagai makhluk penumpang di bumi ini.Jadi samalah kita membuka minda dan hati dan kembali kepada kebenaran setiap kali kita rasa tersesat jalan.




 Berbalik kepada perlawanan malam ini.Berikutan salji tebal yang melanda 5 perlawanan telah pun ditunda bagaimanapun perlawanan melibatkan Arsenal-Everton dan Manu-Brummie masih lagi dalam perancangan untuk diteruskan.Seperti kata Wenger, harap tiada lagi penangguhan kerana ia pastinya akan menggangggu momentum skuad Arsenal yang tengh top sekarang ni.Biarpun padang yang dijangka licin tapi harap Arsenal tidak lagi terlgelincir mata.Inilah peluang terbaik di halaman sendiri. Jangan ada pulak pemain2 yang menganggap perlawanan malam ini kacang umpama membuat orang salji atau ABC.

Dalam 13 perlawanan liga di tempat sendiri Arsenal telah menang 12 dan seri sekali.Ditambah pula kemenangan away bergaya  6-1 di pembuka tirai kempen musim ini, ia pastinya memberi kepercayaan kepada para pemain untuk mengulanginya.Tapi bagi Arsene Wenger, dia tak percaya yang Eeverton adalah calon relegation cuma meletkkan masalah yang mereka hadapi sekarang ini lebih kepada ketiadaan pemain2 utama akibat kecederaan-suatu yang tidak ada bezanya dengan Arsenal.Malam ni Arsenal akan turun buat kali pertama dalam liga  tanpa Alex Song dan Cesc Fabregas.Tapi berita melegakan adalah kepulangan Rosicky chipsmore yang kejap ade kejap takde.Denilson juga dijangka boleh kembali. Yang lain2 semakin hampir. Berita yang ditunggu2 adalah tentang Bendi yang menjadi kuci kepada tindakan lanjut Wenger sama ada untuk sign player baru atau tidak.Nampaknya harapan penyokong untuk melihat muka baru tipis dengan Bendi dijangka kembali dalam masa 2 minggu.Harap dia boleh kembali on form secepat mugin kerana bermula 2 minggu lagi adalah tempoh yang sangat mencabar dalam musim ini dengan jadual2 berat yang menanti.Apapun malam nanti, barisannya adalah

-----------------Almunia-------------------
Sagna------Gallas-----Mael-------Traore
----------------Denilson------------------
------Rosicky/Ramsey---Diaby-----------
---Nasri---------Eduardo----Arshavin----

Apapun jika perlawanan diteruskan tanpa sebarang pengnguman penangguhan, anda boleh menyaksikan secara live di Astro ESPN 812 jam 10:55pm.Arsenal 3 Everton 1.

Transfer..

Patrick Vieira telah sah menyertai Money City .Aku tidak berhajat untuk komen lanjut mengenai ini dengan perasaan dan emosi aku bercampur baur dan lagipun aku telah menyatakan pendapat aku tentangnya dalam posting2 sebelum ini. Wenger sendiri pun berkata peremuan Mancit dan Vieira dilihat sebagai satu perkahwinan, nak cakap apa lagi.



Penafian yang kita tunggu akhirnya tiba.Setelah berita mengenai Bendi yang akan kembali dalam masa 2 minggu, barulah Wenger membuka mulut untuk menamatkan sebarang spekulasi.Dia menidakkan peluang Arsenal untuk mendapatkan pemain France yang tulus mulus, Gignac dengan alasan yang sangat mahal.Apabila ditanya tentang Si Camak,Wenger memberitahu Si Camak adalah asalnya long plan dan dia kalau boleh nak sign sejak summer dulu lagi, tapi memberi hint yang Si Camak akan boleh didapatkan secara percuma hujung musim ini.Jadi tambahnya lagi, Si Camak bukanlah kes sekarang ini kerana dia lebih tumpukan pada short-term.Carlton Cole dari West Ham dan Victor Moses dari Crystal Palace?? Bagi Wenger hanya fantasi kepada media2 yang terlalu kreatif berimiginasi.Jadi untuk bahagian seranang,siapa lagi? semuanya telah dinafikan.Maka dengan itu sudah cukup untuk menyatakan prinsipnya yang kini percaya dengan skuad yang sedia ada.Nasihat aku, pasrahlah dengan yakin..



Wenger jugak menceritakan bagaimana dia menulis surat layang atau lebih kepada surat layang tangan yakni amaran. Surat ini telah pun ditulis kepada kedua2 kelab Spanyol Barca dan Real Madrid bahawa dia tak ade hajat nak jual siapa2 pun buat masa ini jadi lupakanlah segala hajat. Baginya gosip Fabregas ke Real mahupun Barca adalah  lawak tahun baru tahap guling yang tidak dapat dielakkan.Siapa dapat menutup mulut orang, dan memang takkan berakhir pun.Selagi Fabregas adalah pemain terbaik di posisinya selagi itulah cerita2 macam ni takkan mati.Arsenal pastinya berbangga kerana masih memegang seorang lagi world class star dalam BPL dari terlepas ke La Liga.Dan Barca dan Real Madrid pastinya runsing garu2 kepala bagaimana hendak memancing bintang muda itu balik ke negara asal.Atau, sebenarnya calon2 presiden mereka yang runsing kerana perlu meikirkan kempen apa yang harus dibuat lagi untuk memenangi pilihanraya kelab. Di sini aku ada satu cadangan, apa kata di belah Barcelona kempen untuk memancing Kaka dan Diarra, manakal di belah Real, boleh kempen untuk membawa masuk Messi dan Henry atau Ibra. Tengok, kalau mereka yang keluarkan usul tu boleh menang jugak maknanya rendahlah pemikiran sesiapa yang menyokong kerana itulah sifat mereka, sentiasa percaya tanpa usul periksa.

Akhir sekali Sol Campbell ke Arsenal? Wenger masih tidak menafikan dan berdiam diri.Memuji2 attitude dan semangat Campbell , mungkin ada sesuatu di situ dengan permergian Sanderos(jika).


Jumaat, 8 Januari 2010

Gazidis : Biar jimat asal selamat..




Bukan sahaja Arsenal dan semua pemainnya diasuh sejak kecik untuk mempraktikkan 'Wengerball' malah kini Chief Executive Arsenal sendiri Ivan Gaizidis yang diharapkan mampu mencilok satu dua deal hebat kini termakan atau terpukau dengan polisi 'Wengerbuy' .Setelah 2 signing yang hebat darinya Arsavin dan Mael, Gazidis kini loyal dan mengikut segala tunjuk arah pengurus otai dan pemahaman Wenger berjaya diresapi ke dalam otak kepala botaknya.Kini tiada beza antara kedua2nya apabila masing2 bersetuju, untuk tidak menawarkan duit2 gila kepada bakat biasa mahupun luar biasa kerana bayaran yang hanya akan dibuat mestilah berbaloi2.Jadi selagi Arsenal di bawah rejim mereka, jangan harapkan nama2 superstar yang dah sedia ada tapi anda boleh mengharapkan star in the making atau bakat luar biasa dari hasil pencarian mereka. Tapi tak semuanya berjaya, ambil contoh Bischof.

"We won't be making moves to respond to short-term pressure and we won't spend irrational amounts of money.But if we can find the right player that can add real quality to the squad, of course we'll make the right move.We're in a good position, but the thing to always bear in mind is spending money by giving it to other clubs for the talent they have, is not necessarily the answer to all issues."

Dalam masa yang sama Gazidis pantas menyanggah apa2 spekulasi yang mengaitkan Fabregas dengan kampung halamannya di Spanyol sempena pesta pemilihan presiden kelab2 di sana.Lebih bagus lagi, dia mengiyakan berita bahawa rundingan kontrak lanjutan untuk Wenger yang asalnya tamat 2011 kini berjalan lancar.


Lagi temuramah Gazidis bersama BBC .Baca Lanjut..



Update bertemu Everton : Rosicky kembali. Fabregas dan Clichy semakin hampir, Bendi akan jalani scan kejap lagi.


Khamis, 7 Januari 2010

Gosip : Traore senyap2 ada adik angkat

Macam2.. datang jek musim perpindahan, nama2 pelik akan muncul dan bintang2 dari FM akan dilobi.Terbaru seorang lagi pemain muda dari Ivory Coast , Lacina Traore dikaitkan dengan Arsenal.Pemain tinggi lampai 6 kaki 8 inc ni dicanang2 oleh rakan serantau sebagai the next Drogba.Tak kesahlah tapi aku taknak dia jadi the next Drogba atau The Next Adebayor dari segi perangai. Yang penting dia bukanlah sepupu sepaapt kepada Armand Traore biarpun mempunyai nama keluarga yang serupa.

Presiden kelabnya CRF Cluj, Mr Muresan pun tiba2 mengakui Arsenal dah ada contact tapi tiada tawaran dibuat. Aii.. macam saja nak ambil untung jek ni, biar betul. Selalu dah kes macam gini berlaku, kalau tak agent, orang2 berkepentingan dalam kewangan kelab biasa dah buat taktik ni untuk tarik  bidding war. Ape pun harga yang diletakkan adalah 4M euro.

Tapi nak ke Wenger? Inikah yang Arsenal perlukan sekarang ini ketika kita memanggil nama2 mereka yang lebih berpengalaman dan tempoh umur yang matang.Zezinho,  Wellington Silva jadi siapa lagi lepas ni? Arsenal pernah menolak desas desus Balloteli yang jugak seangkatan dengan Traore ni. Cuma Traore ni tak de pulak cerita2 yang menunjukkan dia ni bakal bawak masalah.


“It would be like a dream to play in a team like Arsenal, but I do not want to think about that because there is nothing concrete yet and I do not want to raise my hopes too much”


Lacina Traore

Born: August 20, 1990 (age 19) in Abidjan (Cote d'Ivoire)
Height: 6'8"
Position: Striker but can play as a midfielder
League Clubs
2007-08: Stade d'Abidjan - 10 games, 4 goals
2008-10: CFR Cluj - 18 games, 5 goals 




  

Paddy Vieira akan kembali ke Emirates!!!..sebagai lawan.. bakal melalui ujian kesihatan di Money City dan jika segalanya berjalan lancar akan menyertai rakan lamanya Toure.Alasannya desperate nak bermain World Cup tapi dengan De Jong, Barry, Ireland,Kompany adakah ini pilihan destinasi yang bijak?Aku lebih suka idea untuk dia kembali ke Perancis sebab dulu Lyon pernah berhajat membawa pulang Vieira dan Pires tapi cerita ni senyap saja dimamah usia.Apapun semoga berjaya Vieira, berjaya ke world cup je la, di Emirates nanti kami menghormati anda tapi sebaik wisel penamat anda akan berjalan tunduk sepertimana di Highbury bersama Juve dulu.


Rabu, 6 Januari 2010

Arsenal vs Bolton : Perlawanan DITANGGUHKAN



Akibat salji yang menebal di Emirates dan serangan orang2 salji sebesar Big Sam, perlawanan Arsenal vs Bolton telah ditunda ke satu tarikh baru yang akan dimaklumkan. Dengan ini, harapnya ada live dan kita tidak perlu bersengkang mata malam ini.Kepada sesiapa yang sudah amek MC esok hari, sila tunda MC anda ke hari berikutnya.heheh...


Pre Match : Dah la takde manager, takde live pulak tu

1 game dalam tangan tapi tak bererti satu kemenangan dalam tangan, juga tak salah untuk kita konfiden bahawa 3 mata dalam tangan kerana kita berhak berfikiran positif seagai penyokong Arsenal.Jadi awal pagi nanti Arsenal akan memulakan 2nd half musim dengan perlawanan ke 20, kemenangan yang akan meletakkan Arsenal mencucuk rapat pencabar.Tiada live tapi dengan penundaan match manchester derby hanya keajaiban diharapkan agar tiba2 Astro 'tertayang' match Arsenal.

Bertemu Bolton yang masih lagi tanpa manager,masih menunggu Owen Coyle, Arsenal turun tanpa 2 bintang tengah Song dan Fabregas tapi Arshavin dan Denilson dijangka kembali.Rosicky juga boleh memainkan peranan penting tapi kehilangannya tempoh hari bertemu West Ham masih menjadi tanda tanya.Alih2 dia sign kontrak, yang penting itu berita positifnya.Clichy Walcott dan Bendi dijangka bakal pulang, paling awal bertemu Everton Sabtu ini. Jadi malam ni boleh dijangkakan kesebelasan seperti berikut :

--------------Almunia--------------
Sagna---Gallas-----Mael----Traore
--------------Denilson-------------
--------Ramsey-------Diaby-------
------Arshavin---Dudu--Nasri-----

Sub : Rosicky, Walcott, Vela

Macam biasalah sembang transfer rumors. Bendi ade fitness test Jumaat ni, kalau gaga atau kepulangannya ditangguhkanl, Arsene tak keberatan untuk mengorek tabung ayam cuma, buruannya belum dikenalpasti. Wenger jugak melahirkan rasa risau dengan perkembangan situasi Merida.Kita semua tahu Wenger memang taknak terlepas bakat2 besar dalam bola sepak terutama pemain seperti Merida tapi dia jugak tau bahawa dia tak boleh memaksa pemain Sepanyol itu yang hadir seawal usia 16 tahun.Merida nampaknya perlu melompat banyak anak tangga sebelum boleh menembusi pasukan utama Arsenal, di depannya masih ada Ramsey, Diaby, Denilson, Nasri, Rosicky,Song dan Fabregas.Yang dirisaukan adalah sikap tidak sabar seperti Diarra kerana kelak Arsenal yang bakal menyesal terlepas bakat besar sepertinya.Apapun, buatlah pilihan terbaik Merida demi kerjaya.

Gallas?Special case. warga emas lain semua dapat offer setahun, Wenger cakap mungkin bagi defender polisi tu boleh dipertimbangkan dengan 2 tahun mungkin adalah tawaran yang berbaloi.Silvestre? Bulan 3 baru Arsene nak jumpe agent alien itu.Bukan agent MIB Men In Black tu pulak, agent pemain la..

Ok, takde live, siapa yang ade link streming boleh dikongsi bersama sebentar lagi.Cuma aku konfiden Arsenal takde masalah untuk menang malam ni.Arsenal 3 Bolton 0.


Wenger perlu sepantas Walcott

Apapun Wenger telah melakukan January signing yang pertama.Dan pemain tesebut bukan calang2, world class ,berpengalaman,kapten pasukan kebangsaan dan mempunyai buku rekod kesihatan yang agak tebal.Kami mempersembahkan...Thomas Rosicky! Dalam dia bercakap2 perlunya signing baru dan dia memang nak cari tapi tak sanggup bayar lebih, Wenger menunjukkan kepercayaan kepada pemain sedia ada yang dibelinya 4 tahun lalu sebelum world cup.Biarpun 2 musim yang sukar bagi Rosicky, Wenger masih bersabar dan yakin masih ade sumbangan dan pengalaman yang boleh dikongsi begit jugak Rosicky sendiri yang terasa terhutang budi dengan kelab ini. Nasib dan situasai yang hampir sama jugak berlaku pada Eduardo dan kini Wenger melahirkan rasa puas hati dengan perkembangan pemain yang semakin lama semakin kembali ke prestasi asal.Percayalah, jika kedua2nya bebas kecederaan mereka boleh memainkan peranan yang penting dalam separuh masa kedua musim ini.



Pasal transfer pulak seperti biasa Wenger bermain tarik tali.Dia cakap kalau boleh dia nak beli seawal yang mungkin dengan period penting bermula akhir bulan ni menyaksikan Stoke Villa Manu Chelsea Liverpool Porto menunggu.Tapi aslasannya seperti biasa, tak jumpe.Bukan tak jumpe tapi aku perbetulkan maksudnya, tak jumpe yang murah.Murah adalah option utama Wenger.Dalam komennya dia lebih berminat nak bercerita bagaimana pentingnya pergerakan pembelian daripada duit gila mancity atau Chelsea dalam memperngaruhi hala tuju pasaran.Bagi aku, apa kata Wenger usah pedulikan saja depa semua tu dan bergerak pantas tanpa sembang roller coaster pusing sana sini. Vieira nak ke Mancity, ok memang Wenger taknak,at the 1st place lagi dia memang dah set takkan ada peluang bagi sesiapa yang keluar dari pintu Arsenal untuk berpatah balik.-Ini kerana ia akan menghantar mesej yang kurang sihat pada pemain2, 'Anda boleh keluar dari arsenal cuba tempat lain, kalau rasa tak ok boleh datang balik' Kalau dia nak dah lama dah dia pujuk Vieira tu balik dan aku percaya Vieira takkan menolak.




Di sini aku bukan nak mempersoalkan kenapa Wenger tidak membawak peluang Vieira kerana aku seperti Wenger rasa dia bukan apa yang kita betul2 perlukan sekarang ini walaupun aku tak menutup pintu kepulangannya.Tapi apa yang dirisaukan sekarang ini ialah lebih kepada melihat Wenger hanya membisu ketika melihat rival2 terdekat memperkuatkan pasukan dengan signing ala Vieira(ini contoh) dan Wenger masih lambat bertindak.Kamon Wenger, ini lah peluang terbaik, musim paling terbuka, jangan biarkan peluang terlepas begitu sahaja.Tak luak pun duit untuk sorang dua pemain yang boleh bagi impak mental dan fizikal.Arsenal boleh berdiri tanpa signing, tapi dengan signing baru, Arsenal bukan sahaja boleh berdiri, tapi ada pilihan untuk berjalan atau berlari.Dengan Gallas dan Merida yang tampak hanya akan menghormati kontrak sebelum memilih hala tuju masing2, membentuk kestabilan amatlah perlu dan jika bukan untuk musim ini, 6 bulan berikutnya boleh dijadikan persediaan untuk pemain baru memperkemaskan atau menyesuaikan diri bagi musim depan.



Tanpa Song, Diaby dah bercita2 untuk mengambil alih role DM tersebut tapi Wenger sudah memilih protegenye sendiri, Denilson. Sebelum ini lagi Wenger dah melahirkan keyakinan Denilson akan cover tempat Song sepanjang ketiadannya.Sedar tak sedar 150 game EPL dam tangan,satu jumlah yang mantap bagi umur semuda DenilSon.Jangan bimbang kerana ada Song dalam Denilson.Macam orang2 Ganu kabo, Denilsong.Cayalah!

Pre match bakal menyusul...