Memaparkan catatan dengan label Highlights. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Highlights. Papar semua catatan
Ahad, 18 Mei 2014
Rabu, 15 Mei 2013
Highlights : Arsenal 4 Wigan 1
11:46 PTG
Gunners & Roses
Malam yang nervous tapi melegakan akhirnya. Mana tak nya, lepas selesa mendahului dengan sebijik gol awal free header Podolski, urgency yang kita cari tak datang2, create chances pun kurang. Itu membuatkan Wigan kembali positif dan rasa mampu untuk mendapatkan sesuatu. Foul yang tidak perlu banyak dilakukan ketika saat2 kita perlu fokus namun keputusan Mike Dean bagi free kick against Arteta pun agak harsh. Pemain kelahiran Malaysia Maloney gua dah bajet memang akan mendatangkan masalah ketika setpieces, memang makanan dia. Masa 1-1 gua resah gelisah, sejujurnya tak senang duduk di pagi buta.
Kita mengatasi kegusaran dengan menggunakan downfall Wigan di separuh masa kedua yang jelas clueless dan tak mampu bangkit setelah gol Theo Walcott. Gua berpuas hati dengan display Theo yang dalam interviewnya berani mengambil initiative sendiri untuk bertukar ke arah central role mencari ruang menggunakan kepantasan yang ada. Lepas tu kita dah tak toleh belakang. Wigan makin fatigue, Roberto Martinez hopeless melihat teamnya bakal tersungkur ke Championship setelah 8 tahun berkelana di Top flight division. Podolski menambah gol kedua peribadi dengan mengoptimakan kesilapan defend Wigan. Dan Rambo, adalah Rosicky kita musim lepas, dia bangkit memberi satu lagi persembahan yang boleh dikatakan ok tapi golnya dari sudut sukar pasti tambah konfiden. Joel sendiri tak jangka, tapi kalau tak masuk dan katakan Kita tengah kemaruk nak cari gol, memang Theo dan Podolski yang ada kat tengah tu menyirap jek..Dan menariknya semua gol tersebut mendapat sentuhan assist anti Cazorla!! MOTM semalam.
Selamat tinggal Wigan. Terimakasih kerana mewarnai saingan BPL dengan corak positif attacking football.Cuma kali ini dah tibalah masanya untuk mereka turun.Kemenangan FA cup terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi. Apapun seperti Arsenal, mereka sudah layak beraksi di Eropah musim depan. Untuk Arsenal pula, hujung minggu ni tugas besar menanti. Menang ke atas Newcastle (nak selamat beza 2 gol) manakala Chelsea gagal menang ke atas Everton, kita akan layak secara automatik menduduki tempat ketiga. Inilah kesempatan yang ada, Newcastle takde apa lagi nak main, kita dah tolong relegate kan Wigan, mereka sudah selamat. Malah dengarnya ramai player2 utama mereka dihimpit kecederaan.Alan Pardew pun dengan bengap pernah mengeluarkan statement dia tak kisah final game ni kalah 4-0 apabila menghentam Tauke Kelab mereka Mike Ashley atas kegagalan Newcastle mencabar musim ini. Ayuh Arsenal! Totteringham day 19 May 2013!
Agi idup agi mengGunners!
Kita mengatasi kegusaran dengan menggunakan downfall Wigan di separuh masa kedua yang jelas clueless dan tak mampu bangkit setelah gol Theo Walcott. Gua berpuas hati dengan display Theo yang dalam interviewnya berani mengambil initiative sendiri untuk bertukar ke arah central role mencari ruang menggunakan kepantasan yang ada. Lepas tu kita dah tak toleh belakang. Wigan makin fatigue, Roberto Martinez hopeless melihat teamnya bakal tersungkur ke Championship setelah 8 tahun berkelana di Top flight division. Podolski menambah gol kedua peribadi dengan mengoptimakan kesilapan defend Wigan. Dan Rambo, adalah Rosicky kita musim lepas, dia bangkit memberi satu lagi persembahan yang boleh dikatakan ok tapi golnya dari sudut sukar pasti tambah konfiden. Joel sendiri tak jangka, tapi kalau tak masuk dan katakan Kita tengah kemaruk nak cari gol, memang Theo dan Podolski yang ada kat tengah tu menyirap jek..Dan menariknya semua gol tersebut mendapat sentuhan assist anti Cazorla!! MOTM semalam.
Selamat tinggal Wigan. Terimakasih kerana mewarnai saingan BPL dengan corak positif attacking football.Cuma kali ini dah tibalah masanya untuk mereka turun.Kemenangan FA cup terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi. Apapun seperti Arsenal, mereka sudah layak beraksi di Eropah musim depan. Untuk Arsenal pula, hujung minggu ni tugas besar menanti. Menang ke atas Newcastle (nak selamat beza 2 gol) manakala Chelsea gagal menang ke atas Everton, kita akan layak secara automatik menduduki tempat ketiga. Inilah kesempatan yang ada, Newcastle takde apa lagi nak main, kita dah tolong relegate kan Wigan, mereka sudah selamat. Malah dengarnya ramai player2 utama mereka dihimpit kecederaan.Alan Pardew pun dengan bengap pernah mengeluarkan statement dia tak kisah final game ni kalah 4-0 apabila menghentam Tauke Kelab mereka Mike Ashley atas kegagalan Newcastle mencabar musim ini. Ayuh Arsenal! Totteringham day 19 May 2013!
Agi idup agi mengGunners!
Posted in
Highlights
Khamis, 20 September 2012
Rabu, 11 Januari 2012
Khamis, 15 Disember 2011
Khamis, 1 Disember 2011
Ahad, 20 November 2011
Isnin, 7 November 2011
Post Match : A controlled performance
7:29 PTG
Gunners & Roses
Kemenangan kelima berturut2 dalam liga menjadi pemangkin semangat sebelum Arsenal berehat sebentar 2 minggu bagi memberi laluan kepada internationaleleh. Kemenangan 3-0 melalui 3 penjaring berbeza, RVP yang tgh flying high, Mael yang kembali dalam starting lineup dan Arteta si pendominasi, di samping clean sheet hasil gandingan Mael dan Kos, cukup untuk melakarkan senyuman di wajah , Wenger, pemain dan para penyokong. Walau bagaimanapun kedudukan kita di atas jadual liga tidak berubah disebabkan semua pasukan di atas kecuali Liverpool berjaya mengaut kemenangan. Itulah pentingnya kita menang game seumpama ini-game mampu menang- agar tidak lagi tercicir jauh. Kita pada ketika ini memungut jumlah mata yang sama bersama Liverpool dan Spuds, tapi tewas melalui perbezaan jaringan. Buat pertama kali dalam musim ini jugak, perbezaan jaringan kita berjaya mencapai angka +ve.
Arsenal turun ke Emirates dengan poppy shirts bersama lambang bunga merah sempena memperingati Hari Pahlawan. RVP mengetuai rakan2 pahlawan lain kali ini bersama timbalannya yang kembali kedalam starting lineup bergandingan bersama Kos. Mertesacker direhatkan. Alasan di sebalik ini adalah Wenger menjangkakan Odemwingie akan diturunkan maka dengan itu beliau merasakan Defend Arsenal perlukan pace bagi mengawal kelicikan penyerang Nigeria itu tapi pemain tersebut tidak diturunkan rupanya. Walaubagaimanapun, tidak merugikan apabila gandingan Kos yang sedang meningkat dan mael yang mmg dah terbukti berwibawa cukup solid malam itu biarpun tak banyak yang barisan depan anak buah Hodgson memberi cabaran.
Arsenal menguasai perlawanan dari sepak mula lagi dengan West Brom cuma cuba meminimakan ruang mengekang asakan kita. Namaun kelajuan kita serta movement yang spot on menjadikan tugas WBA bukan semudah yang disangka. Mereka mungkin dapat mengekang kita dalam 20 minit tapi Roy Hoodgson sendiri tahu, berapa lama laa sangat mereka mampu mengekalkan disiplin selagi corak mereka sengaja menjemput Arsenal datang bertubi2 ke kubu mereka. Arsenal mendapat gol pertama melalui lorongan cantik Rambo yang mencari Walcott di sebelah kanan. Berjaya melepasi kelajuan fullback, dia meloloskan diri ke dalam kotak penalti dan masuk lebih dalam sebelum merembat tepat ke arah penjaga gol. Bola termuntah dan milik siapa lagi kalau bukan RVP?! Gol disudahkan, gol ke 11nya dalam liga setakat ini kekal sebagai penjaring terbanyak. Arsenal meneruskan rentak garang denganterus menguasai dominasi bahagian tengah dan bola asyik berlegar2 di kawasan final third WBA. Hanya menunggu masa sebelum tamat separuh masa apabila jaringan digandakan melalui Verminator hasil hantaran baik RVP.Gol pertama Mael sejak peristiwa berdarah Rambo di Britannia.Tamat separuh masa pertama, Arsenal menghala ke bilik persalinan dengan keyakinan yang tinggi.
Walaupun mendominasi perlawanan dengan possession 71% Wenger tahu, ia masih belum cukup kuat untuk mengelak sebarang perkara2 yang tak diingini. Jika West Brom mampu mendapat sebijik gol, ia mungkin boleh mengubah rentak perlawanan dengan Arsenal mula menggelabah dan leka manakala Weest Brom kembali bersemangat dan menimpan harapan mengekalkan rekod cemerlang mereka di Emirates. Itulah sebab pentingnya mencari gol ketiga. Arsenal hampir membunuh perlawanan sekali lagi daripada Mael, tapi tandukan CB ini hanya sipi2. Kalau tak dah boleh jadi gol pertama melalui sepakan sudut untuk Arsenal musim ini. Selang beberapa minit tiba2 West Brom ada di kawasan Arsenal dan mampu mencipta peluang, tapi sayangnya sepakan ala kungfu shaolin soccer melayang ke langit menghampakan Chris Brunt.Hodgson mengeluarkan Zoltan Gera dan memasukkan Tchoyi kononnya bagi menambah sengat. Arsenal jugak melakukan pertukaran mengeluarkan Gervinho dan Rambo membawa masuk 2 muka berpengalaman, Rosicky dan Yossi bagi mengekalkan possession dan calmness. Itulah bagusnya Arsenal musim ini apabila di bangku simpanan kita ada player2 yang dah matang dan boleh control game apabila diperlukan.
Satu lagi watak penting dan matang dalam pasukan adalah kemunculan Arteta.Pemain Spaniard berusia 29 tahun ini start kesemua game liga bagi Arsenal semenjak perpindahannya dari Everton dan anda boleh lihat stability yang dibawa olehnya sebagai medium pengantara antara Song dan Rambo. Kadangkala diperlukan di bawah, dia boleh membantu, dia juga berkeupayaan unuk terlibat dalam offensive play. Pendek kata, ketika saat2 memerlukan dia pegang bola dia boleh hold game dan tahu ketika mana dan masanya untuk harus pass. Tak ramai yang berkaliber sepertinya, kita ada Jack Wilshere yang seakan complete midfield player tapi pemain muda itu injured dan tak mampu memikul tugas dan tanggungjawab seorang diri. Kehadiran stature seperti Arteta hanya memberi impak positif dalam persaingan dis amping mampu bergkongi pengalaman 6 tahun berada di top flight division. Dan dalam perlawanan malam hari itu, Arteta berjaya menjaringkan gol pertamanya di Emirates. Sekali lagi RVP assist. Rosicky melorongkan bola kepada RVP di tengah kotak penalti namun pemain Belanda itu tidak tamak menguis kepada Arteta yang diketahui mempunnyai teknikal hebat.Arteta merembat menewaskan Foster bagi melengkapkan 3 gol buat arsenal, mengesahkan 3 mata.
Persembahan Arsenal ini mendapat pujian daripada lawan , Hodgson turut menyanggah tuduhan pemainnya tidak bermain bersungguh2, kerana dia tahu limit dan kualiti pemain yang ada dalam pasukannya, secara teknikal masih lagi di belakang Arsenal.
"We were beaten by an excellent Arsenal side who were too good for us on the day. That's the truth of the matter."Banyak positif dari game yang lebiih kurang relax hari tu. 3 mata, RVP terus menerus menggegar jaring, Mael kembali, dan kembali dengan jaringan, 2 clean sheet daripada 2 last home game, pilihan CB berkualiti yang available, display Arteta yang dah mula jadi nadi di tengah, Jenkinson isi boot ditinggalkan Sagna, Dos Santos offer attacking option dan paling penting mood dan momentum dalam bilik persalinan. Cuma harapnya dalam 2 minggu mereka berehat ni dan ada yang terpaksa flight jauh ke negara masing2, harapnya bila balik semula,rentak dapat disampung daripada sepertimana yang kita barun tinggalkan. Paling penting tiadanya kecederaan kepada pemain2 utama. Memang masih jauh untuk kita sampai ke zon selesa tapi paling tidak , kita haru fokus dari game by game. Tidak terlalu memikirkan yang di atas lagi, buat kerja kita . Selepas internationaleleh Arsenal ada beberapa game yang winnable jadi tugas besar untuk mengekalkan konsistensi dan memberi amaran kepada yang lain bahawa kita dah mula serius memberi cabaran! Apapun aku ingin memperbetulkan twitter Santos kerana aku paham, sebagai orang yang selalu typo dan jugak english tunggang langgang yang tak amek PPSMI seperti aku memang begitu, jangan cepat melatah. "VERY Good Win GUYS!!!"
Agi idup agi mengGunners!!
Ahad, 30 Oktober 2011
Jumaat, 21 Oktober 2011
Isnin, 26 September 2011
Edisi Khas : MOTM vs Shrewsbury
7:06 PTG
Gunners & Roses
Disebabkan ramai yang tidak dapat menyaksikan full game, mari kita tonton aksi highlights bagi Man Of The Match malam itu iaitu pemain remaja pembelian termahal Wenger musim panas ini, Alex Oxlade Chamberlain..
Ahad, 25 September 2011
Khamis, 15 September 2011
Ahad, 7 Ogos 2011
Jumaat, 15 Julai 2011
Dalam memori, Arsenal di Malaysia.
6:52 PTG
Gunners & Roses
13 jam penerbangan dari Kota London, mereka akhirnya tiba di Kuala Lumpur pada 11 Julai 2011. Selepas itu segalanya bermula...
Hari pertama
Hari Kedua
Hari ketiga
Highlight Match (kredit sokernet)
Post Match Interview
Hari keempat
video menyusul..
Kini skuad Arsenal telah berada di China bagi meneruskan Asia Tour 2011 mereka bertemu Hangzhou Greentown esok.
Hari pertama
Hari Kedua
Hari ketiga
Highlight Match (kredit sokernet)
Post Match Interview
Hari keempat
video menyusul..
Kini skuad Arsenal telah berada di China bagi meneruskan Asia Tour 2011 mereka bertemu Hangzhou Greentown esok.
Sabtu, 28 Mei 2011
Gol2 terbaik Arsenal 2010/2011
2:13 PTG
Gunners & Roses
Berikut merupakan antara gol2 yang menarik sepanjang musim 10/11. Arsenal.com telah sepakat memilih gol penyamaan RVP ketika menentang Barcelona sebagai gol terbaik musim ini.Pilihan anda?
Posted in
Highlights
Isnin, 23 Mei 2011
Highlights : Fulham vs Arsenal..
10:27 PTG
Gunners & Roses
Geram dan kecewa punya pasal, lupa gua nak sentuh tentang tackle Zoltan gera yang mengundang kad merah semalam. Seperti mana kita ketahui Fulham kini berada di 2 tangga teratas fair play dan memungkinkan mereka mendapat slot ke saingan eropah musim depan, tapi tackle seperti Gera ke atas mael yang baru pulih dari kecederaan jangka panjang adalah satu tackle ancaman kerjaya. Mael terlepas dari malapetaka buruk kerana cepat respond kalau tidak, malang memang tidak berbau. Maka dengan itu, nasib slot Fulham berlum terjamin kerana Blackpool dan Ian Holloway sedang mendahului table fair play walaupun relegated. Table masih belum di finalized sehingga Khamis ini dari pihak UEFA. Aku simpati dengan Holloway terutamanya kerana mentaliti dan corak permainan bola sepak yang cuba ditonjolkan sepanjang musim terutama dalam saingan BPL adalah satu contoh yang patut dibanggakan,berani, konsisten dan wajar diikuti. Tidak salah mungkin kalau aku katakan Holloway dan Blackpool tidak selayaknya berada pada situasi sekarang.
Bercakap tentang fair play, kita mempunyai rekod yang agak teruk dengan 65 kad kuning dan 6 kad merah melayakkan kita terperosok di tangga ke 17 bersama Bolton.dan kita adalah pasukan kedua mendapat kad merah tertinggi di belakang WBA dengan 7 kad merah. Anda boleh buat persepsi sendiri, sama ada pemain kita tak cukup matang mengawal tekanan atau Arsenal menghantar mesej sudah bersedia bermain fizikal atau budak2 Arsenal nak tunjuk tak makan dek buli atau pun sifat komplot pengadil yang memihak atau seperti biasa kerja tangan2 ghaib.Anda pilih sendiri...

