Jumaat, 30 Ogos 2013

Group maut, Flamini kembali setelah hilang tempat berpaut, kamon Gunners,make us proud


Freemini. Wow banyak yang berlaku dalam seminggu, gua cuba rumuskan satu persatu.Seminggu yang padat dengan aksi tapi 3 kemanangan berturut2 ternyata melegakan dalam transfer yang seakan sunyi namun secara tiba2 ada kejutan kononnya, last2 semua dapat agak, Flamini yang tengah training telah ditawarkan kontrak.Tak perlu roket sains. Pada ketika ini Undian Group stage UCL telahpun diketahui dan Arsenal diletakkan dalam kumpulan maut, finalis musim lalu Dortmund,Higuain's Napoli, serta kampung Flamini Marseille . Dan seperti biasa expectation pundit dan media buat Arsenal memang takde kali ni dengan kebanyakan rata2 mereka mensasarkan tempat ketiga buat Arsenal di belakang Napoli dan Dortmund.Tapi bila mereka pernah bagi harapan pada Arsenal pun? Underdog, tiada masalah.Gua secara peribadi lebih suka dan lebih excited.Sekurang2nya bangun pagi buta takdelah semata2 nak tengok player reserve diturunkan untuk menentang kelab kurang ternama di Eropah.Dan gua yakin , kita sekurang2nya akan mencipta kejutan menyelelinap ke pusingan kedua seperti biasa.



Rewind seminggu, ke Craven Cottage.Dalam suana hujan yang lebat Kita kembali bernafas baru memulakan hidup dalam  persaingan liga dengan kemenangan impressive 3-1.Giroud sebijik dan Podolski 2 bijik. Cazorla memangg superb malam tu.2 assist selain control midifels.Begitu jugak dengan Ramsey yang bossy.Kita nampak settled bila kita dapat goal awal.Gua dah cakap, Podolski ni kalau diberi peluang kaki kiri dia memang cukup berguna. Ketika spekulasi dia bakal dijual seba tak dapat game time di Arsenal, Podolski diberi peluang start dan ternyata tak mengecewakan, Arsenal menafikan sebarang plan untuk mengoffload plaer Jerman ni kerana ia pastinya tindakan yang gila ketika kita kekurangan sumber mendapatkan gol.Sayangnya  defend kita yang diketuai Sagna dan Per bolos jugak gol bodoh.Kali ini menerusi keluarga Bentj ugak.Bent, Benteke semuanya bajet power macam Benten kononnya.Monreal membuat kemunculan sulung musim ini  kembali dari kecederaan cameo sub menggantikan Podolski.Kemenangan ni ternyata melegakan daan mengurangkan seketika tekanan melanda ketika melihat jadual liga.Relief buat semua.


Dan awal pagi Rabu kita melayani kunjungan Fenerbahce bagi mengompomkan kedudukan kita di Eropah. Arsenal tak memandang sebelah mata walaupun menang away selesa. Ternyata Wenger berani  mengambil risiko dengan menurunkan barisan terbaik yang available. Koscielny walaupun fit dari kecederaan mata, hanya beraksi di bahagian simpanan.Monreal dapat 1st start. Rambo menjadi wira dalam game ini apabila meneruskan form terbaiknya sejak akhir musim lepas ,pra musim dan awal liga. Arsenal nampaknya terpaksa membayar harga kelayakan dengan malang menimpa buat Podolski apabila kecederaan hamstring memaksa dia bakal direhatkan 8 hingga 10 minggu, gua bajet 3 bulan sama seeprti Oxlade Chamberlain. Nasib baik ia berlaku ketika pintu perpindahan pemain masih terbuka. Rambo jugak keluar padang meninggalkan Arsenal main 10 orang di baki2 minit terakhir ketika agregat dah pun 5-0. Bukan nakberlagak tapi secara jujur Fenerbahce langsung tak meyukarkan,corak permaiann mereka agak dreadful. Banyak kali gua perhatikan Wilshere menjadi mangsa dengan mereka hanya ingin stop kan cara Arsenal bermain. Ini mungkin sebab meraka pun tak konfiden mereka mampu layak, atau jika menang sekalipun masa depan mereka masih samar.Ini terbukti. Fenerbahce agak malang, sudahlah dibelasah, Mahkamah memutuskan mereka bersalah dan diban 2 tahun dari kejohanan Eropah. Gua tak dapat tangkap di sini , mereka didakwa atas kesalahan match fixing dalam liga turkey tapi hanya digantung untuk kejohanan Eropah, boleh siapa2 yang lebih arif tolong clearkan.Apaapun kita dah layak, dan kita dah ketahui lawan dalam peringkat kumpulan. Masih ada lagi malam2 Eropah yang indah. Bolehlah bapak2 player datang tengok bola lepas ni dan terus kita dikatakan nak beli anak mereka. Kewartawanan terbaik.


Pasti ramai yang mengangkat kening apabila mengetahui Arsenal telah sah mengikat kontrak dengan bekas player Matthiew Flamini aka FlaMoney aka flamster. Banyak betul gelaran kurang enak diberikan terutama setelah cara dia tinggalkan kita secara tiba2 musim 2008 untuk berhijrah ke Milan.Membuat 153 penampilan untuk Arsenal sebelum ini sejak 2004,  Kini kehadirannya selaku satu2nya player dalam skuad yang pernah menang medal bersama Arsenal iaitu FA Cup 2005. Dia datang dari Marseille free, dia blah free2 kemudian bila free dia datang kembali dari Milan.Itulah kronologi Freemini.Perasaan bercampur baur akan signing ini, bukanlah menyimpan dendam, dia dah dapat apa yang dia nak sepanjang meninggalkan Arsenal, piala, dan dia kata kembalinya ke sini adalah untuk menyelesaikan tugasan yang belum selesai. Satu semangat yang bagus, tapi melihat ketika waktu2 hujung sebegini, pastinya ada perasaan sedikit terkilan dengan konon janji2 board dan wenger yang memberi harapan akan signing2 yang lebih umph, bukan lagi free agent.Namun secara logiknya ia adalah satu decent signing.Flamni berada di puncak kerjaya pada umur 29 dengan pengalaman dan pernah berada dalam winning team, harap dia dapat kongsikan bersama rakan2.Dia juga mampu bertindak selaku utility squad player yang boleh dimainkan serata posisi fullback, serata midfield, combative box to box midfielder gua pernah gelarkannya dulu kerana bossy di padang.Itu dulu waktu dia main dengan Hleb serta Fabregas memang nampak macam watak penting,x mengapa  kita lihat penggal keduanya bagaimana, barulah kita boleh komen lebih tapi gua harap dia boleh jadi backup yang baik lagi2 kecederaan Chambo dan Arteta, Diaby yang begitu lama. Selamat pulang kembali Flamini. Wenger cakap gerakan mencari player belum lagi selesai, secara logik dia nampak belum nyanyuk kerana tahu akan skuad ini tak cukup depth kuantiti mahupun kualiti.3 hari2 terakhir.Aku jangkan kita akan betul2 bz waktu last2 minit jangan telekom england buat hal sudah sabotaj telekomunikasi.kah3

Apapun yang paling menjadi tumpuan ketika ini serta boleh membuatkan kita lupa seketika akan kemelut transfer ialah NLD hujung minggu ini. Arsenal akan melayan kunjungan jiran berlagak power macam konon dia dah berstatus elite. Mana taknya shopping raya sakan padahal entah2 hutang.Harap duit jual Bale.Paling busuk perangai bila saja delay Bale punya saga ni supaya team2 lain tak sempat buat transfer nak sambar Real punya player.Pui. Signing atas kertas memang nampak kuat kononnya, tapi atas padang setakat baru menang 2 kali atas ehsan penalti, belum cukup meyakinkan untuk jadi top London Club.Tak payah bermimpi. Kalau tak sedar jugak, Ahad ni kita kejutkan depa. Biarlah tanpa Podolski sekalipun, Sanogo dan Giroud boleh score. Orang yang paling suka dan meletop time NLD semenjak dua menjak kebelakangan ini pastinya Rosicky jadi gua expect dia akan sekali lagi stand up untuk game ahad ini bersama Cazorla mengayamkan spuds. Berita baiknya Rambo dan Wilshere diakui fit dan boleh beraksi. Kita jugak mungkin akan diberi peluang melihat aksi cameo Flamini Return lepas score dah jadi 5-2 macam biasa!

Utara London tetap merah.COYG!!!

Agi idup agi mengGunners!!




Sabtu, 24 Ogos 2013

Tonik Turkey untuk ke London Derby

Kutuk jiran sekejap. Bale harga 99M Euros? Jadah ape. What do you think they're smoking there at Shite Hart Lane?kah kah kah Bagus tu bagus memang tak nafi,bakat ada tapi takdelah sestandard Zidane, Henry ,the 'real' Ronaldo mahupun Messi ketika ini, apa yang pernah dimenangninya  pulak di level teertinggi selain mickey mouse cup.Bola sepak memang dah gila.Padanlah Arsenal tertinggal jauh dalam pasaran mana taknya selagi overvalued dan duit2 menggila ini ditabur sesuka hati. Kalau Bale semahal tu, paling koman pun rakan senegaranya,Rambo mesti hampir figure tu ketika ini ikut form semasa, oklah letak 50M lah,diskaun pernah patah kaki. Huhu..



Rambo dengan selamba badak bossed the midfield itu hari, time Arsenal melegakan tekanan menewaskan Fenerbahce away 3-0. Memang sempoi melihat dia di serata tengah padang terlibat dalam kedua2 goal, through pass yang cantik untuk Theo dalam gerakan gol Gibbs dan jugak dapat sebijik gol.Tq Volkan.Tapi kita mahu menuntut konsistensi dari Rambo.Bukan sahaja dia, malah dari seluruh player mampukah kita cope dengan jadual yang padat lebih2 lagi kita seakan sebelah kaki pasti ke group stage. Apapun Selasa depan merupakan penentu. Ingat Gala memalukan kita sebagai tuan rumah baru2 ini.Fenerbahce dari Turkey juga berupaya cipta kejutan.Ia belum settle selagi belum tamat 90 minit,tak payah nak selesa sangat. Walaupun Wenger cakap 'the transfer windows start now' dengan alasan player yang nak nego asyik dok tanya status kelayakan Arsenal dalam UCL,maka bila dah menang meyakinkan begitu,Wenger cukup optimis pasukan akan layak ke peringkat seterusnya barulah ada 'bahan' story nak cerita sebagai umpan kepada player. Maka gua predict signing hanya akan berlaku sebaik sah sahaja kita layak. Buat masa ni dalam 3 4 hari ni telan sajalah berita2 Benzema,Di Maria, siapa lagi? Flamster?


It's derby day.Hari ni kita bakal menghidupan kembali musim dengan bertandang ke Fulham. Game lawan Villa hari tu disifatkan sebagai 'kemalangan' oleh Wenger, suatu yang tak dijangka(buat2 tak jangka).Fulham adalah sebuah pasukan yang nampak kemas musim ini.Selain kemenangan ke atas Sunderland.Signing2 mereka oleh tahan, Scott Parker,Bent, Stekelenburg(tapi injured tak main malam ni) dan Taarabt .Menambah kepada pemain penting mereka yang sedia ada seperti Berbatov,Sidwell dan Hangeland. Arsenal pulak tanpa sebarang muka baru setakat ini selain Sanogo harus merotate kesebelasan yang sama dalam 3 game. Baru 3 game, dah 2 kali fullback kita terpaksa cover CB.Ngeri betul situasi ni, skuad depth kita kurang sangat. Koscielny yang dikatakan terkoyak dekat kening sampai nampak tengkorak Rabu lepas sah2 memang tak dapat diturunkan akibat penggantungan. Sagna akan cover. Jenkinson akan masuk sebagai bek kanan. Cuma bahagian tengah dan atas tu tak tahu macam mana nak rotate untuk terus kasi fresh sebab apa 2 kali travel berturut2,kita boleh jangkakan fatigue akan melanda terutama lepas 60 minit game.Cazorla pulak nampak tak sharp dan agak wasted di sebelah kiri.Posisi paling sempoinya ketika ini memang kat tengah2 lubang belakang striker barulah dapat memaksimakan kreativiti tapi itulah, sebab Rambo tengah on form, nak bagi Jack main lagi, kita terpaksa main dengan satu striker.Jadi watak2 seperti Podolski Cazorla buat sementara ni terpaksa dikorbankan.Itulah sebab timbul rumors Schalke nak bawak balik Jerman boy ni balik kampung lebih2 lagi tahun World Cup.Harap itu spekulasi media yang saja nak petik sebab dah habis star dah kat Arsenal untuk depa unsettlekan.Gua teka Podolski start malam ni dengan Rosicky bagi laluan.

-------------------Szczesny-----------------
Jenkinson-----Sagna------Per---------Gibbs
----------Rambo-------Wilshere-------------
--Theo---------------Cazorla---------Poldi
------------------Giroud--------------------

Kita main paling awal minggu ni. Harap tak ada lagi kemalangan, jangan sampai terperosok kat bawah liga. Kekalkan momentum dari Turkey. Main bola pakai otak bukan hanya semata kaki. Astro 745am Fulham 0 Arsenal 2

Agi idup agi mengGunners!


Rabu, 21 Ogos 2013

Pre Match : Arsenal tak boleh gamble lagi


Awal pagi nanti kita akan menghadapi perlawanan yang paling penting setakat ini yang bakal menentukan hala tuju musim atau kemungkinan jua 'daya penarik' player untuk join sebuah kelab dengan status ahli kejuaraan LIga Juara2 Eropah. 1st leg di Suklu Saracoglu Stadium, Turkey ini menjadi perhatian ramai terutama para haters dan media untuk melihat diasaster terus menimpa Arsenal selepas kekalahan tidak sepatutnya di tangan Aston Villa dalam pembukaan liga. Memang ada kata Arsenal akan diberi bypass apabila lawannya, Fenerbahce masih lagi samar2 status kelayakan mereka untuk meneruskan persaingan akibat terperangkap dengan skandal mengatur perlawanan.Suatu yang jika disabitkan bersalah , boleh membatalkan penyertaan mereka dalam saingan Eropah. Namun keputusan dari mahkamah keadilan sukan hanya akan diketahui pada 28 Ogos, selepas 2nd leg berakhir waktu dah tahu siapa pemenang dalam kedua2 tie.Sama ada Fenerbahce dijatuhi hukuman atau tidak, Arsenal tak boleh gamble dan ambil mudah dengan menyangka kita akan diberi kelayakan automatik kerana sebetulnya UEFA sendiri pun belum tahu apa nak buat jika Fenerbahce gagal melepasi rayuan. Hendak bagi direct pada Arsenal, bagaimana pula dengan lawan mereka di pusingan kelayakan di peringkat sebelumnya? Jadi bagi memudahkan kerja, biarlah kita layak secara profesional dengan menewaskan meraka dalam kedua2 leg.

Fenerbahce pada ketika ini memiliki pemain2 yang berpengalman dari keeper Volkan demirel, defend ,Bruno Alves, tengah Emre, Raul Meireles dan fwd Kuyt serta Moussa Sow.Meireles baru2 ini mengelurkan kenyataan menghina Arsenal tanpa memberi kredit langsung, siapa yang tidak ketika ini bukan?Jadi ini peluang untuk kasi ajar mereka.Walaupun moral kita digambarkan dalam tahap paling low sekali, gua yakin kita mampu ulangi persembahan sepertimana kali terakhir kita bow out dari Champions League di Allianz Arena musim lalu.Waktu tu orang punt ak bagi harapan kita kalahkan Bayern, sama lah macam keadaan sekarang ni.Atas kertas kita mungkin pilihan , realitinya ketika ini kita underdog setelah dihukum hanya selepas satu game. Kita diberi moral boost dengan kembalinya Rambo, Rosicky, Gibbs dan Sagna ke latihan.Monreal jugak akan turut serta dalam skuad. Cuma Chambo yang telah dikompomkan bakal terlepas aksi selama 6 minggu minima atau lebih akibat kecederaan lutut namun tidak seteruk memerlukan pembedahan setakat ini. Sagna mungkin perlu melepasi ujian dulu sebelum disahkan boleh beraksi akibat terhempas tengkuk tempoh hari.Gua bajet fabianski akan jaga goal malam ini mengambil tempat daripada Szczesny yang tak konsisten dan semacam hilang fokus.Kos dan Per akan digandingkan , wilshere may be direhatkan dulu bagi fit untuk Fulham. Rosicky yang on form dan nampak sharp perlu diberi peluang lagi bagi memberi alternatif selain Santi Cazorla.Podolski yang masuk minit ke 90 tempoh hari mungkin boleh start takde fatigue.

----------------------fabianski--------------------
Carl-------------Per----------Kos---------Gibbs
---------------------Rambo----------------------
--------------Santi----------Rosicky-------------
------Theo-----------Giroud-----------Podolski-

Away goal adalah penting,Fenerbahce pasti akan bermain berhati2 untuk tidak bolos, jadi bak kata kapten Per, 20 minit eprtama dalah tempoh yang penting untuk settle down menyerap asakan memberi tekanan kepada Fener untuk keluar membuka ruang.Kita dah lalui bentuk yang sama macam 2011 seperti mana kita terpaksa melalui ujian getir Udinese dan jugak kemaluan kepada United, gua jangkakan kita boleh lepasi sekali lagi jika player kekal fokus dan tak menghampakan. Rehat dulu dari memikirkan pasal bid Cabaye ke Kondogbiya ke Uchida ke, layan game malam ni dulu. tinggal 10 hari lagi untuk 'kejutan'.

Astro superSports 2:40am. Fenerbahce 1- Arsenal 2

Agi idup, agi mengGunners!


Isnin, 19 Ogos 2013

Post Match : Bala Bencana direct ke muka

Memang rata2 yang kedengaran sekarang ni adalah 'sangat sukar menjadi fan Arsenal sekarang'. Tidak ada yang salah tentang frasa tersebut tapi bagi gua tidak sukar untuk kita terus dan tetap mencintai kelab tercinta ini walau bagaimana sukarnya krisis yang 'disensasituasikan.' Cara Wenger jawab  kat wartawan dalam post match conference nya, jawapannya macam budak2 mentah tak menunjukkan tahap kematangan dan profesionalisme, macam merajuk "ko dapat apa yang kamu nak(arsenal kalah), jadi kamu patut rasa gembira"Bollocks! Secara peribadi gua memang expected kita akan struggle,tapi gua tak expect ia akan seteruk begini dan begitu awal bala datang menimpa. Gua expect kita bakal berhadapan kesukaran bertemu Villa (abaikan dulu faktor utama yang semua org nampak kecuali mereka nun di atas - kita belum mendapatkan marquee signing lagi), tapi sebab atas kertas squad yang diturunkan tak cukup fit dan baru lepas internationaleleh, ramai 1st team player out terutama anchor man kita.

 Bencana yang menimpa bukan kepalang, tu dia, kita hilang 5 player sekaligus yang tak tahu nasib sesetengah mereka sempat pi Turkey ke tak. Chambo dengarnya 6 bulan!,Gibbs,Rosicky,Rambo dan Sagna. Koscielny tak pasal2 digantung satu match yakni lawan Fulham kita hanya tinggal seorang natural CB ,Mertesacker. Macam Blessing in disguise ,  direct terus semua kesan 'dosa2' board dibalas 1st game bagi mengajak mereka rasional dan kembali ke pangkal jalan. Striker, lihat bagaimana kegagalan MOTM kita Rosicky ,Cazorla gagal menyudahkan peluang terhidang . Podolski pulak dibiar jadi pekasam gua tak paham apa fungsi masuk minit2 kecederaan.Tak payah nak kredit keeper lawan sebab semua keeper opposition time lawan arsenal bleh jadi hero. Tengah, takde pengganti Arteta, DM yang ditagih tak muncul2.Wilshere macam takde haluan bila panik terutama lepas concede. Cazorla penerbangan dari Ecuador nyata memenatkan, jadi culprit gol ketiga tak trackback balik si Luna-tic.Left bek boleh dibiar score goal macam tu?disaster. Defend, dah laa dari pra musim tak lengkap, banyak eksperimen ,result kurang, lepas tu senang2 boleh kasi bocor agbonlahor burst ke atas sambil diperhati dengan malas oleh Gibbs.pengajaran dia kene ada paling koman 4 established CB bukansetakat 2 3 org.Alasan takut nak amek ramai sebab nak jaga hati, itu bukan mentaliti kelab besar sepatutnya.Goalkeepr.Dah gua cakap, jual golkeeper ketiga Mannone gua expect ada replacement terus at least keeper veteran , tapi ini takdak langsung. Sekaligus bagi muka pada dua orang polish bersaing sesama sendiri buat gila. Szcesny baguih tapi tak cukup bagus untuk Arsenal lagi, masih banyak perlu belajar dari saingan keeper berpengalaman takdelah nak rushing timing tak berul, clearance merapu dan bagi foul tah pape yang paling penting pandai communicate dengan defends.

Memang boleh menyalahkan Ref Taylor yang langsung tak konsisten dan tak membantu serta keputusan2 yang dibuat tak menepati ISO.Harap ada goal line teknologi musim ini, belum cukup, apa kata adakan juga rujukan replay untuk ref?! Namun sebagai kelab berstatus elit, dengan ref yang haprak macam tu, Arsenal sepatutnya tak sukar sangat jika skuad yang didaftarkan cukup matang, serta bersedia untuk menerima apa jua tentangan walaupun dari pemain ke 12 pasukan lawan.Pendek kata kita boleh elak kekalahan tersebut tapi memang dah nak jadi, memang dah nak bagi amaran pada Wenger and co supaya sentiasa beringat dan berpijak di bumi yang nyata dalam realiti bola sepak moden. Kita bernasib baik tidak memerlukan satu lagi kemaluan 2-8 seperti 2 musim sudah untuk memaksa Wenger dan Board tekan panic button, gua rasa 1-3 ni dah cukup untuk lempang mereka laju2 supaya sedar dari lamunan. Tapi gua harap mereka tak menunggu sampai 1 Sept nanti di mana kita melayan NLD di gelangang sendiri.Suatu yang pasti ditunggu2 oleh fan ntuk melihat tindak balas positif.Home game kedua, derby, local rival, musuh tradisi, tak ada masa yang paling sesuai lagi untuk menebus maruah. Apa yang hanya positif dari match Villa tersebut selain dari kesan sampingan yang diharapkan tadi adalah Sagna masih hidup dan tidak mengalami kemalangan yang lebih teruk akibat landing yang mengerikan.Boleh tengok highligh dan anda boleh lihat reaksi Jenkinson di belakang yang keseraman.Get Well soon Sagna.

Dibawah ini gua kongsikan pelbagai jenis pandangan dan perasaan yang dikongsi bersama yang tak perlu lagi gua luahkan secara leteran kerana mereka ini berjiwa gooners dan memahami permasalahan yag kita hadapi, harapnya gerakan selendang hitam take action untuk terus menekan tangan2 ghaib dari terus tidak menganjingkan para penyokong yang telah lama bersabar.Bukanlah penyokong2 ini glory hunter tapi apa yang diharapkan adalah profesionalisme, ketelusan dan kepertanggungjawaban dalam menjaga amanah kelab tanpa perlu memperkotakkatik, menipu,memberi harapan palsu.Kita faham struggle yang dialami kelab dalam tempoh perpindahan stadium tapi kebongkakan dan keberlagakan di depan mata,sifat ignorance tinggi yang terlalu nyata ditunjukkan membelakangkan tahap intelektual penyokong tanpa segan silu .

Apapun kita perlu meneruskan sokongan padu terutama dalam menghadapi kelayakan UCL Rabu ini ke Fenerbahce.Pemain2 masih memerlukan sokongan walaupun sokongan2 inilah yang dirasakan ditikam belakang hidup2. Mereka(pemain) dan kita ,masih  mendambakan lagi malam2 Eropah yang indah.COYG!

Agi idup agi mengGunners!


Otai Bully bagi pendapat yang spot on!


Abang Robert De Niro melepaskan kekecewaaan yang dikongsi


From Belgium with love


pandangan yang lebih positif dan optimistik


penyokong wenger:


emo...?


Sabtu, 17 Ogos 2013

Sepak Mula 2013/2014


Ini musim yang begitu mencabar, terutama setelah 10 tahun kita tak menang kejuaraan liga, sedekad setelah batch invincible melakukan perkara yang dianggap impossible. Ketika kita mencapai trophy '4th place' musim lalu ramai yang berkata ini musim Arsenal tatkala team2 lain bertukar manager, namuun begitu banyak negativity yang berkumandang ketika ini, sama ada ia akan drag down moral player sekali ataupun membakar semangat setiap mereka untuk membuktikan sebaliknya.  Kick off malam  ni akan memperlihatkan sejauh mana Arsenal mampu pergi walaupun biasanya awal2 ni kononnya lambat panas, orang kata bukanlah penentu segalanya, namun harus diingat , kutipan mata adalah teramat penting dan tak boleh dipersiakan tak kira 1st game, atau last game bila mana tiba May 2014 nanti jumlah mata mejadi pertaruhan.Kita kena bertindak secara professional, Villa merupakan team kedua paling banyak kutip point di Arsenal, lagi2 di hari pembukaan liga,jangkakan kejutan dan jangan sesekali terperangkap dengan status mereka musim2 dahulu, form lama dah tutup buku.Oh ya sebelum terlupa, gua nak ucapkan terimakasih , kredit, dan selamat maju jaya kepada 2 bekas forward kita yang telah berhijrah dek kerana lack of konfiden bak kata Wenger, Gervinho ke Roma, dan Chamakh ke Crystal Palace. Bendi? ke mano2 lah ekau nak poie den dah ponat dongar laie.


Persetankan segala transfer ketika ini. Kalau dibincang ternyata takkan habis.Mujurlah Suarez Saga tu dah seakan berakhir dengan dia terpaksa kekal di Liverpool akibat dibuli oleh Brendan Rodgers yang tak matang, lemah PR,tak boleh handle media dan tak reti handle big star.Apa yang gua marah sangat dgn BR ni bukan sebab dia tak mau jual,tapi sebab mulutnya cabul mengatakan Arsenal lack of class walhal yang sebenarnya classless adalah dirinya sendiri. Siapa yang kecoh Arsenal mau beli player Liverpool?, siapa yang mendedahkan nilai bid 'provokasi' tersebut, kalau bukan dari pihak Liverpool sendiri? Di Arsenal, konsisten, kita cuba melakukannya secara paling sunyi dan tak banyak bunyi kalau boleh dekat PC pun Wenger tak mau petik sebarang nama tapi akibat sealalu diaju dan benda ni dah dibongkar sendiri oleh manager yang perasan hebat lepas baru up kelab siket, Wenger terpaksa mengiyakan tapi tidak mengganggu dan menyentuh sensitiviti pihak sana.Lu tak mau jual sudah, jangan banyak bunyi.Ini musim transfer market dibukak suka hatilah Arsenal mau show interest atau bid berapa, lainlah kalau kes tap up waktu tengah period.Puih..Gua bukan apa, geram dibuatnya. Tak payah nak hipokrit sangatlah..dulu waktu si BR ni tinggalkan Swansea bukankah dia masih ada baki kontrak, apa yang sekarang sibuk2 dicanang pasal loyalti la bagai? 'What Do You Think They're Smoking Over there at Anfield??' At least show respect la.Secara jujurnya secara peribadi gua cakap macam dalam post terdahulu, gua bukan nak sangat pun Suarez ni dalam team, ada ada tak ada pun takpa boleh move on next target (kalau ada).Gua lebih terkilan kita melepaskan Luiz Gustavo, mula2 memang rasa nak maki hamun bila mana tahu Wenger dan Gazidis sekali lagi dibakulsampahkan kali ini kalah kepada kelab yang langsung tak masuk UCL no 11 dlm Bundesliga musim lepas, Wollfsburg.Dengan Arteta entah injured berapa lama, 6 minggu. Tapi setelah diamati, itu kehendak player sendiri.Gustavo yang memilih untuk kekal di Jerman kerana playing time untuk dipilih Brazil lagi2 tahun World Cup.Dan tak terkejut, lepas dia dakwa dia mendapatkan advice Scolari, dah tentu Scolari kasi hasut kaw2 risiko BPL melihat kepada sejarah pendeknya bekerja di Liga paling tough Eropah ketika ini.Anda tak boleh nak paksa2 player yang tak mahu join, main atas padang. Kita perlu memastikan player2 yang menyarung jersey merah putih ini komited 100% pada kelab. Memahami cara media bekerja sekarang ini, Arsenal menjadi mangsa sebelum sepak mula hanya berlandaskan teori siapa paling banyak beli dia paling champion. 30 player out(jual, loan, dilepaskan) dan hanya seorang in Yaya Sanogo , secara percuma cukup meletkkan Arsenal sebagai sasaran mudah untuk ditembak bertubi2. Higuain, Jovetic, Bender, Suarez,Michu,Dzeko ,Gustavo dan kegagalan Arsenal meingkat trialist Sebastian Perez akibat Work Permit akan menjadi irama yang akan dilagukan sepanjang transfer dan kalau boleh hingga ke May tahun depan jika segala yang diramal benar buat Asenal. Kini, segalanya terpulang pada player2 yang dah berdaftar dengan Arsenal Football Club. Player yang available, yang bakal menyarung jersey membawa maruah kelab Utara London ini. Beri peluang pada mereka untuk cipta kejutan seperti biasa. Gua dah cakap jangan biar gua karang pasal transfer kalau tidak berjela2.Persetankan kembali sementara.


Sejauhmanakah Arsenal bersedia untuk malam ini? Pra season yang sedang2, expected result di Asia, dikejutkan di laman sendiri dalam Emirates Cup, kemudian menundukkan City dengan penuh konfiden 3-1 di Finland. Gua rasa bermain di gelanggang sendiri lebih memberi tekanan buat batch ketika ini yang terpaksa desperate untuk deliver. Contoh dah begitu ketara musim lepas di mana banyak mata2 bodoh dirugikan di laman sendiri dan kegagalan terbaru dalam Emirates Cup menambah perisa. Bermain tanpa di bawah tekanan kita lebih relax dan dapat mengeksplorasi kan corak permainan dengan lebih freedom sepertimana di Finland minggu lepas. Dengan kecederaan dialami oleh 1st team player seperti Arteta, Mael,Monreal,Diaby dan Ryo, kita boleh expect 1 atau 2 skuad reserve diturunkan sebagai backup di bangku simpanan. Kecederaan naib kapten ,Arteta adalah paling merisaukan , dia dengan Mael masing2 bakal melalui tempoh rehab yang panjang tapi tak sepanjang Diaby.Monreal yang akan paling awal kembali kalau ikut schedule. Lebih2 lagi kebanyakan mereka baru pulang dari internationaleleh. Mujurlah dalam sesi latihan menjelang pertemuan dengan Villa kelihatan Cazorla, Sagna,  Rosicky dan Rambo  turut serta. Rambo injured dan miss 2 sesi training tapi dijangka fit. Rambo dan Giroud outstanding performer sepanjang Pra musim diharap dapat meneruskan form baik mereka. Bercakap tentang persedian match yang diovershadow transfer ,Wenger menyuarakan pendapatnya.
 “We just beat Man City 3-1, imagine if we had lost. But what can I do about it? I can only influence what we do on the football pitch.If you analyse the quality, we have good players. Eleven internationals will start against Aston Villa and we will have internationals on the bench. That is, for me, what counts.”
Aston Villa pulak,di bawah manager sama Paul Lambert walaupun bergelut dengan relegation musim lepas bakal beraksi dengan semangat baru. Baayak muka2 baru dibawa masuk dan ternyata projek ini untuk masa depan apabila kebanyakan player2 yang dibawa masuk masih muda . Signing Lambert paling berjaya musim ini adalah mengekalkan Bentake yang menjadi buruan beberapa kelab lain dengan persembahan memberangsangkan depan pintu gol musim lalu.Ancaman Arsenal bukan setakat itu sahaja ,Agbonlahor masih ada ditambah pula dengan player kreatif baru Aleksander Tonev. Seperti Arsenal Villa impressive dalam pra musim tewas sekali pada Lutton dan terbaru menang ke atas kelab Spain, Malaga.

Tanpa Arteta gua rasa Wenger tak segan untuk meletakkan Chambo di deep central area. Suatu yang pernah dilakukan 2 musim lepas ketika bertemu AC Milan dan Chambo ternyata berjaya menyerap tekanan dengan jaya dan nampak steady.Perlu memperkemaskan defensive style of play nya, gua rasa Chambo ada ciri2 untuk menjadi central midfield yang mantap jika diberi peluang konsisten. driving run nya dari bawah boleh menggelabahkan pihak lawan, passing range yan jugak spot on, stamina kena jaga siket walaupun dia  bukan jenis box to box player.Sma ada Podolski atau Rosicky start, gua rasa player Jerman macam biasa akan menjadi sandaran ketika keadaan memerlukan. Kerana pada ketika kita agak limited di bahagian forward, Arsenal tentunya mempertaruhkan compact midfield bagi mengekang gerakan opponent dan counter attack melalui pace Theo akan sentiasa kita saksikan.Theo dan Giroud akan saling bertukar2 central role dengan Cazorla menjadi master mind.

-------------Szczesny--------------
Sagna-----Per-------Kos------Gibbs
----------Rambo--Chambo----------
Theo---------Cazorla-------Rosciky
-------------Giroud-----------------

Tanpa kapten dan naib kapten ori, cabaran pembukaan season akan diketuai oleh Mertesacker. Kemenangan adalah penting untuk menambah tahap konfiden level. Malah sangat penting sebagai penanda aras untuk memancing player2 baru yang dikatakan ditarget sehingga deadline day 2 September nanti. Lagi penting sebenarnya untuk misi utama  buat masa ini, bertandang ke Fenerbahce Rabu depan dalam kelayakan 1st leg UCL. Di hari pelancaran seperti ini, gua expect kita all out. player dan fan. Panjang lagi perjalanan kita untuk musim ini,jangan ada dah yang nak berlabuh di pertengahan pelayaran. kedua2 pihak saling memerlukan.COYG!

 Astro Fox Sports 9:55PM Arsenal 3 Aston Villa 0.

Agi idup agi mengGunners!!


Selasa, 6 Ogos 2013

Persiapan Arsenal terbantut, persiapan raya anda bagaimana?


Didier Drogba kembali menghantui Arsenal menafikan kita sekali lagi terlepas menjulang piala ciptaan sendiri, Emirates Cup. Kemasukan muka berpengalaman, Drogba dan Sneijder  di 2nd half memberi suntikan buat Galatasaray, yang mengejar dari belakang ketinggalan dengan gol relax Theo Walcott.



Sekurang2nya kekalahan ini bakal memberi tamparan serta peringatan buat Arsenal dalam persediaan musim baru yang hanya akan bermula tak sampai lagi 2 minggu. Tekanan pastinya memuncak buat Arsene Wenger untuk mendapatkan kekuatan dari luar,outsource , signing baru setelah melihat internal development agak terbantut sekadar itu yang mampu. Galatasaray telah membuktikan dengan signing 2 muka berpengalaman dalam Drogba dan Senijder mampu mengubah game.

Seperti biasa Wenger diserang dengan soalan2 berkaitan transfer dan dia hanya menjawab kita sedang berusaha keras belakang tabir dan agak sukar untuk menjamin sebarang transfer berlaku sebelum champions league qualifier. Mikel Arteta melagukan irama yang sama dengan menyatakan keyakinannya bahawa muka baru tetap akan dibawa masuk biarpun lewat kerana dia sendiri pernah merasa menjadi antara batch last minute signing. Buat masa ini yang hanya dikompomkan seakan pasti adalah pemergian Gervinho ke Roma dengan anggaran 6.9M, Chamakh ke Crystal Palace dan Wenger sedang berusaha memastikan transfer ini secara permanent agar tidak menyukarkan kemudian hari seperti mana kes dengan Bendi. Bendi sampai sekarang ni haram tak dapat kelab lagi disebabkan gaji dan perangai poyonya.



Bagi rumors-in pula, tak ada nama2 besar kecali youngster dan backup deadwood. DM Atletico Nacional, Sebastian Perez 20, tengah trial dengan Arsenal. Player Colombia ni berjaya dipromotekan ke squad senior seawal usia 18 tahun.

“I like scoring goals and when first pulling on a national team shirt for the U14s, I played as a No10, but soon the coaching staff recognised my strengths.
“I kept dropping back, so now I’m an organiser deeper in midfield.
“In European football, I admire Ever Banega, [Fernando] Gago, Busquets, Xavi, Xabi Alonso and Andrea Pirlo.
“I am excited about playing in Europe. I want to go there and try to make it.
“I am driven by those I grew up with. They had the same dreams as me, but perhaps not the same talent. There’s luck involved, but also a lot of discipline. You need that to make the most of the talent you have.”

Seorang lagi prospek hangat dari Asia, Osman Abdulrahman sedang diintai rapat oleh Arsene Wenger. Dengarnya dia bakal diberi peluang untuk trial.Memandangkan dia dari UAE tanah asal syarikat penerbangan Fly Emirates sponsor Arsenal, jadi rumors mengatakan Arsenal paling ada chance untuk menepis hajat Barcelona,Dortmund,Valencia dan Schalke yang jugak tgh usha rapat pemain kelab Al Ain ni. Seorang lagi pemain yang dicanang2 konon dah dalam tangan adalah pemain muda Germany, Matthias Ginter , tapi kelab asalnya Freiburg dengan pantas mematikan rumors dan seperti biasa taknak berpisah dengan prospek berusia 19 tahun itu.



Sejauh mana fan akan berpuas hati dengan usaha scout kita setakat ini gua tak tau. Tapi yang gua tau kalau benarlah Arsenal setakat sign player ni, seperti yang dilaporkan Ciprian Marica (nama pun dah macam kapten amerika), signing yang dilihat sekadar untuk memenuhi kuantiti mengganti deadwoods yang dilepaskan, memang sengaja cari nahas dan fan akan mengamuk. Tengok statistik dan rekod tak memberangsangkan, umur pun dah prime time jadi gua rasa gossip tak logik. Mungkin sebenarnya yang dimaksudkan adalah untuk Arsenal Kiev nun kat Ukraine tuh. berdoalah. kah3

Lusa ni dah nak rayo.Jadi dengan kesempatan ini gua nak mohon maaf zahir batinlah pada semua jika ada sebarang typo, coretan yang mengguris, pendapat yang entahape2 dan kekerapan mengepost yang semakin menurun disebabkan kesuntukan maso, tapi gua tahu anda semua tetap setia pada Gunners jika tidak takkanlah anda sentiasa sempat menyinggah di Arsenalaysia sekadar untuk mengintai2 berita semasa tapi last2 kecewa sebab blog kurang bermaya.Gua pohon maaf dan terimakasih atas segala sokongan dan dorongan. Gua mengucapkan salam aidilfitri di mana kita meraikan kemenangan beribadah di bulan penuh keberkatan ini, tapi jugak harus diingat aidilfitri adalah hari di mana kita kembali kepada fitrah, muhasabah diri,setelah kita berjuang dalam Ramadhan adakah kita akan hentikan perjuangan setakat itu sahaja, maka seharusnya kita istiqamah.Insha Allah.Selamat pulang beraya, selamat menyambut dengan sederhana.

Agi idup agi mengGunners!!




Ahad, 4 Ogos 2013

Emirates Cup : Arsenal vs Napoli Highlights

Arsenal terselamat dari dimalukan selaku tuan rumah kejohanan apabila seperti biasa bangkit dari ketinggalan 2 gol. Podolski missed penalty , tapi Giroud dan Koscielny memastikan Wenger tak teruk dihentam tekanan dek belum membawa masuk major signing. Yaya Sanogo dan Cazorla tidak disenaraikan dalam game ini tapi dijangka akan diturunkan dalam perlawanan menentang Galatasaray malam ini.



Agi idup agi mengGunners!!


Sabtu, 3 Ogos 2013

Summer yang sama?


Siri jelajah Asia telah berakhir boleh dikatakan dengan jayanya, player redeem fitness dengan level game berlainan ,worldwide fan berpeluang ketemu skuad Arsenal, player boleh chill out. 2 minggu berlalu dengan 4 kemenangan yang menyaksikan pendedahan berguna terutama buat player muda beraksi bersama skuad utama dan jugak eksperimen2 strategi serta formasi terutama di bahagian back 4. Kita tahu ketika ini Monreal dan Mael bakal terlepas aksi permulaan liga, jadi adalah gila untuk kita masuk ke medan perang tanpa persediaan backup yang rapi.Jadi Sagna Miquel, Jenkinson Gibbs saling rotate posisi mencari rumusan terbaik. Gol bukan masalah besar di Asia 7-0,7-1,3-1,2-1 semuanya menang, dan kemunculan beberapa player muda yang mencari tumpuan, semuanya bagai memberi harapan.Semuanya indah bukan? Melihat Wenger dan Gazidis pakai baju batik apekelandak semua, tapi persoalan besarnya di sini sejauh manakah keceriaan itu semulajadi ketika dunia media terus menyerang dan fan seantero dunia kerungsingan kerana walaupun dah masuk sebulan transfer window, merka baru lihat limited aktiviti. Di sebalik 70M yang digembargemburkan, Hanya seorang saja signing yang hadir secara free itupun bukan dianggap 1st team player, maka berhaklah suara2 gusar ini melontarkan kritikan bagi mereka yang masih bersabar pula, masih ada sedikit harapan dan kepercayaan bahawa Scout, Board dan Wenger akan membuat kejutan tapi adakah Wenger dan Gazidis ini benar2 bersedia?


Gua tak tahu nak mula coretkan dari mana, banyak aktiviti belakang tabir yang berlaku 2 minggu gua hanya usha dari jauh tanpa sempat memberi komen lagi.Dan pada hari ini 3 Ogos, Arsenal akan meneruskan pra musim dalam kejohanan gred A Emirates Cup. Kita selaku tuan rumah malam ini akan bertemu skuad Rafa Benitez yang pastinya akan mempertaruhkan muka baru ironinya, nama2 tersebut suatu ketika pernah disebut2 join Arsenal tapi tak jadi, Reina dan Higuain. Pada ketika ini Fan amat terasa dengan kegagalan kita menyambar Higuain ketika signature pemain Argentina itu seakan dalam tangan tapi boleh terlepas tibe2. Bagi gua secara peribadi, Higuain player yang bagus, mampu memberi addition pada skuad sedia ada kita. Gua tak kisah kita link kepadanya dan dengan harga 23M ia cukup rasional .Tapi sebaik sahaja Real Madrid main busuk, mengetahui Napoli ada wang berjuta hasil penjualan Cavani ke PSG, dari 23M dinaikkan ke 34.5M itu ape kejadahnya?! Ada yang kata ada gentle agreement dari kedua2 pihak Arsenal dan jugak kem Higuain tapi disebabkan ketamakan Real yang bersungguh2 cuba mengorek wang sebaik mungkin untuk mendapatkan hajat Bale mereka, Arsenal terpaksa berpikir sekali lagi untuk meneruskan atau tidak.

Jangan salah anggap, Higuain bagi aku adalah kualiti tapi adakah kita benar2 memerlukannya pada harga tersebut ketika dia di Real pun bukan pilihan utama? Maksud gua Higuain ni adalah goal poacher, jadi pastinya kehadiran dia bakal melimitkan Giroud dengna sistem yang kita ada sekarang,( dan bukanlah gua cakap Giroud lagi power dari Higuain) jadi di sinilah logiknya gua rasa, sebab mengapa Wenger lebih mengejar Suarez pada harga tersebut, maka diletakkan bidaan awal 30M yang direject.Dengan Suarez, -ketepikan perangainya dulu yang gua akan ulas sebentar lagi- Arsenal mampu dapat almost complete player yang boleh link up play, boleh create,boleh score 20 gol semusim dalam tangan dan yang dah sebati dengan BPL terutama media(kah kah) jadi mungkin bagi Wenger untuk upkan bid sampai 35M bagi Higuain adalah suatu gamble.Giroud sendiri cakap dia boleh link dengan player macam Suarez maka apa yang gua paham, Suarez kalo masuk arsenal boleh adapt dengan sistem kita tanpa perlu mengorbankan front man serta menjadi number 9, maka itu sebab Arsenal ubah target dari Higuain ke Suarez. Dan jangan kata Arsenal terlepas peluang atau direject Higuain, sebenarnya Arsenal yang tak bid official pun Higuain mengetahui tentang perkara ini.

Bidaan pertama direject, Arsenal cuba melakukan satu taktik 'nakal' untuk cuba memenuhi syarat release clause (*jika bidaan lebih dari 40M, Liverpool harus inform pada player dan membenarkan Suarez bincang dengan Arsenal) Maka itu sebablah datangnya cerita 40M + 1 pound  tersebut yang rata2 membuatkan kem Liverpool angkat kening dengan bidaan provokasi tersebut malah seluruh dunia menggeleng sinis terhadap Arsenal. Seperti yang umum sedia maklum, bidaan kedua ini turut direject mentah2. Haha di sinilah segalanya terhenti ,stall, kaku tapi gua percay masih ada bara api yang belum padam.Brendan Rodgers dah cuak kehilangan Suarez kerana dia baru nak build team berpaksikan pemain Uruguay, Gerard mula bermain kata2 pujangga memujuk Suarez, ramai lagi pundit2, media digerakkan malah ex player Arsenal sendiri berkata adalah pelik dan tak de hasil kalau Suarez sekadar keluar dari Liverpool tapi join Arsenal, mereka anggap Arsenal ni macam lah bangsat sangat. Sebangsat2 yang depa duk maki tu, kita mampu buat bidaan sampai 40 juta ketika rekod transfer kita 15juta. Itupun pakai duit sendiri tak payah nak melacur pada sugar daddy. Dan yang gua pelik ketika org tua tu tak melabur, kedekut, dimarahnya, ketika orang tua tu bid sampai 40M pun ramai lagi mempersoalkannya. Adakah Suarez worth harga 40 juta? ikut market sekarang ya tapi mungkin terlebih dalam 5 juta kerana bagi gua value yang logik mungkin sekadar 35M. Maka Rodgers dan Liverpool ketika ini kata kalau sapa2 mau sambar Suarez lu orang boleh ambil dengan 55M. Itu namanya gila dan tak masuk akal serta melampau. Tapi kita tak boleh nak salahkan Liverpool, mereka ada hak, kontrak Suarez sampai 2016. Tapi Rodgers harus ingat dia ada unhappy player dalam skuadnya, tak ada mana2 team nak simpan player yang tak minat nak main. Itulah sebab Arsenal, mostly Wenger sekarang ambil sikap tunggu dan lihat development yang berlaku. Dia kini menunggu respond dari kem Suarez, mereka takkan mau lancarkan transfer request kerana dikatakan bakal terlepas bonus2 dalam kontrak sedia ada, tapi suarez jugak mahu kepastian, adakah Arsenal benar2 layak ke group stage UCL kerana pada ketika ini kta harus lalui pusingan kelayakan.2nd leg akan dimainkan beberapa hari sebelum ransfer tutup.Lepas  dah kompom layak, pada ketika itulah hari2 yang crucial dan menyaksikan pergerakan berlaku sama ada Suarez atau player2 lain.


Itu jugaklah sebab yang dikatakan Wenger sekarang begitu stubborn dan mengeluarkan kenyataan2 provokasi kepada fan saja bagitau awal2 taknak letak harapan. Kadang2 gua rasa orang tua tu macam rekod cakera piring hitam yang rosak duk ulang2 lagu yang sama setiap musim. Kisah ni pulak tak tau betul ke tidak , di sebalik tabir top management, situasinya seperti berikut. Board mengarahkan Wenger upkan lagi bid 40M tu kepada Suarez kerana takut berlakunya backlash dari penyokong.Gazidis suruh Wenger spend, Wenger tak mau spend gila2 kalau angka tu dah tak masuk akal.Liverpool kata 'letak 55M lu boleh angkat Suarez'. Wenger nak rilex dulu sementara tu intai option lain. Stan Kroenke bagi kepercayaan  penuh dan kuasa mutlak pada Wenger,' lu nak spend lu spend, gua akan pastikan Board ni ikut cakap aku walaupun aku silent stan'. Gazidis dan Board kata kat Wenger, 'ok itu lantak kaulah, aku dah buat kerja aku, kumpul duit, aku pun dah umum kat fan kita dah ada duit, terpulang pada ko'. Tak pernah Arsenal secara public declare" kita dah kayo kita ada duit, kita akan spend besar2 macam orang lain , setakat rooney tu apelah sangat", tapi era Gazidis jek perkara ni berlaku .Apa yang dilihat adalah dia cuba cari jalan selamat kan diri sendiri dari situasi ini. Besar risikonya bila dah umum benda2 gini. Lu dah umum lu kaya tapi bila lu tak spend sesen pun lagi setakat ni lu akan dicop kedekut, satu lagi lu akan menyukarkan proses nego kerana penjual tau lu banyak duit, korek sebanyak yang mungkin la depa.Jadi gua tak nampak logik bila mana lu(board) ni sembang deras tapi tak kasi fan mengharap expectation yang tinggi. Itu semua salah lu orang laa bagi impian palsu menipu saban hari.Itulah sebabnya Wenger kurang setuju cara kerja dengan orang2 Amerika ni sembang lebat menyusahkan orang.

Tapi jangan ingat gua kutuk Board, orang tua tu pun selamat. Kedegilan dia  bawak masuk siging awal ni pun membengkekkan sebenarnya.Satu persiapan terbantut. Kedua target makin kurang, harga lastminit boleh jadi mahal desperate nak beli dan boleh jugak untung kalau satu pihak lagi deseperate nak jual. Last minit signing jugak bukan suatu yang berjaya sangat, 2 summer lepas hanya Arteta dan Mertesacker yang mampu establish , park santos Benayoun entah ke mana walaupun si yahudi tu adala effort siket. Musim lepas signing kita awal2, persiapan pun agak tersusun, cazorla Giroud Podolski semua boleh masuk dengan BPL.Musim ni sebenarnya peluang yang sangat cerah bagi kita kalau kita pandai guna, kita tak kehilangan player utama, kita ada management yang stabil walau kedekut, jadi itulah yang gua agak terkilan sebab masih tak ada additional player yang dijanjikan walaupun sebulan dah transfer dibuka.Liga start lagi 2 minggu. Lepas tu proses kelayakan UCL nak tunggu kita layak baru dapat attract player2 besar susah la.


Minta maaf gua cakap, gua tak termakan dengan kata2 Wenger yang kata with or without signing skuad ni capable utnuk mencabar kejuaraan. Bollocks!Dia merapu apa. Skuad ni boleh bersaing tapi konsistensi tak akan dapat kerana skuad ni cukup thin quality wise.Dan sekarang dah trim kuantiti sampai berapa? 15 player dilepaskan? itu pun dah satu hal, mencari kualiti yang separas dengan skuad 1st team tu hal lain pulak .Berpandukan fakta apa dia cakap cenggitu, run in kita dalam 10 game terakhir pun kita semua tahu Arsenal lawan team2 apa,mid-bottom table, jadi tak perlu bangga2 sangat menang 8 daripada 10. Lu dah menang 4 dari 6 game big four baru lu datang sini balik cerita lu capable nak challenge title.Untuk rekod, musim lepas kita gagal menang 1 game pun dengan team big 4. Hanya 2 point daripada 18. Itu bukan ciri2 title contender .


Jadi persoalannya siapa yang perlu dibawa masuk? Adakah fan rata2 bersetuju dengan hasrat Wenger menyambar budak nakal BPL Suarez?? Tadi gua katakan Suarez adalah kualiti, itu tidak dapat dinafikan. Yang menjadi risikonya adalah perangainya, masalah displin, dianti oleh media dan masalah dengan FA. Perkara pokok adalah dia dicop racist. Sebelum tu gua nak declare awal2 gua tak setuju siapapun dari team mana pun berpelakuan diskriminasi terhadap kaum dan pada ketika ini kita lihat dalam konteks bola sepak.Jadi jangan ada pendapat mengatakan gua ni bias semata2 Suarez ni dilink kepada Arsenal atau tidak. Suarez dijatuhkan hukuman dicop racist setelah evra membuat dakwaan Suarez menggelarnya dengan perkataan tak senonoh yang menyinggung perasaan. Tapi mengenali Evra yang memang bermulut lantang takde insuran, macam mana lu nak percaya siapa yang benar siapa yang salah.Dan adakah kerana perkataan2 tersebut yang disebut dalam heat of the game tu, seorang player terus dicopkan sebagai perkauman ketika dalam team Liverpool (dengan izin) jugak adanya Sturridge, Johnson, Wisdom, Raheem . Pelu dibezakan bagaimana kita mentafsirkan racism tersebut, sepertimana dari segi perilaku, contoh ; jika sorang teammate tak passing langsung ke arah lawannya atas sebab beza passport dan warna kulit, atau ketika goal celebration tak mau sambut sama2 maka itu selayaknya dianjingkan dan dibawa ke muka pengadilan.Jadi untuk menghukum seseorang racist sewenang2nya ketika player tu bertukar kata2 kesat dalam game yang tension antara 2 kelab rivalry terlalu mudah sangat menjatuhkan hukum, itu belum tanya lagi apa perkataan yang evra lontarkan padanya sebelum itu. Maka perlunya kita berlaku adil, elok kedua2nya dihukum.Pengajarannya jaga mulut dalam game.  Jadi gua tak berapa nak termakan dengan validation point tersebut,Itu pendapat gua, kalau ada yang kurang setuju tak mengapa. Tapi gua tak toleransi dengan sikap2 tak matang macam tak nak salam la bagai, diving, gigit player itu yang lebih gua concern. Sebagai player mana professionalism malah sebagai manusia mana etika? Dan lagi satu yang gua concern, loyalty.Kalau dia boleh buat perkara tersebut pada Liverpool hanya untuk cari cita2 peribadi join Arsenal, tak mustahil Arsenal ni hanya sekadar jadi batu loncatan untuk dia ke Madrid kalau ada panggilan dari Bernebau musim berikutnya.Harga pada ketika itu dah sah2 turun.Perlu diingat pilihan utamanya adalah untuk keluar dari England dan Madrid menjadi destinasi impiannya. Jika Arsenal sekadar tempat untuk melepaskan nafsu peribadi dia main UCL tanpa benar2 berhajat dari hati ikhlas nak join Arsenal, gua rasa komitemen yang Arsenal dapat dari player macam ni pun bukan sepenuhnya.Itu antara risiko yang perlu difikirkan jika Arsenal berhajat teruskan pursuit.Jadi adakah sebagai fan kita perlu bersetuju degnan signing macam gini? Kita hidup dalam dunia yang kita perlu bersetuju untuk tidak bersetuju , maka semua ada pandangan masing2. Bagi gua secara peribadi siapapun bila mana dah sarung jersey Arsenal, nak tak nak kita perlu bagi support demi kejayaan berpasukan, dan perlu diingat jugak macamlah kita ni ada kuasa untuk menentukan siapa yang masuk dan siapa yang tak boleh masuk.Maka kita perlu hadapi sebarang kemungkinan, secara senangnya, haruslah sentiasa menyokng lambang di hadapan jersey dahulu dari nama di belakang.

Berita transfer lain, Gervinho dikatakan seakan hampir disunting Roma.Delegasi Rome kini diterbangkan untuk settlekan deal membawa bekas player lille itu bekerja dengan bekas coachnya,Rudi Garcia sewaktu die cemerlang di sana.Mungkin bawah Garica, Gervinho merasakan dia akan dapat kembali mengembangkan kerjayanya.Lain2 cerita macam biasa yang tak tahu hujung pangkal, Bernard, Williams, Luis Gustavo.Gua kalau boleh mahu 3 3 nama tu join Arsenal. Namun siapalah yang kita yang hanya sekadar mampu berfantasi.

Kembali kepada Emirates Cup malam ni.Perkembangan terbaru Mael masih out 6 minggu, Monreal dah boleh berlatih ringan2 tapi masih dalam pengawasan rapi.Sanogo dan Cazorla akan turut serta, besar kemungkinan ahad keduanya2 akan bermain bersama.Oh ya dan Penyokong2 Arsenal pasti dapat mengubat rindu dengan kepulangan badut Eboue!!



Aig idup agi mengGunners!!

COYG!!!!