Rabu, 13 Mac 2013

Mengharapkan keajaiban


Gua sengaja peram lama siket bagi cool setelah kekalahan minggu lepas . Bagi para spuds syok terlebih dengan kemenangan 'piala Dunia' mereka. Mereka ingat mereka dah menang satu NLD dan beza 7 points dah habis power?! jangan berharap, sejarah dah membuktikan maka tidak pelik apabila Hujung minggu lepas, ketika game kita bertemu Everton tertunda akibat FA Cup, Spuds sekali lagi mempersia2kan peluang untuk menjarakkan diri kepada 10 mata. Keputusan di Anfield pastinya satu tamparan buat peminat2 Spuds apabila Liverpool menyepikan seketika lagak sombong angkuh dan bongkak jiran perasan bagus.Kebadutan Lloris dan Defoue telah memberi peluang untuk Arsenal merapatkan jurang. Buat para Gooners, jangan syok sangat walaupun berbeza 1 perlawanan selagi belum 3 mata, ia bukan 3 mata. Tapi ia pastinya satu tonik dan lifeline bagi Arsenal, yang seharusnya kini fokus game by game. Atas kertas kita nampak ada chance dengan Spuds perlu lawan Everton, Swansea, Chelsea dan City. Kita jugak apa kurangnya jangan pandang ringan, kita masiha da Swansea hujung minggu ini, Everton dan juga United. Chelsea masih lagi dalam zon boleh kejar , begitu jugak diam2 ubi Liverpool yang kini hanya 2 mata di bawah, bersama2 Everton. Jadi saingan untuk tempat ke UCL masih luas terbuka rakan2, jangan berhenti berharap!

Seperkara lagi yang 'membanggakan' buat Arsenal kini adalah Arsenal satu2nya wakil England yang diharap untuk ke saingan UCL ke peringkat suku akhir.-Walaupun realitinya sukar tapi faktanya hanya kita yang tinggal- Jadi awal pagi nanti Arsenal akan bertandang ke Jerman, Allianz Arena bagi mencipta historic comeback. Nampak sukar tapi tiada yang mustahil. Kekalahan 1-3 di Emirates seumpama menutup peluang di mata pemerhati2 tapi sebagai penyokong, gua dan anda berhak berasa yakin miracle mungkin boleh terjadi sehingga wisel penamat ditiupkan. Mungkin bunyi terlalu optimis tapi itulah tugas kita sebagai penyokong walaupun Wenger sendiri dah macam concede kan UCL season ni dengan line up yang bakal diturunkan. Dia lebih prefer untuk cuba UCL tahun depan, itupun jika layak. Maka dengan itu Game bertemu Swansea dilihat lebih penting baginya. Dengan Wilshere injured ankle tiga minggu out, Podolski juga injured ankle, malam ni kompom dah out, Szczesny 'direhatkan'. Mengapa direhatkan ketika kita dah 10 hari tak tendang bola? Gua rasa ini memang plan Wenger yang dari satu sudut, nak menghukum kedaifan Szczesny dalam 1st leg walaupun bukan totally salahnya( tapi untuk start Fabianski tak banyak beza pun) atau dari view yang kedua, memang Wenger pun nampak macam tak ada harapan jadi dia bagi laa player2 yang jarang dapat peluang untuk beraksi.


Itu sebab Arshavin, Diaby jugak telah dipanggil ke dalam skuad malam ni. May be dengan mimpi Arshavin boleh menjenamakan dirinya semula dengan mengulangi 4 gol satu game. Tapi pada gua ini bagus, bagi changes, kasi segar. Player2 macam Rosicky, Arshavin dan Cazorla kalau bergabung mungkin boleh lah bagi sesuatu.Kerana 2 nama awal yang disebut tadi pernah menjadi 'game changer' ketika waktu prime mereka, yang boleh mencipta sesuatu dari kebuntuan.Apapun itu cuma assumption dan harapan. Kita cuma harap mereka main dengan terbaik, menang tak layak pun takpe, maknanya menang tapi agregat tak cukup, asalkan main dengan penuh bermaruah. Tapi bila tengok lineup yang disediakan dan player2 yang available,hanya ada 2 kemungkinan nampaknya sama ada kita dibelasah teruk atau kita mencipta kejutan sebagai underdog. Yang kedua better.



Masalah barah di bahagian pertahanan bakal berlanjutan lagi2 game malam ni untuk mengekang keperwiraan tentera2 Jerman yang pantas dan tajam.Riberry dan schweinsteiger tak main sebab injured dan kena gantung.Tapi finalis 2 musim beruturut2 tu masih ada banyak lagi askar2 simpanan yang mantap2 berbeza dengan kita dari segi quality depth, yang hanya sekadar nombor itupun cukup2. Gibbs dah boleh turut serta dalam skuad tapi sama ada start atau tidak belum pasti. Untuk letak Mael LB buat kali kedua bukan satu tindakan yang bijak. Lebih2 lagi dia tak on form musim ni dan dah terbukti satu disaster waktu 1st leg.Untuk bertemu Bayern kita kene ada fullback yang ada pace.Jadi kita gamble dengan Gibbs dan Carl ketika Sagna jugak out injured.Untuk midfield Rosicky Arteta Cazorla, itu dah cukup nama2 yang berpengalaman tapi tak berapa nak balance untuk cover defense . Gua menjangkakan Theo Giroud dan Gervinho akan start di atas dan Arshavin seeprti biasa dibangku simpanankan. Yang merisaukan adalah sejauh mana so called winger transformer ni boleh cover fullback melakukan track back.Bolos adalah perkara yang sangat2 perlu dielak dalam game yang kita tengah kejar macam ni.Tapi mengenali Arsenal, mari mengharapkan result 4-2.COYG!!

--------------------Fabianski-----------------
Carl----------Mertesacker---Mael----Gibbs
-----------------Arteta---Rosciky-----------
--------------------Cazorla-------------------
-----Theo---------Giroud------Gervinho----

Walaupun tak de siapa meletakkan harapan untuk Arsenal melangkah ke pusingan berikutnya pada situasi ini. Gua rasa masih ada sesuatu yang perlu diperjudikan, pride. Dan Arsenal bermain tanpa tekanan, nothing to lose.Gua rasa dengan mengabaikan result 1st leg, sebagai pasukan underdog, kita mungkin boleh bagi kejutan kepada Bayern Munich sepertimana kita hampir2 mengejutkan AC Milan musim lalu. Segalanya mungkin.. Harap ada lagi malam2 Eropah yang indah..

  Agi idup agi mengGunners!!



0 ulasan: