Selasa, 29 November 2011

Pre Match : Arsenal buru impian ke Separuh akhir


Suku akhir Piala Liga 2012. Lawannya; Manchester City. Kalau di peringkat ini musim lepas, aku sedang teruja meneruskan pengembaraan dari Bayswater menaiki underground Tube ke Arsenal Station.Kota London sangat asing bagiku, namun kugagahkan jua demi Arsenal. Setibanya di malam matchday aura bedilan meriam kian terasa dengan setiap perhentian yang disinggahi, berpusu2 mereka yang naik dengan scarf merah putih dan jersey2 tertera lambang Arsenal dari pelbagai musim mensenariokan segala evolusi. Turun sahaja di destinasi, kakiku tak jejak tanah bagai di awang2nyangan semacam tak percaya benarkah aku kini berada di perkarangan Emirates yang dari jauh nampak tersergam indah ditambah pula waktu sepak mula piala liga pada masa itu lewat petang.745pm, suasana gelap mengkontrakan lagi pantulan cahaya dari Rumah Arsenal itu membuatkan adrenalin membuak2. Marching on bersama para gooners lain dari pelbagai bangsa kelihatan ternyata membuatkan ketulan2 ais yang mula turun, cair dengan kehangatan sokongon2 tuan rumah. Sejuk beku kuredah jua. Sampai pada satu tahap ketika sedang asyik merakam video perjalanan dan persekitaran, alih2 rakanku terlanggar skittle yang diletakkan sebagai penghadang lalu lintas kenderaan, nyaris tergolek dibuatnya, mereka yang ada di sekeliling hanya ketawa riang bukan dalam bentuk mengejek, melemparkan senyuman , semuanya dalam suasana harmoni penuh bersemangat bagi menyaksikan kejayaan pasukan kesayangan untuk melangkah ke separuh akhir. Aku bertuah kerana pada malam itu jugak Wenger menurunkan barisan yang hampir 1st team kerana kedudukan kita pada ketika itu. Malam itu Wigan menjadi mangsa 2-0. Satu ekspidisi yang berbaloi.Itulah sebabnya aku agak terkilan kerana kita gagal mengucup piala tersebut di Wembley, kerana kalau tidak bolehlah aku ceritakan pada cucucicit, bahawa atuk mereka sebahagian daripada sejarah perjalanan skuad piala Liga 2010/2011.



Genap setahun telah berlalu, namun memori indah itu akan terkenang sepanjang hayat. Ia akan menjadi satu malam yang diingati. Tambah pula bila raya setiap kali menonton cerita Drogba & Rooney lakonan Jozan memang teringat beb! Dan awal pagi besok, ceritanya pasti lagi berbeza dengan lawan yang datang kini bukan lagi calang2. Suasana build up match jugak pasti lebih menarik dan eksklusif.Membuktikannya adalah tiket tidak dijual dalam kategori 'open for sale' sepertimana aku berpeluang mendapatkannya musim lepas.Dan ia telah pun sold out! Bukan sebab Nasri, bukan sebab Clichy, bukan sebab ia Man City. Tapi sebab Arsenal, ini adalah Arsenal dan kita mahukan yang terbaik buat kelab kita. Beraksi di gelanggang sendiri harap dapat dijadikan satu advantage untuk kita meneruskan perjuangan ke peringkat separuh akhir.

Memang benar tak boleh lari daripada cerita2 jajaan media tentang kepulangan Na$ri Nasri mahupun Clichy atau Toure sendiri yang hanya baru buat 3 kemunculan musim ini setelah tamat penggantungan kes dadahnya. Tapi bagi Wenger apa yang penting adalah respect. Hargai apa yang ex-player buat pada kita. Itu aku tiada masalah, respect. Ya. Tapi sama ada benarkah seseorang pemain itu bermain untuk kita, Arsenal atau bermain semata2 untuk wang dan kepentingan individu. Ada perbezaan dari situ. Kita boleh menghormati pemain dan menghargai mereka, itupun sekiranya mereka juga melakukan yang sebaliknya. Jadi aku tak berapa nak kisah sangat tentang cara fan2 ini esok nak 'menyambut' kehadiran Nasri terutamanya, kerana apa yang lebih penting adalah result di akhir perlawanan. Sama ada Arsenal mampu meneruskan journey yang ketaksampain musim lepas atau sebaliknya. Bagi pemain2 seperti Koscielny dan Szczesny , mereka mungkin rasa ada hutang yang perlu dibayar tapi Szczesny seakan tidak akan diturunkan kerana statusnya sebagai penjaga gol utama dan Wenger pasti mencampakkan Fabianski untuk diberi peluang.Berbeza dengan Koscielny, ketika bertemu Fulham telahpun direhatkan, dengan fullback kita yang agak limited, jadi besar kemungkinan Koscielny akan menjadi tembok tebal kita. Sama ada partnernya Squaillaci itu tak boleh  nak predict.

Nama2 yang telah dipetik oleh Wenger dalam PC adalah seperti Oxlade Chamberlain yang dikatakan satu pembelian yang bijak dan pemain muda yang mula meningkat naik.Walaupun tak dapat banyak aksi tapi pendedahan ketika bekerja dalam training bersama rakan2 lain dikatakan sedikit sebanyak memberi pendedahan berguna. Begitu jugak Yossi kata Wenger tidak mendapat jumlah game yang sepatutnya.Start kesemua game Piala Liga sebelum ini, dia mungkin bakal mendapat satu lagi peluang esok pagi. Berdasarkan nama2 yang dipetik tadi , kita boleh agak pemain2 ini hampir pasti mendapat peluang dan menjadi pertaruhan Arsenal. Namun tak semena2 Wenger tiba2 menyentuh tentang Owen Hargreaves.Bekas pemain United 4 musim itu membuat kejutan dengan memilih berhijrah ke Manchester City musim panas yang lalu. Suatu yang tidak disenangi oleh para peminat merah khususnya.Tapi disebabkan faktor kecederaan , Hargreaves baru sahaja membuat berapa jek kemunculan bersama pasukan barunya. Ironinya di sini, pendedahan Wenger tentang dia hampir consider nak beli Hargreaves sewaktu dia menjadi prospek Eropah dan hangat di Piala Dunia 2006 bersama skuad England. Tapi price tag di musim kontrak terakhir membiarkan United sahaja membelinya dengan 17M.Musim ini ketika kehilangan duo, Wenger sekali lagi terpikir untuk menaruh harapan tapi pikir2balik dia lebih rela memperjuangkan nasib pemain2 muda dan yang sedia ada. Satu keputusan bijak. Bukan menidakkan keupayaan Hargreaves tapi senarai list kecederaan kita dan bil2 rawatan pun belum habis terbayar tak perlu susah2kan diri lagi. Walaubagaimanapun, besar kemungkinan City akan menurunkannya untuk aksi esok berserta pemain2 so called bintang mereka yang terperap di bangku simpanan.


Arsene Wenger menghantar mesej bahawa pemain2nya mungkin menghadapi burn out jika terus digunakan tanpa rehat atau dengan maksud tersiratnya, rotation terpaksa diperbanyakkan terutama bagi RVP Rambo dan Theo Walcott.
"It will be easier for you to pick the Man City team because you can look in the stand and on the bench (against Liverpool) and you will see who plays on Tuesday. We have red alerts on a few players but I will pick as strong a team as I can.'I believe that some players are on the fringe of being really limited. I will rest some players, but I still want to play a team that has a chance to win the game,''-Wenger
 Jadi kemungkinan ketiga2 watak penting ini bakal tidak beraksi awal pagi nanti , maka Wenger sudah bersiap sedia dengan pemain seperti Oxlade Chamberlain, Park Chu Young dan Frimpong.Sukar jugak nak mengagak siapa yang sebenar2nya mengisi slot malam ini. Terutama di bahagian defends. Dihafamkan Mael akan mengetuai pasukan malam ini tapi beraksi di ahagian LB, membiarkan Kos dan Squaillaci bergandingan di CB.Sama ada Johan,Coquelin atau Nicho pulak akan mengambil posisi RB. Diaby dan Yossi dijangka akan start malam ini. Bagi Manhester City , mereka mungkin berada dalam form yang sedang masyuk dengan 11 kemenagnan dari 13 match liga tanpa kalah.Tapi kalau rasa ada hati nak menyaingi rekod unbeaten Arsenal, sabar dulu... perjalanan masih panjang , saat sukar dan genting belum tiba lagi buat City.Tiada pasukan yang benar2 kebal sekarang. Perjalanan Eropah mereka jugak tidak memberangsangkan ,normal bagi newcomer. Mereka baru sahaja memenangi piala domestik pertama dalam tempoh berdekad lamanya musim lepas, FA cup. Maka dilihat chances mereka dalam satu lagi kejohanan domestik ,Piala Liga jugak adalah tinggi berdasarkan senarai pemain2 bangku simpanan mereka atas kertas. Ini bermakna siapa sahaja yang turun pun, Mancini boleh menurunkan pemain2 yang nampak mampu menang.Balotelli tidak akan beraksi setelah mendapat kad merah ketika perlawanan bertemu Liverpool tempoh hari. Kita menjangkakan pemain2 seperti Taylor,Savic, Zabaleta, Hargreaves, Kolo Toure, De Jong ,Adam Johnson,Nasri, Dzeko  menjadi taruhan mereka.Bring it on!

--------------------Fabianski----------------
Nicho/Coquelin-----Laci------Kos-----Mael
---------------Frimpong-----------
-------Yossi-----------Diaby-------
---Oxlade-----Chamakh-----Pakcu/Arshavin

Menang kita akan layak ke separuh akhir, tewas bukan bermakna kita dah kembali ke dalam era krisis.Just move on. Apapun kita mengharapkan siapa sahaja yang turun menyarung jersi merah putih pagi nanti memberikan seratus peratus kudrat dan menonjolkan satu persembahan yang mantap dan fighting spirit yang boleh dibanggakan demi maruah Arsenal di gelanggang sendiri.

3:55am Astro Super Sport2 816. Arsenal 2 Manchester City 1.

COYG!!!!


Isnin, 28 November 2011

Post Match : Apa yang tidak kena?



Seperti yang kita sedia maklum Arsenal telah keguguran 2 mata berharga di laman sendiri. Keesokan harinya pulak, berita kematian Gary Speed mengejutkan dunia bola sepak, dan beberapa minit selepas itu Malaysia pulak dikejutkan dengan 3 gol dalam masa 6 minit oleh Bahrain, meranapkan peluang kita di atas kertas untuk beraksi di London.3 gol dalam 6 minit..hurmm bunyi seakan2 pernah dengar di Istanbul suatu ketika dahulu.Gua ingat perasaan tentang tragedi2 macam ini hanya dapat rasa di Arsenal sahaja, leading 2-0 untuk last2 kalah 2-3 di gelanggang sendiri, rupanya di tanah air sendiri pun terjadi jugak malah perasaan yang sama turut menghantui. Devastated. Jadi apa yang tidak kena sebenarnya? Tidak mahu mengulas tentang kematian Speedo, seorang pemain yang menjadi role model bersikap profesional di atas padang dan melalui cerita2 rakan2 seperjuangannya beliau juga nice guy di luar padang, Sehinggakan Arsenal.com sendiri mengeluarkan berita tersebut sepagai tanda penghargaan terhadap Jurulatih skuad kebangsaan Wales. Paling terasa pastinya kapten dan pemain Arsenal, Rambo. Juga tidak berhasrat untuk memetik tentang nasib skuad kebangsaan kita sendiri tapi kata2 Ong Kim Swee dah merumuskan segalanya. 'Ini harga yang terpaksa kita bayar'. Ini itu boleh dirujuk pada kecederaan2 atau juga lebih kepada perjuangan demi mengekalkan sebutir emas di Sukan Sea. Itu bukanlah alasan sebenarnya tapi apapun itu yang sudah tertulis. Jadi mari kita menyentuh tentang apa yang kita lebih tahu iaitu mengenai mengenai result 1-1 di Emirates tempoh hari.
“I have no idea how that happenedI think it was [John Arne] Riise who wanted to shoot, but I wanted to tackle him. Unfortunately the ball went in. "-Mael
Apa yang tidak kena. Orang paling lega pastinya Mael. Daripada verminator dia menjadi Terminator apabila tersepak masuk bola ke gawang sendiri tapi pantas menyelematakan maruah Arsenal dengan redemption melalui gol tandukan hasil hantaran lintang Walcott. Namun Arsenal lambat untuk panas, jadi itulah harga yang terpaksa kita bayar. Lack of urgency dan kurang kreativiti di samping Fulham yang bermain dengan disiplin yang cukup ketat menyukarkan pergerakan biasa kita. Ramai yang menuding jari terus terhadap keputusan Wenger menyenaraikan Arshavin berbanding Gervinho didalam 1st eleven. Bagi aku itu bukan seratus peratus puncanya. Memang benar kita nampak Arshavin agak lack of confident dalam permainannya sekarang ini tapi itu semua disebabkan oleh kurangnya peluang game yang diberikan.Begitu jugak pemain2 seperti Chamakh. Berapa lama gervinho Arteta Rambo boleh blend in ke dalam pasukan jika tidak kerana peluang2 game yang diberikan.

 Jadi untuk menyalahkan pemain secara individu seperti contoh Arshavin adalah rasa kurang adil. Jika gervinho disenaraikan pun, nanti orang akan bising pada Wenger jika result yang sama, tak ada hasil, "Kenapa ko tak rotate palyer walhal ko cakap skuad ko dah cukup besar dan bagus?" dan bila ditukarnya " Mengapa ko tukar player suka2 ati kacau flow team" Ini semua adalah soalan2 lazim lepas geram. Jadi salah siapa? salahkan Fulham yang bermain untuk 1 mata? Tidak sama sekali menyalahkan pasukan2 yang datang ke Grove untuk bermain sedemikian rupa. Arsenal sepatutnya telah lama adapt. Kita thau lawan yang datang kebanyakan dengan satu misi -jangan kasi Arsenal main, frust kan mereka- kemudian untung sabut timbul, mereka boleh dapat gol. Jadi semua pemain harus dipersalahkan kerana tidak betul2 fokus terhadap perlawanan. Kita tak nampak nawaitu dan kesungguhan, mungkin terlalu asyik dibuai konfiden dengan 5 kemenangan hingga kita terlalu yakin gol2 tersebut akan datang. Arsenal tak booleh nak mengharapkan RVP seorang. Lihatlah jika tidak kena pada harinya, RVP jugak boleh fade out macam game tempoh hari. Jadi pemain2 sekelilignya perlu step up untuk membantu offensive play. Arshavin mungkin berada dalam minda dilema ketika ini dan dia sendiri tau formnya tak berapa bagus semenjak dua menjak ini tapi hanya jumlah game yang berterusan dapat menaikkan kembali keyakinan seseorang pemain. Itu yang selalu Wenger pikirkan, dia tak boleh nak mengembirakan semua pihak, semua pemain dalam satu masa jadi sepatutnya Pemain  yang patut bertindak profesional sentiasa bersedia apabila diperlukan.Di sebalik tembakan bertalu2 terhadap Arshavin, walaubagaimanapun Wenger memuji kehadirang dua sub lain iaitu Diaby dan Chamakh yang seakan memberi kelebihan fizikal dan mengubah corak permainan apapun dah terlambat. Itu sebab gua cakap, kalau 1st half kita dah ada lebih urgency dan tunjuk kat Fulham betapa seksanya beraksi di Emirates dengan jaringkan 2 3 bijik gol awal, aku rasa tak ada masalah.Masalahnya pemain kita terlalu berasa selesa awalnya.

Fulham hadir ke Emirates dengan strategy yang spot on. Mereka tahu Arsenal selalu bermain ikut wide area dan menggunakan kedua2 belah fullback. Misi pertama mereka stop Theo Walcott. Kalau kita lihat kembali game tersebut jumlah Kekerapan Theo mendapat bola dan peluang dari arah wide berjaya diminimakan berbanding game2 lain. Ini jugak ditambah dengan faktor RB Johan yang kurang kreatif dalam overlapping maka tidak memberi tugas sukar buat Dempsey malah Riise sendiri untuk pressing. Ya , Arsenal kurang pressing malam itu.Mereka jugak kurang mengejar  ketika movement off the ball.Belah kiri pulak Santos kelihatan termengah2 kerana workload yang tinggi sepanjang ketiadaan Gibbs, dan kita sedia maklum Arshavin baru nak kembali mencari rentak. Dan walaupun bermula baik dengan gandingan RVP, golnya dikira offside. Tapi yang lain2 gerakannya sudah predictable. Setiap kali dia cuba beat defender, kita sendiri dah boleh agak ke arah mana pergerakannya terutama ketika cuba melalui celah2 antara 2 defender, itu memang pergerakan Arshavin, kalau dulu masa gol pertamanya bertemu Blackburn dulu bolehlah dikagumi tapi kini ia predictable, pemain lawan jugak dah buat homework.Wenger selalu cakap Arshavin player yang suka bergamble, masalahnya kalau lepas mmg lepas lah, tapi kalau sangkut tak ke moral lagi down, bukan sahaja bagi dirnya, malah team mate. Ciri2 dan tugas penting bagi pemain wide adalah beat defender tapi jika 1st defender pun tak mampu dilepasi, punah. Itulah sebab bila start Gervinho masuk, kita nampak game Asenal mula macam hidup kembali, bezanya adalah mobility mungkin mingak gris Gervinho sapu lebeh siket.

Barisan tengah Arsenal kurang menyengat. Kita boleh lihat betapa fatigue nya Rambo. Arteta jugak tak banyak yang boleh dibuat ketika tugasnya hanya kelihatan passing sideways sahaja. Satu bola dilorongkan cantik olehnya yang diingati adalah untuk RVP itupun bola diselamatkan oleh Baird, satu2nya peluang Arsenal paling mengancam malam itu.Song jugak beberapa kali mencuba tapi tak mampu, membawak bola 2 3 meter ke hadapan bukan tugas semulajadinya jadi untuk mengharapkan dia mengulang tayang aksi Rabu lalu agak sukar. Banyak passing yang sangkut menyebabkan RVP tak dapat support dan terpaksa play deep kutip bola dari bawah sendirian. Dengan kemasukan Chamakh Gervinho dan Diaby sehinggalah Wenger terpaksa keluarkan Mertesacker -taktikal yang jarang2 dibuatnya- melonggokkan barisan tengah dan atas Arsenal mula nampak ada sedikit tenaga baru tapi Fulham terus kental bertahan. Kepenatan jugak menyebabkan kita tak segera close down ketika Fulham dapat bola terutama di kawasan mereka sendiri.

Jadi memang nampak sangat, Arsenal drop dua mata disebabkan faktor kurang bernafsu, kurang penetrasi dan kurang kecergasan.Maka dengan itu sudah tiba masanya Arsene Wenger cari jalan lain macam mana nak blend pemain2 lain agar semua mereka sebati , serasi dan dapat aksi sama rata.Dengan skuad kita yang besar bukan lagi alasan walaupun quality wise, ia masih menjadi persoalan. tapi adalah penting Arsenal mencuba pelbagai strategi dan campuran pemain keran perjalanan musim kita masih panjang jadi nak mengharapkan satu2nya 1st eleven yang itu sahaja memang agak sukar. Kita masih ada lagi Oxlade,Ryo yang masih belum buat cameo,Rosicky, Arshavin, Diaby, Chamakh Pakcu,Squailaci,Yossi,Frimpong,Coquelin, Yennaris, Miquel dan Captain Jack berserta rakan2lain Carl, Sagna, Gibbs yang masih dilanda kecederaan. Sekiranya skuad ini kekal fit hingga ke hujung musim kita mungkin akan ok.Rotation adalah perlu dan aku jangkakan skuad Piala Liga nanti adalah satu skuad yang berbeza maka pemain2 yang dipilih untuk diturunkan menentang Man City esok perlulah mengambil kesempatan seaiknya membuktikan kemampuan mereka.


Agi idup agi mengGunners!




Sabtu, 26 November 2011

Pre Match : Arsenal vs Fulham

Arsenal memburu kemenangan keenam beturut2  dalam liga. Malam ini Fulham menjadi cabaran di Ashburton Grove.Anak buah Martin Jole kini berada 2 mata di atas zon penyingkiran tapi tak bermakna Arsenal boleh bajet menang free2 saja malam ini.Memang kita sedang berada dalam momentum peningkatan, maka yang penting sekarang ini mengekalkan konsistensi. Kita dah 12 mata jauh ke belakang daripada pendahulu, Untuk terus memberi cabaran kita tak boleh biarkan gap ini semakin jauh.Ketika City dan Liverpool masing2 bertemu antara satu sama lain United bertemu Newcastle jadi ini peluang baik untuk merapatkan jurang, apa2 jua keputusan akan memberi sedikit advantage buat Arsenal dengan syarat tugas di Emirates yang wajib diselesaikan dahulu.

Daripada rekod 25 perlawanan Fulham berkunjung ke Arsenal, mereka belum pernah menang walaupun sekali. Kesemua 22 kemengan buat Arsenal dan bakinya seri.Walaupun mempunyai barisan depan yang boleh tahan Dempsey, Zamora, Johnson, Dembele tapi mereka baru score 2 bijik daripada 6 perlawanan away yang dilalui setakat ini. Statistik ini boleh menambahkan konfiden kepada Arsenal. Arsenal yang turun dengan barisan sama dalam 2 game mungkin akan melakukan sedikit rotation.List kecederaan masih tidak berubah dengan kesemua fullback asli kecuali Santos, masih lagi out ditambah dengan kecederaan Rosicky.Kepulangan Diaby yang sempat buat cameo boleh cover barisan tengah jika salah seorang daripada trio diminta berehat. Kita masih ada lagi Yossi, dan Arshavin. Fulham pulak akan dapat balik aksi Risse yang baru dapat anak serta Sidwell sudah pulih dari kecederaan.
"(Arshavin)He’s not a back-up player but at the moment he doesn’t play,Maybe he will play on Saturday. I feel sorry for every player who doesn’t play but it is part of our job. Competition is part of our job and you must accept that in some periods of your career somebody can get in front of you."
Jangan bimbang aku percaya semua pemain akan dapat peluang beraksi. dengan jadual yang padat bulan depan dan minggu depan ada Piala Liga bertemu ManCity di laman sendiri, watak dan kudrat setiap pemain adalah diperlukan.Namun malam ini kita perlu settlekan tugas yang ada depan mata, panjat table liga perlahan2.

---------------Szczesny------------------
Kos-----PM---------Mael-------Santos
--------------Song----------------------
---------Arteta----Rambo--------------
--Walcott----RVP-----Gervinho---------

1:30 am Astro 817/831/ Arsenal 3 Fulham 0.

Agi idup agi mengGunners!