Jumaat, 13 Julai 2012

Jersi baru + Board lama + Pra musim baru



Dah masuk seminggu lebih, Player2 lain yang tak terlibat dalam Euro pun dah kembali ke latihan, jersi away baru kita pun dah launched, tapi masih belum ada apa2 perkembangan tentang RVP selepas surat/statement kurang bijak yang dikeluarkan kepada fan secara rasmi seminggu yang lalu.Sebelum kita menyentuh tentang cerita panas RVP, pasti ramai yang sudah melihat jersi away kita untuk musim baru ini, jadi apa macam? Bukan nak kata apa, tapi secara peribadi gua dengan jujur mengkritik design yang dikeluarkan nike yang entahapehape  dan boleh dikatakan takade ciri Arsenal. Belang2 banduan dan dgn tema purple reign? Adakah ini salah satu sabotaj ketika ada ura2 Adidas bakal dipilih sebagai sponsor baru rasmi kit kita untuk musim hadapan? Tapi nasib baik la ia tidak seperti yang dihebohkan seperti dalam gambar yang leak di internet dulu, belang maroon sampai ada yang mengumpamakan baju baru ni lebih kurang dengan baju watak jahat dalam Nightmare on elm street si Freddy Krueger, warna ungu dikatakan menjadi penyelamat tapi gua masih..ungu???


Namun mereka nampak seakan tak selesa dan tak happy bukan? Sudahlah tiada kelibat kapten mereka menggayakan baju ini untuk musim depan,baju Szczesny pun kaler pink.Atau adakah sebab jersi ini yang dikatakan 'lack of ambition' oleh RVP? kah kah kah.Mmg tak patut sungguh kalau gitu. Rata2 gooners pasti mempunyai perasaan bercampur baur terhadap pemain yang statistik secara solo menyelamatkan Arsenal musim lepas. Jika benar, kehilangan RVP pasti dianggap sebagai tamparan sesudah kehilangan nama2 besar saban tahun lebih2 lagi cara peninggalannya, dan destinasi yang dipilih haruslah benar2 selamat untuk mengelakkan lebih banyak fan backlash. Tak sampai 24 jam statement RVP tak nak sambung kontrak, sibuk pulak satu lagi konon Abang Besar muncul nak buat hero mengkritik board yang sedia ada. Macamlah penyokong2 Arsenal ni tak nampak dengan masalah sedia ada, board memang hampeh, itu semua dah sedia maklum, kerja nak mengaut untung dengan menggunapakai alasan hutang stadium yang bertimbun. lalu orang paling setia dengan Arsenal, Arsene Wenger yang sering dikambinghitamkan. Itu cerita board, semua dah tahu kegoblokan mereka. Tapi si Usmanov ni hanya datang di waktu yang sesuai menangguk di Ayer Keroh, apepasal tak datang menangguk di Bukit Beruang atau Bukit Katil?

 Kita bercakap tentang tangan2 kuasa jahat di sini, jadi untuk menggantikan kuasa yang dah sedia jahat dengan kuasa yang terang2 jahat tak membawa apa makna.Tiada beza antara Kroenke dan Usmanov kecuali dari segi passport.Oleh kerana dia dikatakan dari Amerika jadi PR dan imejnya mesti digambarkan sebagai tycoon sportsman yang bertamadun manakala seorang lagi dari Uzbek ala2 dark side europe siket, mendapat imej yang kurang popular, modus operandi dan misi tetap sama, wang didewakan. Imperialisme dalam dunia baru bola sepak bakal memusnahkan sukan itu sendiri.

Gua bukanlah orang yang arif untuk mengkritik dengan lebih mendalam tentang pengendalian kelab dgn menggunakan jolokan nama self-sustaining model sebagai penyedap rasa,gua jugak tidak sebotak gazidis untuk memikirkan marketing2 strategi yang dilihat bagi memperkukuhkan jenama Arsenal secara global(walhal bawah era gazidis seorang pemain penting pun gagal dipujuk untuk kekal) tapi gua tidak buta hati untuk memahami logik. Kita sedang bercakap tentang so called bisnes sukan disini, jadi jangan lupa, selain untung dan rugi yang dikejar gemburkan, kita jugak perlu nilai pada aspek menang dan kalah. Simple logiknya di sini, kalau tidak menang, macam mana mahu jual?? 

Kita boleh senang mempersetankan RVP dengan melabelnya sebagai money grabber dan macam2, kita boleh memperbangangkan wenger dengan 7 tahun trophyless tapi masih segak bergelar Le Prof kangkung, tapi kalau hala tuju board yang semakin backward,susah lah segala usaha selama ini. Club moving forward, pemain2 muda , remaja lapisan semua bagus untuk masa depan, gua sudi tunggu ok takpe, tapi ada segelintir kepala2 besar kat atas kerusi empuk tu yang berfikiran backward sedang hold kita untuk sepatutnya lebih ke depan, tapi ditariknya kita bersama2 ke lembah kedurjanaan semata2 kerana kepentingan peribadi.  Ok lu tak mau bayar pemain macam RVP smpi 200k, itu duit gila, gua pun tak setuju terpengaruh dengan style sugar daddy pak arab dan jutawan USSR, tapi at least berlaku adil, macam mana pemain macam denilson diaby dan player2 muda serta average lain boleh dapat gaji tinggi2 hampir sama taraf dgn player2 utama.Dan pemain2 ini yang dianggap deadwood kini sukar dijual kerana gaji yang tinggi ,memaksa sekadar dipinjamkan bagi memberi ruang slot 25 pemain. Itu masalah Arsenal, masalah nak jimat, lu pancing player2 muda, gilap semua baik punya dah berkilat dengan gaji tinggi2 berbeza dari akedemi fantasia yang lain, tapi bila dia dah naik kepala, bajet star , lu refuse pulak nak up. lu salahkan player demand walhal lu yang ajar depa dengan kemewahan ketika basic fundemental yang harus diberikan perhatian adalah teknik pembelejaran bola sepak. Takkan nak tunggu revolusi dari fan, boikot match day kerana tiket yang paling mahal dalam BPL tapi hasil tak seberapa.


Gua kesian dekat wenger, atau siapa2 sahaja manager yang pegang jawatan di Arsenal, tangan mulut semua terikat jadi yes man, jadi gua harap dengan kenaikan Bouldy karektar hard man nya dapat membantu Arsenal supaya tidak lagi diperbudakkan2 di atas padang, di bilik persalinan mahupun di board meeting. Jangan salah paham bukan gua nak backing wenger, RVP atau pemain2 lain , semua sebenarnya share the blame di sini apabila kita tidak menang, kerana segalanya atas padang, bola sepak jua akhirnya.Jika RVP dah mmg tak ade hati dan mmg dah lupa segala memori indah sebaiknya dia dilepaskan, kita memerlukan jiwa yang lebih layak untuk berada di situ. Atau jika dalam keadaan tersepit ini, tidak ada bidaan, tidak ada pembeli dan RVP terpaksa meniru gaya U-turn ala Rooney, sudilah kiranya kita memaafkan statement tersebut dan memandang ke depan demi kebaikan bersama kerana RVP yang fokus sahaja mampu untuk mencipta keajaiban.Kita sebenarnya 2 3 pemain sahaja short untuk mencabar kejuaraan, yakinlah dengan keupayaan pasukan sendiri kerana mereka tak akan pergi jauh tanpa sorakan padu di belakang. 

Jika Wenger masih sengal dengaan taktikalnya dan penyenaraian pemain, kritiklah orang tua itu mungkin ternyanyuk seketika tapi sebenarnya sukar untuk berada di dalam kasutnya ketika ini melihat kepada ikatan2 belakang tabir yang diperhalusi oleh Board.Hanya orang2 yang teguh dengan prinsip, tahan maki dan tak tahu malu sahaja mampu untuk duduk di jawatan itu selama 15 tahun. Takkan ada perubahan selagi board tak pecat(tak mungkin pecat org yang buat untung), fan tak bantah ramai2, atau die resign sendiri.Walaupun bukan semuanya gua setuju,Gua secara peribadi respect. Ada masa nanti dia blah, dia akan blah .Like him or hate him, dia yang kita ada sekarang ini, kita kasi perah dan kerah sehingga neuron yang terakhir. 


Sekarang ini gosip2 tentang player in hanya tinggal suam2 kuku lebih kepada gosip player2 nak keluar terutama RVP. Dan lepas RVP, orang menuding [ersoalan pada seorang lagi player yang berbaki setahun pada kontraknya, Theo WalkOut? Gua percaya movement akan lebih banyak berlaku sekitar transfer jika ada pergerakan nanti, transfer ini umpama domino. Esok kita kaan memulakan pra musim dengan menentang Anderlecht di mana sepatutnya kita menentang Rangers, dalam Markus Liebherr Memorial Cup di kelab asal Chambo dan Theo, Chambo, Southampton's St Mary's Stadium.Akhirnya, ada jua aksi Arsenal!!

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: