Khamis, 8 Disember 2011

Kamon You Gunners!!



Terlebih dahulu mohon maaf atas ketergendalaan blog disebabkan kepadatan beberapa hari ini. Rindu aku nak menulis tetap ada tapi masa benar2 mencemburui. Setelah kita menang besar tapi kurang bergaya 4-0-dikatakan kurang bergaya disebabkan lebih kepada awful defending Wigan sebenarnya- awal pagi semalam kita tumpas 3-1 dalam meaningless but shame performance kepada Olympiacos dalam perlawanan terkahir kumpulan F. Arsenal walaubagaimanapun telah turun dan berakhir sebagai juara kumpulan belum pun sepak mula dilakukan. Di tengah2 antara 2 game itu beberapa berita dan cerita2 lain muncul . Antaranya ketiadaan wang saku transfer bagi summer nanti apabila Emirates Cup tidak akan dilangsungkan dengan kehadiran Sukan Olympic di Britain. Dan oh.. ia bukan lagi piala Syok sendiri apabila NY Red Bull pun dah boleh menang di gelanggang kita. Kita jugak telah diundi bertemu Leeds United pada pusingan ketiga piala FA. Dan gosip2 tentang pembelian pada Januari nanti walaupun Wenger cakap 'tak mungkin' dia akan menambah penyerang biarpun Chamakh dan Gervinho akan balik kampung. Antara nama2 yang terhangat diperkatakan adalah Neymar?(hahaha), Gotze dan Podolski. Aku rasa Wenger ada mengintai beberapa pemain untuk beberapa posisi, mengenali dirinya tak ada makna dia nak mengaku akan membeli.Manusia yang penuh dengan kejutan.

Berbalik pada game awal pagi tadi segalanya macam tak kena dari starting lineup yang diturunkan. Bukan masalah reserve atau 2nd team kita tak cukup kuat la bagai, ada yang mampu memberi saingan ada yang berpotensi memang ada. Tapi ada jugak yang mmg tak up to standard dah berkali2 tapi masih lagi diberi peluang beraksi dengan jersi Arsenal. Ini jenayah. Melihat Squaillaci dan Johan membadutkan diri hilang arah ketika gol pertama menambah kebengkekan di dada melihat telatah Flappyhandski yang terburu2 keluar.Mael pun nampak tak syok bermain dengan barisan pertahanan yang digandinginya malam tadi. Dan kemudian penjaga gol yang memasang impian untuk beraksi di Euro itu injured. Masuklah si Italian yang bajet dirinya Buffon. Gol kedua memang satu kesilapan bangang jugak sebenarnya kalau nak dikira.


Memang benar tak adil untuk menyalahkan dia seratus peratus kerana dia telah berani mengambil risiko menyuakan kepala untuk menanduk keluar dan lagi2 dia hanyalah penjaga gol ketiga dan jarang2 dapat beraksi. Tapi adalah tidak adil jugak bagi kita untuk tidak boleh mengkritik kesilapan budak sekolah bagi seorang penjaga gol profesional yang sepatutnya aware positioningnya bila masa boleh pakai tangan bila masa kena pakai kaki. Jadi sebenarnya tak cukup bagus untuk pemain yang merungut atau mengugut untuk blah kerana tidak mendapat aksi kalau level konfiden sebegini yang ditunjukkan. Arsenal bakal parah kalau kita kehilangan Szczesny walaupun penjaga gol Poland itu masih dalam peringkat pembelajaran tapi sekurang2nya dia konfiden dan kadang2 overkonfiden. Aku suka characternya, ada campuran Lehman sket.Penjaga gol memang perlu ada gila2nya. Cuma Arsenal rasanya memerlukan seorang lagi penjaga gol baru bagi menolak Fabianski dan Vito bersaing sebagai pemegang glove , sekurang2nya orang yang sudah lebih berpengalaman. Gol ketiga, tunggu masa jek nak datang dan sekali lagi lack of communication memakan diri.Laci dan Manone were in no man's land pada ketika itu.Barisan depan pulak kita tampak flat, sehingga Yossi yang terpaksa mengajar cara untuk menjaringkan gol sudah cukup menceritakan segalanya.Clean strike.Naka harapkan Chamakh? hurmmph....pintu gol terbukak pun passing belakang balik kut. Tiada orang nak step up amek responsibility. Arteta, Wenger semua dah cakap kita tak boleh nak harapakan Robin seorang sahaja tapi kalau dah bagi peluang macam gini pun, masih macam gitu, apa ceritanya. Kamon You Gunners!Semagat Siket!!!


Malu la kat bintang2 lagenda teradahulu. Sekarang Arsenal.Com sibuk memperomosikan sejarah kelab dengan review2 tentang history sejarah 125 tahun kelab. Mereka menceritakan dari satu era ke satu era perubahan revolusi dari warna jersey , nama, corak permainan dan our home-stadium tapi yang kekal dan tetap setia adalah meriam di dada. Dan ingatkah anda, sekrang ini di stadium, mereka cuba sedang giat membina tugu penghargaan kepada lagenda2 Arsenal. 3 individu telah terpilih dahulu namun identiti mereka dirahsiakan. Namun kini, telah terdedah, difahamkan 3 nama yang tidak asing pastinya adalah Chapman, Adams, dan Henry.Sayang Wenger penuh dengan falsafah dan reformasi ,kerana kalau tidak pastinya nama dan wajah beliau turut disemadikan di hadapan Emirates. Cuma mungkin kerana tekanan dan perasaan bercampur baur akibat kemarau piala, mereka masih belum bersedia meletakkan Wenger sebaris dengan trio tersebut walaupun 'kepala'nya sudah ada bersama Chapman sebelum masuk ke pintu stadium tour. Atau ini hanya untuk orang2 yang telah 'tiada'. Biasalah amal dunia, bila dah tiada disanjung2.

Aku percaya suatu hari nanti Wenger akan diberi penghargaan jugak sama seperti mana mereka.Biasanya orang akan ingat siapa pemenang piala itu atau piala ini tahun itu atau tahun ini, orang tak akan ingat siapa naib juara .Itu lumrah bukan? tapi dalam kes Wenger, hampir setiap tahun mereka ingat , dan masih ingat dan membilang berapa lama Wenger tak dapat cup, itu yang mereka bilang sangat maka pasti ada sesuatu yang istimewa pada si Le Prof ni. Jangan terlalu taksub, ini bukan pasal Wenger, ini pasal Arsenal yang lebih penting..dia dibayar untuk membawa Arsenal ke satu prestij yang lebih tinggi, dengan apa yang dilaburkan 15 tahun yang lalu, ia berbaloi. Namun kita tidak pernah dibayar untuk menyokong pasukan ini  ,jua bukan mudah untuk kita lari meninggalkannya.

Agi idup agi mengGunners!! COYG!!!

Hujung minggu ini..bukan Arteta vs Everton, tapi Arsenal.


Sabtu, 3 Disember 2011

Pre Match : Wigan Vs Arsenal

Arsenal kurang bernasib baik apabila tewas terkeluar daripada Piala liga di peringkat suku akhir tempoh hari.  Walaubagaimanapun dalam bola sepak ManCity telah menjalankan tugas mereka , menyempurnakan satu2nya shot on target ketika Arsenal jelas lebih mengancam apabila berada di kawasan final third. Sekali lagi dari setpice kita terperangkap tapi kali ini melalui counter attack. Daripada game tersebut jelas kita harus berbangga dengan fighting spirit yang ditunjukkan lebih2 lagi keupayaan pemain2 muda yang menyaingi dengan slumber konon nama2 besar berjuta. Alex Oxlade Chamberlain mencuri tumpuan ,menunjukkan betapa Arsenal membuat pembelian berbaloi dengan membeli aset paling berharga bola sepak England ini. Selain itu disiplin kemas Coquelin dan Frimpong - 'layanan'nya terhadap Nasri mmg classic!- jugak beraksi baik.Oh dan malam itu, simpati pada Nasri, pasti kekesalan timbul di hati melihat riak wajahnye 'kenapa aku berani balik ke sini'..



Baiklah. Ada pro dan kontra terhadap keputusan piala liga tersebut. Kontranya kita gagal mengulangi pencapain tahun lepas dan pro nya, hanya masa sahaja menentukan. Jangan bimbang, pasukan campuran impressive ini akan diberi peluang sekali lagi mungkin apabila bertemu Olympiacos dalam perlawanan UCL yang santai minggu hadapan. Elok kembali kita fokus pada perjuangan liga.Malam ini menentang Wigan di DW Stadium satu venuesukar, Arsenal hanga menang sekali dari 4 kunjungan terkahir. 2 kali kita mendahului 2-0 tapi kita sebaliknya dikecewan 2-3 dan 2-2 yang musim lepas lagi syok apabila mereka hanya beraksi 10 org. Arsenal ingin meneruskan rekod cemerlang 6 game tanpa kalah, walaupun perlawanan terakhir lebih kepada drop 2 mata berharga di gelanggang sendiri.Anak buah Roberto Martinez kini berada di tangga kedua terbawah, dan pengurus itu pastinya ingin mengelakkan diri dari menjadi calon2 kambing hitam bualan, setelah Steve Bruce menjadi mangsa terbaru kegelojohan pengurusan kelab.Walaubagaimanapun ranking yang lebih popular dimilik AVB dari Chelsea. Wenger melahirkan simpati atas nasib2 mereka ini dan menghulurkan sokongan moral tak berbelah bagi menyedari tempatnya di Arsenal jauh lebih selamat berbanding peti keselamatan di Bank Negara.
"For us of course the three points are the target, no matter who we play. We dropped two points against Fulham and it is important we get back to winning habits."
Walaupun seri dengan Fulham minggu lepas lebih terasa kekecewaannya berbanding terkeluar dari Piala Liga, Apa2 keputusan yang menyekat Arsenal dari mendapat 3 mata pastinya sato momentum blow buat Arsenal. Tiada sebarang penambahan kecederaan pada list selain daripada Diaby yang mengalami hamstring kecil setelah game bertemu Fulham. Wigan pulak bakal turun sekali lagi tanpa Alcaraz yang masih menjalani penggantungan.Emmerson Boyce masih terlalu awal untuk diturunkan walaupun baru sahaja pulih dari kecederaan. Wigan mungkin akan menggunakan skuad yang sama 3 game berturut2. Untuk RVP, ia pastinya satu perkembangan positif apabila mengetahui jomlah gol peribadinya seorang sahaja telah melebihi jumlah gol Wigan untuk musim ini iaitu 13 berbanding 12.



--------------Szczesny----------------
Kos------PM--------Mael------Satos
---------------Song-------------------
--------Arteta------Rambo------------
---Walcott-----RVP----Gervinho----

Astro 813 10:55PM. Wigan 1- Arsenal 3.

Agi idup agi mengGunners


Khamis, 1 Disember 2011

Highlights & Interview : Arsenal vs Mancity