Khamis, 24 November 2011

Post Match : Kita Juara Kumpulan

 Sekali tengok macam Harimau Malaya..tapi bukan malam Kuning Hitam semalam..

Pasukan merah laa pulak yang menang, ironinya Syria pun merah jugak..

Ketika pasukan negara jelas struggle di babak kedua dengan fatigue ketika tumbang pada aksi kelayakan olimpik bertemu Syria, cerita berbeza pula di London, tempat di mana Olimpik bakal berlangsung, awal pagi tadi. Arsenal menukar rentak di separuh masa kedua untuk menundukkan Borussia Dormund 2-1 bagi mengesahkan kita sebagai juara kumpulan F walau berbaki satu perlawanan. Dan penjaringnya tidak lain tidak bukan, 2 bijik dari RVP membantu Arsenal menjadi pasukan pertama dari England untuk layak ke peringkat last 16. Walaubagaimanapun kemenangan malam tadi tak datang dengan mudah dengan Dortmund jelas menguasai di babak pertama dan kurang bernasib baik apabila terpaksa mengeluarkan Mario Gotze akibat kecederaan.Arsenal pulak start boleh main setelah dapat gol awal di babak kedua,barulah kita nampak in control dan relax sediki sebelum Arsenal mengesahkan dengan jaringan selamat kedua RVP 3 minit sebelum masa tamat.Tapi kelekaan di barisan belakang antara Song dan Johan membolehkan Kagawa merembat masuk gol saguh hati dari jarak dekat pada masa kecederaan sekaligus mengecewakan Arsenal yang baru bajet nak clean sheet.



Dan nampaknya Arsenal tadi benar2 serius apabila menurunkan barisan yang sama bertemu Norwich tanpa sebarang pertukaran. Jangkaanku Arshavin bakal mendapat peluang jugak meleset. Gervinho digunapakai walaupun dia agak tumpul sikit malam ni, peratusan complete pass pun tak memberangsangkan. Ini mungkin akibat faktor kepenatan menyaksikan pemain2 kita di awal perlawanan hanya mengejar bayang. Dortmund jugak bermain dengan cukup positif dan lebih bernafsu. Mereka tidak memberi ruang walau seinci untuk kita mencipta gerakan.Setiap kali kita dapat bola  mereka punya pressing dan closing down begitu bagus.Itu sebab kita seakan terpaksa bergantung harap pada pace Walcott dalam memberi ancaman.Schmelzer paling banyak kerja antara defend mereka untuk mengikat Theo. Tapi Dortmund punya perangkap offside pun boleh tahan spot on. RVP beberapa kali terperangkap terutama di separuh masa kedua selepas kemasukan Yossi.

Arsene Weger memuji aksi Song malam ini.-kecuali blunder di minit2 akhir- Song beraksi sebagai DM cover segenap penjuru,dan satu bonus apabila dia boleh buat assist ke RVP. Dan selepas gol itu baru kita nampak settle down , kita dah boleh lajukan tempo,  maka perlawanan dalam kawalan. Arsenal memang diajar supaya bersabar, kerana jika terus cuba mencipta peluang lambat laun pasti ada hasil. Ia menuntut keyakinan yang tinggi. Tapi bagi RVP dengan form sekarang ini, dia ini tak payah tertunggu2 bila masa nak score gol, tapi gol tu umpama yang datang sendiri pada dirinya. Bebas kecederaan dan seakan menjadi period terbaik sepanjang kerjayanya, RVP kelihatan unstoppable kini. Mari kita harap satu seaon yang penuh buat Kapten kita!



Lagi positif dari game tadi adalah kita score buat pertama kali dari corner musim ini. (betulkan aku jika tersilap) Setelah berpuluh2 corner Arteta dan RVP amek, tak jumpa langsung target man sama ada Mertesacker atau sesiapa sahaja. Tapi Dengan kembalinya Mael, kita nampak lebih mengancam di set pieces.Dia bukan sahaja boleh rembat sendiri free kick tu tapi bila tang corner jugak dia macam ada killer instinct, ada hidu2 bola. Tengok pada rekod sebelum ini beberapa kali dia dapat memenangi tandukan untuk menggegar jaring.Seperti jugak malam ini, sepakan sudut Arteta dari sebelah kiri disambut Mael yang hanya perlu flick on ke belakang untuk bola singgah depan kaki RVP yang menyambung dengan tap in.Aku rasa kalau kita fokuskan lebih lagi semasa latihan dalam set pieces, kita mungkin boleh mengoptimakannya terutama part offensive.Selain itu kita dah boleh tengok Diaby pakai jersy 'Forward' buat pertama kali apabila dia buat cameo 5 minit ganti Theo.Harap lepas ni dia sentiasa look forward laa tak mahu lagi ulang tayang kecederaan2 lampau.

Last 16 dan top of da group dah confirm.Lepas ni nanti di Olympiacos boleh ambil peluang rehatkan pemain2 utama dan turunkan pemain2 lain untuk dapat ilham tapi sekarang otak kena pikir terus untuk Fulham.


Agi idup agi mengGunners!!


Rabu, 23 November 2011

Pre Match : Arsenal vs Borussia Dortmund

Terlebih dahulu diucapkan tahniah kepada Kontinjen Team Malaysia di Sukan Sea dan syabas khususnya buat pasukan Harimau Muda kerana berjaya mengekalkan emas di negara jiran mengatasi segala ranjau dan cabaran.Tapi petang ini anak buah Ong Kim Swee ada tugasan lain di peringkat yang lebih tinggi sekaligus lawan yang lebih getir.Secara peribadi aku nampak peluang Malaysia petang ini ada untuk membuat kejutan. Kerana bagi masing2, lawan yang bakal ditemui agak asing walaubagaimanapun moral boost dan keyakinan menyerap tekanan mungkin boleh menjadi advantage buat pasukan negara. Bagi yang tidak berkesempatan ke stadium boleh menyaksikan di Astro Arena 801 dan TV2 jam 845pm



Arsenal jugak akan beraksi awal pagi nanti. Meneruskan saingan dalam peringkat kumpulan UCL. Arsenal perlukan 3 mata daripada perlawanan bertemu Dortmund di Emirates malam ini untuk mengesahkan tiket ke pusingan kedua sebelum ke Greece untuk perlawanan terakhir. Daripada perlawanan hujung minggu lalu, tiada sebarang kecederaan tambahan pada pemain yang beraksi kecuali Rosicky. Namun Arsenal menerima berita baik apabila Diaby bakal diselitkan ke dalam senarai skuad malam ini.RVP yang direhatkan sejam dalam perlawanan bertemu Marseille tidak ada apa2 halangan jadi dia akan start, itu jaminan Wenger. Gua rasa Arshavin mungkin akan mendapat peluang beraksi kali ini dirotate dengan Gervinho memandangkan kapten Russia itu tak sentuh bola Sabtu lalu. Arsenal akan menurunkan barisan terkuat mampu menang sebab adalah penting untuk secure tempat awal kerana kita tak akan tahu apa jadi lepas ini dengan jadual liga yang semakin padat terutama bulan 12 nanti.

Dortmund pulak pasti mempertaruhkan ayam tambatan penjaring gol ke atas Bayen dan jugak target Arsenal, Mario Gotze.  Defender pilihan, Subotic seakan pasti tidak beraksi akibat kecederaan. Mereka diberikan tonik dengan kepulangan Patrick Owomoyela dan Marcel Schmelzer. Dortmund macam Arsenal, berhadapan permulaan yang buruk tapi kini macam dah jumpa rentak dalam Bundesliga jadi Arsenal harus lebih berwaspada.Jurgen Klop pun dah mula nampak konfiden untuk buat kejutan.

-----------Szczesny------------
Kos-----PM-------Mael---Santos
------------Song---------------
-----Arteta------Rambo--------
--Walcott----RVP---Arshavin--

Sayangnya tiada live di Astro untuk perlawanan ini yang ada hanya delayed 5:30am ESPN. Jadi bagi sesiapa yang tak dapat online streaming, siapkan mode di dalam gua tutup segala alat komunikasi, putuskan hubungan dari dunia luar dan berjagalah di awal pagi nanti umpama kononnya siaran langsung.

Berita lain adalah Chuks Aneke telah mengikat kontrak bersama kelab League One, Stevenage FC secara pinjaman sehingga awal Januari depan. Nicho Yennaris dah sign kontrak lanjutan jangka masa panjag dengan Arsenal.Dia pasti tertunggu2 peluangnya untuk bermain menentang Mancity dalam Piala Liga musim depan. Dan lastly, seperti yamg kita ketahui tentang pertaruhan Jack Wilshere dan Spuds di twitter, aku kata Bring it on jek! Aku tak risau kerana percaya Wilshere bila2 masa sahaja boleh menjelaskan charity 3k tetapi berapa banyak laa sangat fan Spuds yang sanggup menepati janji , jadi berapakah anggaran wang amal 1pound terkumpul dari setiap poket Spuds setelah Arsenal sah menyambut hari Totteringham Day?!

Agi idup agi mengGunners!!


Ahad, 20 November 2011

Highlights & Interview : Kenari dibedil Meriam