Rabu, 1 Ogos 2012

Lengkap AsiaTour tapi masih banyak perlu diperbaiki

Bertemu kembali, ketika pra musim sedang hangat berlangsung, Arsenal telah pun pulang dari melengkapkan jadual pra musim dalam siri jelajah Asia 2012. 1 kemenangan ke atas Malaysia,1 kekalahan kepada Manchester City dan jugak 1 seri bertemu kelab Hong kong Kitchee. Walaupun pada perlawanan friendly ini result tidak diutamakan, tetapi jika expectation yg diletakkan agak tinggi, display dan keputusan dari semua opponent tu boleh membuatkan kita terangkat kening.Gua lebih impress kepada pasukan kebangsaan dan tidak henti memberi sokongan kepada Harimau Malaya malam itu berbanding skuad campuran Arsenal.Kita tahu ramai pemain2 utama yang ditingalkan di rumah terutama di bahagian pertahanan dan serangan meletakkan Chamakah hanya sebagai striker utama. Tapi ini peluang untuk mereka yang tak berkesempatan membuktikan bakat untuk menyinar. Seperti kata Wenger, ada yang sudah bersedia, ada yang langsung belum bersedia,bagi gua ada jugak yang konsisten mengecewakan.

Yang pasti kesemua pemain mendapat minit beraksi sebagai pemanas badan untuk fitness mahupun sebagai pengalaman.Ketiga2 penjaga gol kita digilir2kan match seorang satu, suatu yang adil untuk semua. Yang mencuri tumpuan pastinya penjaring terbanak pra musim, pemain muda Jerman yang dibeli dari Dormund instead of Gotze yang digembar gemburkan, akhirnya Wenger gamble dengan Thomas Eisfeld. Dia hanya pemain gantian untuk ketiga2 match dan jumlah aksinya  hanya 43 minit namun sudah nampak bibit2 impak genius dalam corak permainannya yang boleh disumbangkan kepada pasukan. Ia mengingatkan gua pada Jack Wilshere di usia muda bagaimana dia break through ke skuad utama. Ketika Wilshere masih lagi terlantar sehingga siapa tahu bulan Oktober?, Wenger ada cukup masa untuk bereksperimentasi dengan budak ini lebih2 lagi Rambo kini bersama skuad Olimpik jadi dia tak perlu sibuk2 untuk jaga hati dan perasaan.Berikan dia peluang dalam baki pra musim ini untuk dia mengolah lebih barulah boleh Wenger menentukan sama ada dia part of the team untuk 12/13 atau dipinjamkan keluar.

Kepulangan Abou Diaby dianggap Wenger seperti new singning.Klise sungguh ayat itu untuk saban musim. Wenger begitu adore pada Abou hinggakan dia sanggup menunggu mamat ni pulih seperti sedia kala pre Sunderland-06.Entah apa yang dilihat pada pemain tengah Perancis yang dilobinya sebagai bakal pilihan utama Blanc jika fit.Kini tak tau la nasib Diaby lepas Deschamps amik alih.Diaby bermain kesemua perlawanan dengan separuh masa. Suatu yang gembira adalah dia pulang tanpa sebarang kecederaan teruk. Jugak dilihat adalah percubaan perubahan posisi, Santos mendapat role lebih advance dengan diberikan peluang beraksi di bahagian forward terutama di sebelah kiri. beg kiri digilir2 antara Miquel dan Gibbs manakala belah kanan antara Jenkinson, Yenaris, Eastmond.CB kita ada kapten Mael, Johan, Bartley yang kelmbali dari skuad relegated Glasgow Rangers(sekejap benar roda berputar) dan jugak Miquel. Ekperimen variasi Wenger ini gagal untuk mencari keserasian untuk backup back 4, suatu yang pastinya akan membotakkan lagi kepala Stve Bould yang sudah sedia botak.Johan konsisten mengecewakan, Bartley AWOL Mael sukar nak control rakan2 defend. Cuma untuk overlap kita ada positif melalui Yenaris dan Gibbs yang tak segan membantu di bahagian wide area.Arsenal perlu mengurangkan tabiat high line defense , kerana kita seringkali terperangkapdengan counter musim2 sebelum ini akibat shield depan back 4 kita yakni midfield tak mampu untuk tolong cover.Namun begitu kita masih ada Kos dan Mert di rumah.

Bagi bahagian midfield , agak kurang kreativiti. Arteta Song Chambo jarang boleh jolok bola dari tengahs eperti kebiasaan mungkin akibat faktor padang.Chambo agak menghiburkan dengan larian2 redbullnya kadang2.Aneke kelihatan agak promising, cuma aku tak pasti sama ada kita boleh sabar menunggu Coquelin develop sebagai pencabar kepada Song.Oh lupa kita ada Diaby the new signing. Tapi yang pasti untuk Asia tour kita kelihatan flat dan kurang kreatif dan gagal memaksimakan ruang tanpa kelibat Rosicky atau Yossi musim lepas.Bahagian forward, Theo tak nampak tajam, konsisten mengecewakan, (dalam otak pikir pasal kontrak kut) Gervinho mungkin boleh melalui penjenamaan semula selepas fade out di  african cup.Afobe belum bersedia dan Chamakh, ternyata gagal menggunakan peluang yang ada.Kalau katanya, jika RVP blah dia dalah orangnya, dia mungkin silap, bench akan menjadi teman setia jika dia terus main tanpa konfiden macam gini.

Secara keseluruhan, ia bukanlah pengalaman buruk tapi ia menampakan masih ada lagi perkara2 dan ruang yang harus diperbaiki.Lagipun ini skuad campuran belum full squad ketika ada pemain2 lain yang ketinggalan terutama dua signing baru kita yang masih belum diuji. Mungkin menentang Cologne lagi dua minggu, Podolski boleh ikut balik kampung.Dan buat pertama mkali jugak Wenger membuka mulut tentan peluang beberapa pemain yang tidak turut serta, lebih kepada pengakuan direct "Bendi,Squillaci dan Park boleh pergi,Arshavin masih dalam tarik tali, khidmatnya mungkin masih diperlukan musim depan". Park oh Park, pastinya kini dia kecewa kerana tidak mendapat peluang, dan Lille tersenyum lebar melihat nasib yang dialami sesudah apa yang dilakukan Park kepada mereka musim lepas dalam usaha untuk menyertai Arsenal.Tidak kurang juga kini kota London pasti dipandang serong oleh kedua2 Korea Utara dan Selatan tatkala tragedi kesilapan bendera Korea Utara di Olimpik dan jugak bagaimana Ketua pasukan Korea Selatan dilayan oleh sebuah kelab di utara London.Namun jangan bimbang kerana Malaysia jugak dikatakan jadi penyelamat, Shebby di Blackburn difahamkan berminat untuk mendapatkan Park secara pinjaman sebagai pengganti Best yang baru dibeli tapi malangnya injured. Bendi dengarnya diintai oleh kelab Turkey, Arshavin pulak bersedia untuk kekal di London dengan Fulham dikatakan berminat.Squillaci khbarnya diintai oleh kelab France SC Bastia.

Dan Pastinya ramai tertunggu2 akan the third new signing. Wenger mengakui dia belum puas dengan transfer untuk market kali ini, dan akan ada player dibawa masuk jika boleh. Tidak menjadi rahsia Wenger sedang mencari seorang lagi pemain tengah dan kereativiti menjadi ciri2 yang dicari Wenger. Santi Cazorla milik Malaga ketika ini merupakan pilihan dan Wenger pernah mengakui kemampuan pemain Spain yang pernah mereject Real Madrid untuk kekal di Villarreal.Ketika ditanya, Arteta jugak stayed cool dalam memberikan kredit kepada rakan senegaranya.Menguatkan Rumors, Malaga ketika ini dikatakan terdesak untuk terpaksa menjual bagi melangsaikan hutang maka persetujuan telah di agreed oleh kedua2 parti dengan jumlah perpindahan 16M. Namun begitu ada desas desus menyatakan take over yang berlaku sekarang ini sedikit menyukarkan.Owner lama dari Qatar Sheikh Al Thani dah setuju tapi Jutawan Albania, Rezart Taci yang nak amik alih kelab belum tentu, kerana Malaga ada cabaran besar meghadapi Champions League musim ini buat pertama kali jadi pastinya pemain2 utama diperlukan. Arsenal jugak dikatakan dalam rundingan mendapatkan Nuri Sahin dari Real Madrid secara pinjaman selepas Mourinho berkata pemain yang pernah digelar terbaik dalam Bundesliga itu tidak ada dalam perancangan untuk musim depan walaubagaimanapun Arsenal mendapat saingan dari jiran busuk hati Spuds.

Masih belum ada apa2 perkembangan tentang RVP.Setakat ini dia masih terikat dengan kontrak Arsenal.Ketika press conference sewaktu friendly bertemu City, Wenger kelihatan geram dan muak mahu menjawab apa jua soalan berkenaan RVP di press dan Mancini bagi cool down siket dengan buat2 tak minat serta menafikan bidaan telah dilakukan.Di belah United, mereka mendakwa RVP demand untuk menjadi pemain paling mahal dibayar di Old trafford sebaris dengan Rooney suatu yang rata2 peminat tegar mereka susah menerimanya manakala di Turin, Juventus tetap lagi dengan tarik tali berkata 'kalau Arsenal nak jual, Arsenal taknak jual murah' dengan harapan boleh mohon simpati. Jadi kalau ikut situasi sekarang, tidak terkejut ketika bertemu Sunderland dalam kick off musim nanti RVP masih lagi menyarung jersi Arsenal.Kalau betul ada potential buyer sekalipun, benda ini akan hanya sorted out di last2 minit transfer rasanya.

Agi idup agi mengGunners!!!


0 ulasan: